Baru-baru ini, penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Jaejoong membuat pendedahan mengejutkan apabila berkongsi mengenai jumlah wang yang diberikan kepada ibu bapa angkatnya setiap kali bertemu.
Pada 15 Julai lalu, sebuah siaran di Youtube Neighborhood Friend Kangnami telah memuat naik sebuah video yang berjudul ‘Kim Jaejoong Mempunyai 8 Adik-beradik Perempuan, 34 Ahli Keluarga, Dan Memberikan Mereka Wang Saku? Hari Dimana Kangnam Merasa Seperti Anak Yang Kurang Berbakti’.
Melalui video yang dimuat naik, Jaejoong berkongsi kisah mengenai perkembangan terkini dan keluarganya. Menurut penyanyi lagu Rebel ini, dia mempunyai 8 orang adik-beradik perempuan yang lain dimana usia mereka hampir sama. Disebabkan hal itu, dia merasa perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan merawat mereka.
Kredit: Youtube Neighborhood Friend Kangnami
Dalam pada itu, Jaejoong juga berkongsi kisah bagaimana dia diangkat oleh kedua ibu bapanya sebelum ini dan mempunyai perbezaan usia yang sangat singkat dengan adik bungsunya.
Ads
“Saya dijadikan anak angkat ketika masih muda. Saya dan adik bongsu beza kurang setahun. Jadi dia tak pernah meraikan ulang tahun kelahiran sebab usia kami sangat dekat. Saya juga baru mengetahui perkara ini ketika umur saya 20 tahun bahawa jarak umur kami kurang dari 10 bulan”
“Saya rasa dia seperti adik perempuan ‘palsu’, bahkan kalau di sekolah kami akan berada dalam satu kelas yang sama”
Kredit: Youtube Neighborhood Friend Kangnami
Berbicara mengenai keluarga besar Jaejoong, dia turut memberitahu bahawa dia mempunyai 8 adik beradik perempuan, 8 ipar, dan kemungkinan jika 8 anak saudaranya mempunyai anak, dia bakal menjadi seorang datuk dalam masa terdekat.
Selain itu, pengacara siaran Youtube tersebut, Kangnam turut bertanya mengenai jumlah wang saku yang pernah diberikan oleh Jaejoong kepada ahli keluarganya setiap kali perayaan. Katanya, dia akan memberikan sejumlah wang sebanyak 5 juta won (RM17,000) kepada ibu dan bapanya setiap seorang apabila bertemu.
Ads
“Setiap kali saya berjumpa dengan kedua ibu ayah saya. Saya akan berikan mereka masing-masing 5 Juta Won. Dan bercakap mengenai pasangan ideal, saya tidak memiliki ciri tertentu cuma saya sangat menghargai rasa hormat dan kebaikan. Jadi saya lebih suka dengan seseorang yang menghormati orang lebih tua dan mudah memberikan kegembiraan pada orang lain”
Sekadar info, Kim Jaejoong juga pernah dilaporkan telah menghadiahkan kedua orang tuanya sebuah rumah persendirian yang mempunyai ruang bawah tanah, 3 tingkat dengan kemudahan lift dan sauna bernilai 6 Billion Won.
Ads
Apa pun, memang kaya dan pemurah betul Kim Jaejoong ni kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampak glamor, tetapi kehidupan di bawah spotlight tidak sentiasa indah.
Lebih-lebih lagi jika korang adalah public figure seperti Miss Malaysia Universe 2018, Jane Teoh yang bakal mewakili negara ke peringkat akhir pertandingan Miss Universe kelak.
Sejak kemenangan Jane pada Januari lalu, ada saja ‘suara negatif dan kadangkala kedengaran kurang beradap’ yang muncul di setiap posting Instagram yang dimuat naik oleh Jane. Seakan tidak berpuas hati dengan pemilihannya ke pentas dunia, bukan komen konstruktif yang diberi – hanya menyalak saja yang dilakukan oleh sebahagian kecil ‘pengikutnya’.
Lalu penulis bertanya kepada Jane baru-baru ini, bagaimana dia menghadapi isu buli siber SETIAP HARI?
“Apa yang boleh saya lakukan hanyalah fokus kepada diri sendiri terlebih dahulu. Saya ambil masa yang ada ini untuk memperbaiki kelemahan diri. Mengenai komen negatif tersebut, saya tolak ke tepi saja kerana saya tidak boleh menutup mulut mereka.
“Isu buli siber terutamanya yang melanda wanita di Malaysia ini berkait rapat dengan isu women empowerment sesama kita. Untuk hentikan isu buli siber dan diskriminasi wanita, ia perlu hadir daripada kaum wanita sendiri.
“Saya juga selalu ingatkan kepada diri sendiri. Buang rasa tidak puas hati, rasa cemburu dan sokonglah agenda positif yang wanita bawakan agar lelaki dapat melihatnya dan belajar daripada kita,” kata Jane yang juga merupakan salah seorang penghias cover Majalah Remaja, kali ini.
Jane (duduk, dua dari kanan) bersama rakan selebriti Malaysia ketika kempen ‘Hentikan Buli Siber’.
* * * * *
Ada benarnya apa diperkatakan oleh Jane. Jika kita tak habis-habis ingin menjatuhkan sesama sendiri, sampai bila kita boleh ke hadapan.
Lihat saja pada negara luar, mereka sebolehnya ingin wakil negara berjaya di peringkat antarabangsa. Mengapa tidak kita berikan sokongan padu kepada wakil negara kita sendiri. Mencaci saja tidak akan membantu menyelesaikan apa-apa.
Remaja menyokong Jane untuk menggunakan platform Miss Malaysia Universe ini agar dia boleh menyampaikan mesej positif kepada remaja muda dan sebaya usianya.
Katakan tidak kepada buli siber!
Jane bersama tujuh lagi penghias sampul Majalah Remaja isu April-Jun 2018.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya tahun lalu pelakon Willy Wonka, Timothée Chalamet mengejutkan ramai peminat apabila memperkenalkan kekasihnya, Kylie Jenner di acara Golden Globes Awards 2024 sebagai peneman.
Tahun ini, ramai pula peminat yang terkejut apabila mendapati hubungan mereka berjaya bertahan lebih dari setahun apabila Timothée sekali lagi ditemani Kylie di acara tersebut pagi ini.
Golden Globes 2024Golden Globes 2025
Timothée yang dicalonkan untuk kategori lakonannya sebagai Bob Dylan dalam filem biopik muzikal, A Complete Unknown dilihat meluangkan masa di mejanya bersama Kylie tanpa menghiraukan pandangan orang di sekeliling.
Meski hubungan mereka sering dipandang serong oleh kelompok haters Kylie yang merasakan mereka tidak sepadan, Timothée tidak menjadikan negativiti tersebut sebagai ‘kudis’ dalam perhubungan mereka.
Kylie, bagaimanapun dipercayai lebih sedar dengan pandangan warganet dan sekali lagi (seperti tahun lalu) memilih untuk tidak berjalan di karpet merah bagi mengelak pertanyaan wartawan mengenai hubungan mereka.
Timothée ketika di karpet merah Golden Globes 2025.Turut duduk di meja sama ialah pelakon A Complete Unknown, Elle Fanning dan Monica Barbaro.
Baru-baru ini, warganet hangat membincangkan spekulasi kononnya mereka berdua telahpun mengikat tali pertunangan. Tidak lekang juga gosip mengenai status Kylie yang katanya sudah berbadan dua.
Biarpun dihambat perkhabaran liar sedemikian, baik Timothée mahupun Kylie menutup mulut daripada menceritakan secara terperinci mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi mereka.
Sebaliknya, senyuman pada wajah mereka ketika kamera membidik kelibat masing-masing di acara Golden Globes 2025 menceritakan betapa mereka gembira apabila dapat bersama secara terbuka.
Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak dan tidak hanya itu, pemain bola sepak terkenal dunia ini juga seorang dermawan.
Korang mesti tahu bagaimana prihatinnya Ronaldo membantu individu malang, terutamanya kanak-kanak. Malah, dia juga sering membela nasib kanak-kanak Palestin yang dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab.
Terbaru menurut laporan, bintang Manchester United ini sekali lagi menjadi individu pertama dunia yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram. Terkini, beliau menjadi manusia pertama dengan jumlah pengikut melangkaui 400 juta di Instagram.
Dengan ini, beliau sekali lagi mencatatkan rekod dalam jumlah pengikut Instagram – jauh mendahului yang lain.
Sebelum ini, Cristiano Ronaldo mencapai jumlah pengikut seramai 200 juta pada Januari 2020, dan kini dilihat berjaya menggandakannya dalam tempoh dua tahun.
Memang layak pemain yang berusia 36 tahun ini mendapat penghargaan ini. Sikap yang suka menghulur bantuan membantu orang yang susah tanpa mengira bangsa dan agama, mungkin menjadi penyabab Cristiano Ronaldo menjadi orang pertama ada followers sebanyak ini.
Apapun, sikap ini wajar dicontohi oleh semua penduduk dunia dan semoga ianya dijadikan teladan buat semua orang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Instagram : Cristiano Ronaldo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!