
Berita baik untuk korang yang suka tidur, jika sebelum ini ada yang berharap pekerjaan tidur wujud di dunia ini, sekarang mungkin impian korang dah jadi kenyataan.
Sebuah syarikat tilam tempatan Sonno Malaysia Sdn Bhd telah pun menawarkan jawatan kosong sebagai “Sleep Executive” dengan ganjaran sebanyak RM3,000.
Sekiranya korang berminat, inilah masanya dengan hanya meletakkan kepada di bantal, korang akan menerima ganjaran wang.
Berikut adalah maklumat tentang jawatan yang ditawarkan:
• Status jawatan: Kontrak (1 Sep-10 Dec 2020)
• Ganjaran: RM3,000
• Tilam Sonno Lite dan bantal akan disediakan oleh pihak syarikat, korang hanya perlu menyediakan bilik tidur dan katil sahaja

Jobscope yang korang perlu buat adalah seperti berikut:
• Tempoh tidur adalah 8 jam bagi setiap malam
• Tugas selama 100 hari bermula pada 1 September hingga 10 Disember 2020
• Korang perlu tulis report tentang pengalaman tidur menggunakan tilam tersebut
• Rekod dan hantar dua video berdurasi 30 saat setiap minggu kepada pihak syarikat
Menarik bukan? Paling best, tilam dan bantal yang disediakan akan menjadi hak milik korang terus. Ha, bagi siapa yang berminat bolehlah cuba mohon pekerjaan ini. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Squid Game’ Musim 2 Bakal Kembali Disebabkan ‘Tekanan’ Peminat, 10 Fakta Drama Trending Ini


Sebelum ini, perancangan itu hanyalah sekadar ura-ura apabila pihak produksi tidak mengesahkan sekiranya musim kedua akan dirancang oleh mereka. Hanya bayangan kasar saja yang diberikan.
Biarpun kini ia telah disahkan, beliau berkata, “Masih terlalu awal untuk beritahu bila dan bagaimana ia akan dibuat. Tapi saya janji kepada anda semua bahawa watak Gi-hun akan kembali dan dia akan lakukan sesuatu untuk dunia,” katanya.

Drama original Netflix Korea itu mengisahkan tentang 456 peserta yang terperangkap dengan hutang dunia dan perlu bersaing dalam cabaran misteri dan menakutkan berbentuk permainan kanak-kanak. Kepada yang menang, wang sebanyak $45.6 won akan dimenangi. Manakala 455 peserta lain akan mati dibunuh.
Berikut ialah 10 fakta mengenai Squid Game yang tidak diketahui ramai:
1. Hwang Dong Hyuk memastikan bahawa Seong Gi Hun iaitu pemilik nombor bersiri 456 akan kembali bagi musim 2.
2. Pengarahnya juga berkata Squid Game diilhamkan daripada komik Korea yang dibacanya.
3. Penggambaran Squid Game bermula pada 17 Jun 2020. Namun, ia harus dihentikan pada Ogos 2020 kerana penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan. Penggambaran disambung semula pada bulan September 2020.
4. Kelihatan seperti mereka melakukan penggambaran sepenuhnya dengan teknologi ‘green screen’. Namun drama ini menggunakan set bersaiz sebenar seperti yang dipaparkan dalam drama berkenaan. Hanya sedikit efek imej janaan komputer atau CGI digunakan.
5. Patung dalam episod pertama drama tersebut juga dicipta dengan saiz sebenar.
ARTIKEL BERKENAAN : Sebabkan Patung Squid Game Ini Tular, Muzium Terpaksa Bungkusnya! – REMAJA
6.Selain set lakonan yang realistik, mereka juga telah memilih seramai 456 pelakon untuk betul-betul terlibat dalam drama Squid Game. Menurut Dong-hyuk, semasa semakin ramai pelakon yang ‘tersingkir’, set penggambaran benar-benar menjadi sunyi dan kelihatan kosong seperti dalam drama tersebut.
7.Pemilihan warna seragam hijau untuk pemain dan merah bagi pengurus dipilih dengan teliti. Kata Dong-hyuk, warna itu menggambarkan penghapusan dan perjuangan para peserta.
8.Skrip Squid Game difahamkan telah lama siap iaitu pada tahun 2009 tetapi tidak diterbitkan kerana konsep drama survival thriller sukar diterima ketika itu.
ARTIKEL BERKAITAN : 7 TEORI Jalan Cerita SQUID GAME Yang Tidak Ramai Sedari, Baru Tahu! – REMAJA
BACA LAGI : Squid Game VS Alice In Borderland : Mana Lebih ‘Thrill’? – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Heroin Boys Over Flower, Koo Hye Sun Mengaku Kini Hidupnya Seperti ‘Gelandangan’

Pelakon yang pernah popular melalui K-Drama Boys Over Flower, Koo Hye Sun baru-baru ini menjelaskan mengapa dia mengaku bahawa dirinya hidup sebagai gelandangan sejak akhir ini.
Kemunculannya dalam rancangan Real or Reel di siaran televisyen tvN pada Khamis lalu telah memaparkan kehidupan baru yang dijalani oleh sang pelakon tersebut.
Menurut Hye Sun, disebabkan rumah ibu bapanya terlalu jauh di Incheon dan tidak mahu ketinggalan menghadiri kelas pagi. Dia sering tidur di dalam kereta atau perpustakaan.

“Saya bekerja keras untuk mencari rezeki dan pada 2011 saya mendapat pengajian dalam bidang filem. Selepas 10 tahun cuti saya kembali dan kini sudah hampir empat tahun meneruskan pengajian”
“Saya tidak mempunyai pengajian tetap dan tempat tinggal, untuk sampai ke universiti mengambil masa tiga atau empat jam memandu. Jadi jika ada peperiksaan atau majlis penting saya akan memandu. Saya tidur di dalam kereta atau di perpustakaan,” katanya.
Kenyataannya itu telah mengejutkan peminat dan bagi mereka Koo Hye Sun adalah salah satu nama yang cukup besar di Korea Selatan, meskipun dia sempat terlibat dalam kes penceraian dengan pelakon Ahn Jae Hyun.
Artikel berkaitan: Selepas Song-Song Couple, Giliran Pasangan Ku Hye Sun Dan Ahn Jae Hyun Pula Bercerai

Sehari selepas rancangan itu ditayangkan, pelakon yang berusia 39 tahun itu langsung menjelaskan di Instagram @kookoo900 mengapa dia mengeluarkan kenyataan ‘hidup sebagai gelandangan tanpa tempat tinggal’.
Disertakan dengan beberapa gambar lakaran rumah dan aktiviti Hye Sun sebagai mahasiswa universiti. Dia menjelaskan dia tidak mahu peminat khawatir dengan keadaannya selepas menonton apa yang disiarkan dalam rancangan Real or Reel.

“Saya tidak memiliki rumah ketika ini adalah kerana rumah saya masih dibangunkan di area universiti. Saya juga membeli rumah untuk setiap anggota keluarga saya”
“Selain itu, saya menggunakan wang saya untuk membayar yuran kuliah di universiti dan membelikan makanan untuk para junior” – Koo Hye Sun
Sekadar info, Hye Sun telah mendapat gelaran Sarjana dari Universiti Sungkyunkwan pada Februari lalu dan pelakon itu berniat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebelum ini, Hye Sun sempat mengisi masa hiatus dari dunia hiburan dan memilih untuk lebih fokus mengejar impian peribadinya. Kini, dia juga merancang untuk belajar lebih keras dan menghabiskan wang bagi membayar pendidikannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Gadis Berjaya Gapai Segulung Ijazah, Didie Alias Luah Rasa Syukur

Ibu mana yang tidak gembira dapat mendidik anak kesayangan sehingga berjaya dan mampu meraih segulung Ijazah.
Pelakon, pelawak dan juga bekas finalis Dewi Remaja 1990, Didie Alias turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan kejayaan yang diraih anak perempuannya ini di laman Instagram.

Didie Alias bersama anak gadisnya..
Kejayaan anak keempatnya, Dayini Ahza mendapat Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) dan kini menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuatkan artis versatil, Didie Alias lebih bersemangat untuk terus bekerja.
Menerusi kapsyen di laman Instagram (IG) miliknya, Didie telah melahirkan rasa bersyukur dengan kebahagiaan yang telah diberi.
“Muka ibu yang sangat bahagia bila anak menghadiahkan segulung ijazah. Alhamdullillah terima kasih Allah, walaupun badan ni kadang tak mampu lagi nak mengayuh untuk mencari rezeki, kerana diorang jugalah semangat mummy tak pernah luntur mencari rezeki untuk mereka mencapai cita-cita hingga ke menara gading. Tahniah @yodaney_ mengikut jejak kakak dan abang, we are so proud of you.”
Rata-rata pengikut Didie memberikan ucapan tahniah kepada Dayini Ahza kerana berjaya mencapai cita-citanya di usia muda.
Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Untuk info, Didie pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 1990 bersama rakan seperjuangannya iaitu Jasmin Hamid dan Datin Seri Umie Aida dan Kuza.

Didie Alias di usia muda..
Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan bercerai pada 2002.
Perkahwinan tersebut telah dikurniakan lima cahaya mata, Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.
Dan kini Didie sudah mempunyai cucu pun. Wah nenek vogue la kak Didie ni.
Sumber : Instagram Didie Alias
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

