Gelagat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama dua anak kepada penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Kali ini, Syed Saddiq dilihat menemani kedua-dua beradik itu yang menyertai acara IronKids Langkawi pagi tadi.

Lebih mencuri perhatian, Syed Saddiq turut mengambil alih tugas menjaga dan menguruskan Ayden serta Ara sepanjang acara berlangsung memandangkan Bella tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain.

Daripada memberikan kata-kata semangat sehinggalah menemani mereka sepanjang pertandingan, gelagat ketiga-tiganya memang cukup mencuit hati!

Ayden Raih Tempat Keempat Dalam IronKids Langkawi

Sweetnya Daddy Saddiq! Teman Ayden & Ara Sertai IronKids, Siap Urus Anak-Anak Ketika Bella Astillah Tiada

Dalam pada itu, Ayden turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat keempat dalam acara IronKids Langkawi.

Biarpun baru berusia sembilan tahun, Ayden nampaknya semakin menunjukkan kesungguhan dalam sukan triathlon apabila sekali lagi berjaya memberikan saingan dalam acara yang disertainya.

Bukan Ayden sahaja yang mendapat perhatian, adiknya, Ara juga tidak ketinggalan menyertai acara berkenaan.

Paling sweet, Syed Saddiq turut menemani Ara berlari sehingga ke garisan penamat. Memang tak senang duduk dibuatnya apabila perlu memberikan perhatian kepada kedua-dua beradik itu!

Ads

Bukan Kali Pertama Ayden Sertai IronKids

Untuk rekod, Ayden bukanlah wajah baharu dalam acara sukan berkenaan kerana dia pernah menyertai IronKids Langkawi 2025 bersama adiknya.

Malah, pada Julai 2025, Ayden turut mencuri perhatian apabila berjaya menamatkan cabaran triathlon pertamanya di Desaru ketika berusia lapan tahun.

Sweetnya Daddy Saddiq! Teman Ayden & Ara Sertai IronKids, Siap Urus Anak-Anak Ketika Bella Astillah Tiada

Nampaknya, minat Ayden terhadap sukan triathlon semakin serius, lebih-lebih lagi apabila dia turut mendapat sokongan daripada Syed Saddiq yang sememangnya aktif menyertai pertandingan sukan tersebut.

Syed Saddiq Sibuk Urus Dua Beradik

Sementara Ayden memberikan tumpuan untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam pertandingan, Syed Saddiq pula mempunyai ‘misi’ tersendiri apabila perlu memastikan kedua-dua beradik itu berada dalam keadaan baik sepanjang acara.

Ads

Dengan Bella yang tidak dapat menemani mereka kali ini, Syed Saddiq nampaknya cukup sibuk melayan kerenah Ayden dan Ara.

Daripada menguruskan persiapan pertandingan sehinggalah memberikan sokongan di tepi laluan, gelagat mereka bertiga memang sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat yang mengikuti perkembangan Bella dan Syed Saddiq.

Lebih-lebih lagi apabila Syed Saddiq dilihat begitu selesa meluangkan masa bersama Ayden dan Ara dalam pelbagai aktiviti.

Sweetnya Daddy Saddiq! Teman Ayden & Ara Sertai IronKids, Siap Urus Anak-Anak Ketika Bella Astillah Tiada

Ayden & Ara Curi Tumpuan Di Langkawi

Selain pencapaian Ayden yang berjaya menduduki tempat keempat, gelagat Ara yang ditemani Syed Saddiq ketika berlari turut menjadi antara momen menarik sepanjang penyertaan mereka di Langkawi.

Ads

Daripada pengalaman menyertai IronKids tahun lalu sehinggalah kembali beraksi pada tahun ini, nampaknya kedua-dua beradik ini semakin seronok dengan aktiviti sukan lasak.

Dalam masa sama, Syed Saddiq juga tidak melepaskan peluang untuk berada di sisi mereka meskipun Bella tidak dapat turut serta.

Apa-apa pun, tahniah buat Ayden atas kejayaan meraih tempat keempat dalam IronKids Langkawi kali ini!

Siapa tahu, mungkin selepas ini kita dapat lihat Ayden mengikut jejak langkah ‘daddy’ dalam lebih banyak pertandingan triathlon pula!

Sumber : Threads teambassofficial

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads