
Baru sahaja tadi pihak media di Korea Selatan melaporkan tentang hubungan cinta antara Lee Min Ho dengan ahli kumpulan Momoland, Yeonwoo yang dikatakan sedang hangat menjalin asmara.
Namun begitu, berita ini telah dinafikan sendiri oleh agensi Lee Min Ho, MYM Entertainment yang mengatakan bahawa mereka tidak menjalin sebarang hubungan dan hanya berkawan sahaja.
Sebelum ini, Dispatch telah melaporkan bahawa kedua-dua bintang Korea itu telah bercinta selama lima bulan dan memiliki minat yang sama, iaitu bermain permainan video dan menonton filem. Gambar mereka juga turut tular apabila Lee Min Ho dilihat menjemput Yeonwoo untuk keluar menonton filem.


Pihak agensi selebriti itu juga menjelaskan foto-foto tular itu bukan hanya melibatkan mereka berdua, tetapi ada rakan-rakan yang lain turut bersama ketika itu.
Begitulah sukarnya menjadi orang terkenal, di mana sahaja pasti ada mata yang memandang dan timbul pula pelbagai spekulasi. Apa-apa pun pihak agensi Lee Min Ho sendiri telah menafikan berita yang mengatakan selebriti itu bercinta dengan Yeonwoo.
Mungkin peminat Lee Min Ho boleh menarik nafas lega kerana pelakon pujaan korang ini masih single lagi. Hiks!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘I’m Human Too’ – Qasrina Karim Sedih Bentuk Dahi Besar Dikritik Netizen

Menjadi seorang figura awam atau selebriti pasti takkan lari dari kritikan. Maklumlah, asam garam sebagai anak seni katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023
Setelah bertahun-tahun mengumpul pengalaman sebagai model hijabi, beliau kini tampil menghiasi skrin televisyen.
Namun tular baru-baru ini di media sosial apabila pelakon dan model terkenal, Qasrina Karim dikritik teruk oleh warganet. Lebih mengejutkan lagi apabila beliau dikritik bukan kerana kualiti lakonannya, tapi dek kerana bentuk dahinya yang dikatakan ‘besar’.
Insiden itu bermula apabila video klip temu ramahnya berkenaan dengan desas desus yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelakon Mierul Aiman di program Astro baru-baru ini menjadi sasaran kutukan warganet.

Menjadi makin tular lagi apabila ada pengguna Twitter yang menangkap layar komen-komen berbentuk penghinaan itu dan berkongsi di laman akaunnya dengan menyalahkan jurukamera yang merakam temu ramah itu dengan ‘angle yang salah’.
Perkongsian tersebut meraih lebih daripada 2,000 jumlah perkongsian dalam masa yang singkat sehinggakan pelakon Imam Instant Ustazah Scammer itu sendiri tampil memberi kenyataan.

Warganet juga tampil memberi sokongan terhadap duta Tudung Alhumaira itu dengan memberi kata-kata semangat dan menasihatkannya untuk cekal dan menghiraukan kritikan-kritikan berbaur ‘bodyshaming’ tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Akaun Instagram Qasrina Karim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedondon Dalam Persalinan Warna Ungu, Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

Semoga berbahagia ke jenjang pelamin…
Dalam diam akhirnya penyanyi popular, Shila Amzah selamat bertunang dengan pempengaruh media sosial, Ubai. Majlis yang berlangsung penuh privasi itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Memuat naik gambar majlis pertunangan di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah dan tunangnya itu dilihat bersepakat mengenakan busana rona ungu sedondon.

Berkongsi perihal majlis pertunangannya Shila berkata, “Terima kasih buat semua kawan-kawan yang tolong kami menyelesaikan majlis ini. Arra, Azan, Takep Nad dan Haris. Ubai dan saya mahukan majlis pertunangan yang penuh intimasi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
“Terlebih dan terkurang dari pihak keluarga Sha, kami minta maaf. Dan yang terakhir, terima kasih buat semua yang mendoakan kami. Semoga kami kuat menghadapi segala apa yang mendatang.”

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, turut memuat naik foto pertunangan di laman Instagramnya. Bersama gambar tersebut disertakan kapsyen ringkas, “Alhamdulillah.”
Imbas kembali, Shila Amzah sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki namun telah bercerai pada 8 Februari 2022. Mereka memiliki seorang cahaya mata bersama, Seth Uwais yang kini berusia 4 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa Nombor Plat Kereta Paling Mahal Di Dunia, Dibida RM37.5 Juta, Siapa Pembelinya…

Nombor plat kereta yang menarik sering mendapat perhatian ramai. Setakat ini Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Ismail masih memegang rekod dalam negara kerana berjaya membida dan membeli nombor pendaftaran “F1” pada nilai RM836,660 sekaligus menjadikannya sebagai harga termahal bagi pembelian nombor plat dalam Malaysia.
Bukan itu saja, baginda Sultan Johor yang mempunyai koleksi kereta mewah turut merupakan pemilik kepada nombor kenderaan “W1N” yang dibidanya pada harga RM748,000 dan diletakkan pada Proton Suprima.
Jika di Malaysia harga bagi sebuah nombor bernilai hampir RM1 juta tetapi bagi jutawan dari negara-negara Arab, harga bidaan bagi nombor plat kenderaan jauh lebih tinggi. Inilah harga tertinggi bagi nombor plat dalam dunia.
No plat : D5
Nama pemilik : Balwinder Sahani
Harga : RM37.5 juta
Setakat ini, harga bagi nombor plat paling mahal dipegang oleh seorang ahli perniagaan Dubai dari India, Balwinder Sahani kerana membayar sebanyak RM37.5 juta bagi nombor pendaftaran “D5”. Wow, kalau dapat duit sebanyak ini, mahu pengsan sekejapkan. Tapi bagi orang terlampau kaya, duit sebanyak itu hanya untuk pembelian satu nombor sahaja.
Portal berita terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates 247 melaporkan bahawa, plat D5 itu akan dipasang pada salah sebuah kereta mewah Rolls Royce milik Balwinder setelah disahkan RTA memenangi bidaan tersebut.


Bilionaire taikun hartanah rantau Asia Barat itu yang juga dikenali sebagai Abu Sabah diumumkan oleh Lembaga Pengangkutan Wilayah (RTA) berjaya membida plat D5 mencecah harga 33 juta dirham (kira-kira RM37.5 juta).
Pemilik kumpulan RSG International, sebuah syarikat pengurusan hartanah terkenal di UAE, Kuwait, India dan Amerika Syarikat itu memberitahu akhbar Gulf News, setakat ini beliau sudah memiliki 10 nombor plat cantik dan berhasrat membeli lebih banyak lagi.
No plat : 1
Nama pemilik : Saeed Abdul Ghaffar Khouri
Harga : RM35.9 juta



Nombor plat kedua termahal di dunia dimiliki oleh Saeed Abdul Ghaffar Khouri yang merupakan ahli perniagaan dan juga salah seorang ahli keluarga kaya Abu Dhabi telah membeli nombor plat “1” dengan harga RM35.9 juta.
Menurut sumber, kekayaan jutawan ini memang tiada taranya kerana Saeed memang menggemari nombor “1” dan digunakan pada beberapa buah keretanya termasuk Pagani Zonda F, Bugatti Veyron dan Phantom. Sekaligus menjadikan nombor itu lebih mahal dari nilai kereta miliknya.
No plat :- 5
Nama : Talal Ali Mohmmad Khouri,
Harga : RM28.4 juta


Talal Ali Mohmmad Khouri, seorang ahli perniagaan dan ahli lembaga Abu Dhabi Chamber of Commerce, telah memecah panggung dan menjadi tajuk berita dunia pada 2007 apabila membeli nombor plat tertinggi kerana sebelum ini pembelian nombor plat ini bukanlah satu bentuk perniagaan menguntungkan. Namun beliau telah mengeluarkan wang sebanyak RM28.4 juta bagi mendapatkan no plat “5” itu. Dalam lelongan yang sama, Talal turut membeli no plat “55” pada harga RM5.5 juta.
No plat : 25 O
Nama : John Collins
Harga : RM2.86 juta

Jika ramai jutawan dari negara Arab membeli, warganegara dari United Kingdom iaitu John Collins tidak kurangnya. Penjual kereta klasik ini telah membeli nombor plat 25 O pada harga RM2.86 juta dan dipasang di kereta Ferrari 250 SWB yang pernah dimiliki oleh penyanyi Eric Clapton. Patutlah dia membelinya kereta nombor itu sama dengan kereta tersebut. Lebih senang disebut barangkali.
No plat : F1
Nama :Afzal Khan
Harga : RM2.43 juta

Nampaknya sukan permotoron yang menggamit ramai peminat di seluruh dunia, Formula 1 turut menjadikan “nilai duit”. Bukan saja mudah disebut, F1 tetapi apabila menyebutnya, ia sinonim dengan sukan tersebut. Inilah antara sebab yang mendorong Afzal Khan, seorang usahawan dari Bradford, United Kingdom yang tidak teragak-agak membayar RM2.43 juta untuk nombor tersebut.
No plat : S1
Nama : Tiada rekod ditemui
Harga : RM2.23 juta

Kereta ini pernah digunakan oleh Lord Kingsburgh pada tahun 1903 dan plat nombornya S1 telah menarik minat seorang pembeli yang telah membeli nombor plat berkenaan. Harga bidaannya ialah R2.23 juta dan kemudian nombor plat ini dipasang di kereta Skoda model lama.
Beginilah orang kaya menghabiskan duit merekakan. Ternyata golongan kaya ini tidak kisah pun hendak membayar berapa jumlahnya. Kalau harga kondo di Malaysia bernilai RM1 juta, dengan RM37.5 juta itu mampu membeli 37 rumah kondo dan diduduki oleh 37 keluarga. Kalau ditukar kepada rumah pangsapuri bernilai RM300,000 pula, lebih 133 biji rumah boleh dimiliki oleh 133 buah keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

