
Pelakon berkaliber, Mimi Lana tampil dengan ucapan terima kasih buat aktor berbakat besar, Syafiq Kyle selepas menerima kek brownies pemberian daripada pelakon itu.
Kek tersebut dikirimkan kepada bekas peserta Dewi Remaja itu bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
BACA LAGI: “Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Terhenti..” -Luahan Hati Mimi Lana

Menerusi perkongsian di Instastory, Mimi sempat menzahirkan perasaannya yang tidak sabar untuk merasa kek yang dibuat sendiri oleh bekas Hero Remaja itu.
“Thank you Syafiq, gigih buatkan kek brownies sebelum pengambaran jauh. Tak sabar nak makan,” coretnya ringkas.

Pelakon drama hit Perempuan Itu turut berkongsi klip video pendek yang memperlihatkan kek tersebut dalam kotak berwarna putih.
Menerusi ruangan kotak berkenaan, Syafiq sempat mengusik Mimi dengan meninggalkan nota pendek.

“Happy birthday ke-28, tak pandai buat brownies, tapi…”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mimi Lana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Dia Pereka Baju ‘Barbie Doll’ Ernie Zakri Untuk AJL32

Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada semua finalis dan pemenang pada Anugerah Juara Lagu 32, semalam.
Kemenangan lagu ‘Jampi’ nyanyian Hael Husaini dan ciptaan Ezra Kong serta Hael sendiri sebenarnya sudah diramalkan ramai orang. Bukan setakat peminat Hael tau tetapi juga penyanyi dan pemain industri muzik yang lain.

‘Jampi’ mempunyai bait lagu yang catchy dan mudah dinyanyikan ramai. Malah liriknya juga mempunyai magis tersendiri serta mudah diingat oleh pendengar. Selayaknya ‘Jampi’ diangkat sebagai lagu terbaik ada edisi ke-32 ini.
Namun, bila bercakap tentang fesyen finalis yang bertanding semalam pula, rata-rata tak nak kalah dengan memakai baju bersesuaian dengan tema ‘Fesyen dan Muzik’.
Salah satu pakaian yang mendapat perhatian dan pujian adalah mullet dress yang disarung oleh Ernie Zakri.


Potongan tea length di bahagian depan dibalas dengan train pada bahagian belakang membuatkan Ernia kelihatan lebih tinggi apabila kamera zoom in dari tangga pentas.
Rekaan seakan bow pada bahagian bustier dan perincian diamante pada bahagian bodice Ernie juga membuatkan dia tampil seakan patung Barbie hidup semalam di sebelah ‘teman tapi mesra’, Syamel.
Netizen memuji ia adalah pakaian terbaik untuk Ernie, bersesuaian dengan bentuk badan, ketinggian dan umur Ernie yang masih muda. Dan disebabkan itu, ramai tertanya-tanya siapakah fashion designer di sebalik dress ini.
Memperkenalkan, AMAZE Atelier yang mempunyai butik pakaian pengantin atau bridal di Shah Alam, Selangor.

Dalam caption foto yang dimuat naik oleh Amaze Atelier di Instagram, mereka berkata ia adalah imej terbaik yang pernah dilihat pada Ernie Zakri. Dress tersebut digandingkan dengan jewellery dari KCO Jewels yang mengingatkan penulis kepada koleksi musim sejuk.
Ernie sempat berterima kasih kepada Amaze Atelier untuk “Beautiful Dream Dress” ini kerana dia sememangnya telah meminta dress seakan ballgown dengan solekan natural.
Muda, segar dan refreshing, Ernie memang kelihatan seperti princess semalam!

Bukan hanya netizen yang memuji, malah pereka fesyen Rizman Nordin daripada jenama Rizman Ruzaini juga memuji dengan berkata, “Lawa sangat! Congrats! Ada taste! Ons!”
Dan Amaze Atelier menjawab semula dengan berkata, “OMG I just died. Coming from you. Thank you sir Rizman!”
Sementara itu, jurusolek Sahir Sabri pula diberikan tanggungjawab untuk menyiapkan wajah dan rambut sleek wavy pada Ernie semalam.
Mesti lepas ni ramai pengantin nak dress dan solekan seperti Ernie Zakri, kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semadikan Rasa Cinta Dalam Bait Lirik, Imran Aqil Hadiahkan Lagu ‘Bunga Dahlia’ Buat Isteri Tersayang

“I made a song for her!”
Itulah ungkapan diberikan oleh pelakon baru Imran Aqil yang baru sahaja bergelar suami yang sah kepada pempengaruh terkenal Dahlia Rizal pada 9 September lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Isu Digital Sept/Okt 2023 – Imran Aqil: Hero Di Hati Dahlia Rizal

Menerusi perkongsian Imran di laman Instagramnya, beliau mendedahkan kejutan yang dihadiahkan kepada isteri tersayang iaitu serangkai lagu berjudul Bunga Dahlia.
Diterbitkan oleh 4U Entertainment, lagu Bunga Dahlia merupakan kolaborasi susulan selepas pelakon berusia 24 tahun itu membintangi muzik video lagu Cinta Sejati, ciptaan dan nyanyian Aiman Sidek yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 15 juta di saluran Youtube 4U Entertainment.
“Lagu Bunga Dahlia adalah curahan hati saya kepada Dahlia Rizal yang ketika itu masih bergelar bakal isteri,
“Kini, kami telah menjadi pasangan yang sah membuatkan setiap bait dalam lagu ini menjadi semakin bermakna kepada saya untuk Dahlia. Diharapkan agar semua dapat mendoakan kebahagiaan kami sampai ke hujung nyawa, seperti yang dititipkan dalam bait-bait lagu ini,” komen pelakon muda tersebut.

Aiman Sidek yang turut merangkap penyanyi lagu tersebut turut menjelaskan bahawa ‘Bunga Dahlia’ merupakan sebuah karya yang berkisar tentang keinginan seorang pencinta untuk mencurahkan segala rasa dan perasaannya kepada kekasih hatinya, Dahlia yang dimetaforakan sebagai sekuntum bunga yang sentiasa mekar dalam jiwa yang mencintainya, iaitu Imran.
Menjenguk ke ruangan komen, majoriti warganet turut tumpang cemburu dengan kejutan penuh kasih sayang dari Imran terhadap isteri tersayang tersebut.

“Lepas melihat video ini, saya terus rasa sakit dan pergi ke klinik. Doktor sahkan saya positif sendu,” komen seorang peminat.
“Comelnyaaaa! Aku nak nangis tengok,” komen warganet lain.
“Saya yang single nak kena buat apa sekarang ini,” seloroh peminat lain.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli ini telah sah bergelar suami isteri setelah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Instagram Dahlia Rizal, Imran Aqil
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Cantiknya Bahasa Kakak…..” – Komen Berbaur Hinaan Terhadap Album Terbarunya Punca Siti Nurhaliza Berang Di Media Sosial

Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air Malaysia. Kejayaan yang dikecapi sepanjang 28 tahun beliau berkecimpung jelas tidak dapat disangkal lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bagaikan Mimpi….” – Datuk Seri Siti Nurhaliza Terharu Dipilih Untuk Berkongsi Pentas Di Konsert Eksklusif David Foster and Friends!

Namun, baru-baru ini penyanyi yang terkenal dengan imej lemah lembut dan ayu ini jelas kelihatan berang dengan komentar yang diberikan oleh warganet berkaitan album terbarunya.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, tangkapan skrin dua komen berbaur hinaan dari dua individua jelas terpampang bagi dinilai sendiri oleh warganet lain.

Menerusi hantaran yang sama juga, ibu kepada dua orang cahaya mata tersebut turut serta tag akaun Instagram rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan tujuan agar pihak bertanggungjawab membuat siasatan terhadap komentar dari dua pemilik akaun berkenaan.
“Cantiknya bahasa kakak-kakak ini,
“Kita bagi @skmm_mcmc periksa kejap!” komennya lagi.

Sekadar info, penyanyi lagu Jerat Percintaan ini dilihat kerap memuat naik hantaran mengenai album baharu beliau yang bakal menemui peminat pada 30 Jun ini.
Katanya, album terbaharu yang berjudul Sitism itu merupakan tanda penghargaan dan hadiah buat peminat setianya yang sentiasa menyokong penglibatannya dalam industri seni selama ini.

BACA LAGI: Aktif Muay Thai Antara ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Kekal Terlihat Jelita, Awet Muda
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Siti Nurhaliza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

