Terbaharu, tular di media sosial trend pengambilan celtic salt atau lebih dikenali sebagai garam bukit yang didakwa mampu mengurangkan rasa haus sepanjang menjalani ibadah puasa.
Trend ini sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen, benarkah ia membantu tubuh kekal terhidrat atau sekadar mitos semata-mata?
Menurut perkongsian oleh Dr Samhan menerusi akaun TikTok miliknya, garam bukit berbeza daripada garam biasa kerana kandungan sodiumnya lebih rendah, manakala mineral lain seperti magnesium, kalium dan kalsium adalah lebih tinggi dan dilihat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.
Kongsi doktor itu lagi, garam bukit mampu membantu mengurangkan rasa haus sepanjang berpuasa kerana ia boleh mengurangkan kekerapan membuang air kecil, namun tetap tidak boleh diambil secara berlebihan.
Menurutnya, garam ini membantu mengekalkan kandungan air dalam badan. Justeru, pengambilan hanya secubit garam bukit yang dilarutkan dalam air suam dan diminum ketika sahur boleh diamalkan ketika berpuasa.
Ads
Namun dalam masa sama, perkongsian daripada Public Health Malaysia menjelaskan bahawa garam bukit sering dikatakan lebih ‘sihat’ kerana tidak ditapis dan mengandungi lebih banyak mineral seperti magnesium, kalium dan kalsium berbanding garam biasa.
“Namun dari segi kesan fisiologi terhadap dehidrasi, garam ini masih berfungsi sama seperti garam biasa kerana ia masih mengandungi sodium yang tinggi.
“Sodium ini masih akan meningkatkan kepekatan darah, menyebabkan air ditarik keluar dari sel dan akhirnya meningkatkan rasa haus.
“Otak akan mengesan kepekatan sodium yang meningkat dan menghantar isyarat haus dan ini akan menyebabkan berasa lebih dahaga,” kongsi Public Health Malaysia di Facebook.
Tambah perkongsian itu lagi, cara paling efektif untuk mengurangkan dahaga semasa berpuasa adalah dengan minum air secukupnya antara waktu berbuka hingga sahur iaitu sekitar enam hingga lapan gelas sehari.
Ads
Selain itu, orang ramai juga disarankan mengurangkan pengambilan makanan tinggi garam termasuk garam celtic dan tidak mengambilnya dalam kuantiti berlebihan. Pilihan makanan semula jadi yang tinggi elektrolit seperti pisang, kurma dan air kelapa turut membantu dalam mengekalkan keseimbangan cecair badan.
Ads
Maka, garam celtic bukanlah solusi khas untuk menghilangkan rasa haus. Sedikit garam mungkin membantu keseimbangan elektrolit, namun kunci utama kekal pada hidrasi yang mencukupi dan pemilihan makanan yang betul.
Malah, tiada bukti kukuh bahawa garam celtic secara khusus mampu menghilangkan rasa dahaga ketika berpuasa. Secara asasnya, ia tetap natrium klorida (garam), sama seperti garam biasa.
Fakta lebih tepat, sedikit garam boleh membantu keseimbangan elektrolit, tetapi ia bukan ‘magik’ dan tidak sesuai diambil secara berlebihan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang masih ingat sekitar bulan September tahun ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pernah menjadi topik utama bualan netizen setelah Baginda berkenan untuk mengurniakan 10 buah kenderaan jenis Perodua Myvi baharu kepada jururawat di wad diraja dekat Hospital Sultanah Aminah.
Menerusi satu muat naik di akaun Facebook rasmi Baginda pada hari ini, pihak Istana telah mengumumkan bahawa Sultan ibrahim sekali lagi berkenana untuk mengurniakan kereta. Kali ini, penerimanya terdiri dalam kalangan doktor dan matron di Hospital Sultanah Aminah.
Pengurniaan ini adalah sebagai penghargaan di atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.
Sumber Foto: Wikipedia
Catat posting tersebut, kenderaan jenis Proton X70 telah diterima oleh Pengarah Hospital, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia.
Sementara itu, kenderaan jenis Perodua Myvi pula diserahkan kepada Ketua Penyelia Jururawat dan Penyelia Jururawat.
Myvi 2020 dijual pada harga pasaran RM44,959Proton X70 pula dianggarkan dijual pada harga RM94,800 untuk model standard.
Kata Pengarah Hospital iaitu Dr Mohtar Pungut @ Ahmad bagi mewakili pihak hospital, mereka mendoakan Tuanku serta kerabat diraja agar sentiasa sihat sejahtera.
“InsyaAllah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” kata beliau.
SULTAN IBRAHIM KURNIAKAN KERETA KEPADA DOKTOR DAN MATRON HSA
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan…
Penggunaan internet di Malaysia terus berkembang dengan dominasi kuat laman-laman web media sosial yang menjadi pilihan utama. Tambahan pula, kini , hampir semua aspek kehidupan kita berkait rapat dengan internet, dari berkomunikasi hingga mencari hiburan.
Jadi, tidak hairanlah bila pelbagai pihak seperti individu, syarikat, institusi, dan perniagaan berlumba-lumba untuk membina laman web yang menggambarkan identiti serta perkhidmatan mereka dalam dunia maya. Menurut Forbes, pada tahun 2023, terdapat anggaran 5.16 bilion pengguna internet dan 1.13 bilion laman web di seluruh dunia.
Angka berkenaan sudah cukup untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan yang wujud antara manusia dengan alam ciptaan manusia tersebut.
Top 5 Mac dalam senarai antara 10 laman web paling kerap dilayari rakyat Malaysia tidak berubah
Dalam pada itu, Similarweb.com setiap bulan akan menerbitkan senarai laman web yang paling kerap dilayari pengguna di sesebuah negara, termasuk di Malaysia.
Laporan terkini menunjukkan bahawa tiga laman web paling popular di Malaysia adalah google.com, youtube.com, dan facebook.com. Dua lagi laman web, whatsapp.com dan instagram.com, yang tergolong dalam kumpulan Meta, juga termasuk dalam lima teratas yang paling kerap dilayari oleh rakyat Malaysia pada bulan Mac.
Shopee.com, pusat berbelanja online kegemaran rakyat Malaysia menduduki posisi keenam, diikuti oleh platform X, yang dulu dikenal sebagai twitter.com, di posisi ketujuh.
Maybank, salah satu bank terkemuka di Malaysia, berada di posisi ke-8 melalui laman maybank2u.com. TikTok, yang digilai remaja, menempati tangga ke-9. Sementara itu, laman web hasil.gov.my dan moe.gov.my, yang masing-masing milik agensi kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, berada di tangga ke-18 dan ke-26 sebagai laman web kerajaan yang paling banyak dikunjungi. Menurut Similarweb.com, lima besar laman web terpopuler di Malaysia umumnya tetap sama seperti bulan sebelumnya.
Kesimpulannya, fenomena ini menunjukkan betapa pentingnya keberadaan digital bagi entiti perniagaan dan kerajaan, serta bagaimana teknologi terus mempengaruhi dan memperkaya kehidupan kita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas memberi kelonggaran buat hal-hal kecemasan, kematian, pekerjaan dan lain lagi, ternyata Malaysia mula bersedia memberikan kelonggaran bagi kes-kes lain pula termasuklah berita baik untuk bakal pengantin.
Ya la, kalau sebelum ini tarikh sudah ada namun disebabkan PKPB, semuanya jadi tersangkut. Namun hari ini, ada berita baik untuk pasangan yang nak naik pelamin.
Laporan Harian Metro, bakal pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan. "Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.
"Jadi mesyuarat hari ini faham keperluan tersebut dan bersetuju membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah dan tertakluk syarat sama perlu ada kelulusan polis. "Juga prosedur operasi standard (SOP) sama seperti tidak boleh bersalaman, majlis tidak melebih 20 orang dan sebagainya," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah kejayaan Dr Amalina PhD yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah di UK sambil berkongsi pengorbanan sebagai ibu dan pakar bedah yang menjadi inspirasi ramai.