Itulah sebab orang kata, periksa dahulu sebelum tuduh yang bukan-bukan. Kan dah susah.
Tular di media sosial beberapa hari lalu sebuah video yang menampilkan seorang wanita yang menduduh seorang pemandu lori kononnya berada dalam keadaan mabuk.
Ini setelah pemandu lori tersebut melanggar beberapa buah kenderaan yang diletakkan di sepanjang bahu jalan terbabit. Dengan nada marah, wanita tersebut menggunakan kata-kata yang agak kasar ketika membuat pertuduhan tanpa terlebih dahulu memeriksa keadaan sebenar pemandu lori tersebut.
Ads
Lantas setelah salah seorang rakan mangsa tampil ke hadapan, dia menjelaskan bahawa rakannya itu telah terkena serangan jantung sewaktu berada di tempat duduk pemandu dan akhirnya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (bukan kerana melanggar kereta-kereta yang ada di situ tetapi kerana penyakitnya itu).
Perkara ini disahkan lagi oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar yang memaklumkan mangsa meninggal dunia disebabkan ‘Myocardial Infraction’. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ads
Berikutan tersalah tuduh, warganet pantas mengecam sepasang suami isteri yang dikatakan menuduh tanpa memeriksa fakta dengan teliti.
Ads
Bagaimanapun, mereka kini menafikan bahawa mereka adalah perakam video kemalangan itu.
Sebaliknya, wanita itu katanya hanya memuatnaik semula video berkenaan di akaun TikTok selepas menerimanya melalui aplikasi WhatsApp.
Tambahnya lagi, kereta yang dilanggar oleh lori itu bukanlah keretanya dan suara dalam video itu memang bukan milik wanita itu. Demi meredakan keadaan, wanita yang juga merupakan pemilik akaun TikTok @mubarakkhan1535 itu telah meminta maaf kepada keluarga pemandu lori terbabit sambil menegaskan bahawa bukan dirinya yang merakam video tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ajal, maut ditanganNYa, siapa sangka gurauan berakhir dengan kematian.
Siapa sangka hanya kerana gurauan bersama rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam petang tadi.
Menurut laporan hasil maklumat saksi dan dua rakan kepada mangsa, mereka bertiga dipercayai melepak dan bermain pemainan video di dalam tandas tersebut manakala mangsa sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas.
Norazam berkata rakan mangsa dipercayai telah menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau namun setelah asap tebal dan api semakin besar, dua rakan mangsa telah lari ke luar tandas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.35 petang dan apabila tiba di lokasi didapati api telah padam serta menemukan Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, yang rentung di tandas awam.
Foto Via FB Page Love Kuala Selangor
“Mangsa yang tersedar daripada tidur berada dalam keadaan separa sedar kemudian melarikan diri ke dalam tandas,” katanya.
“Bomba seterusnya mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan pemilik jenama kecantikan popular, Athirah Kamaruzzaman atau Tyra berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi sulungnya, semalam 19 Januari 2025.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Tyra menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran, Tyra kelihatan tersenyum bahagia setelah selesai melahirkan bayi perempuan mereka.
Kami telah menyambut kehadiran malaikat kecil kami yang penuh keberkatan, Tyara binti Emran pada pagi 19 Januari 2025
Tyra dan Emran meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat yang dikurniakan Allah SWT dalam hidup mereka.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.
Rasanya satu Malaysia tahu tentang isu syarikat kurier J&T ni kan. Yelah…hati mana yang tidak terkesan apabila melihat nasib bungkusan barang yang dibeli dengan duit kita sendiri secara atas talian dibaling, disepak begitu saja oleh para pekerja syarikat kurier.
Susulan daripada hal ini mesti ramai yang tertanya-tanya termasuklah penulis tertanya kepada diri sendiri, siapa yang akan bertanggung jawab kalau barang pengeposan itu rosak atau hilang. Adakah penjual yang perlu bertangungjawab atau pihak syarikat kurier itu sendiri. Atau itu tanggungjawab pembeli sendiri….Hmmm
Lantas, seorang peguam yang sering berkongsi tentang hak pengguna di laman sosial, Puan Nor Zabetha pada kali ini menjelaskan mengenai hak pengguna apabila barang yang diterima rosak.
Ikuti Perkongsian Peguam ini :
Apa hak pengguna, apabila barang yang diterima rosak?
Misalnya insiden barangan J&T yang dikendalikan secara kasar.
Saya tolak tepi isu komisen, isu marah dengan majikan, isu hak pekerja.Saya hendak fokus kepada hak pelanggan iaitu penghantar/penerima barangan.
Ada banyak diruang komen berkenaan aduan barangan yang diterima rosak, pecah dan bungkusan macam ‘belacan’.
Isu dalaman J&T kita ketepikan dahulu. Bak kata pepatah “Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakar”. Janganlah pasal hal dalaman, kita pelanggan pula terkena. Tak patut.
Andai kata ada menerima barangan rosak oleh J&T kerana situasi ini, saya telah membuat semakan kepada terma dan syarat bagi penghantaran oleh J&T. Setakat mana hak kita? Apakah situasi yang boleh kita tuntut?
Secara ringkasnya terma tersebut sangatlah kuat dan sangat menyebelahi J&T tetapi masih ada ruang, cara dan langkah-langkahnya kepada kita sebagai pelanggan.
Selaras dengan terma dan syarat J&T ini cara-cara hendak menuntut barang rosak atau pecah akibat insiden baru-baru ini:
Cara-Cara Tuntutan Barangan Rosak Atau Pecah
Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam. Terlepas 48 jam ini, J&T ada hak untuk tolak permohonan kita (Klausa 16.3 terma dan syarat)
1.Aduan atau claim boleh call hotline 24 jam mereka iaitu 1300-80-9000 atau email seperti dalam Gambar 1 dibawah.
2. Bagi barangan rosak atau hilang, Klausa 16.1 memperuntukkan HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis.
Jadi kalau kalian adalah penerima, dapatkan pengesahan bertulis dari penghantar untuk memulakan tuntutan bagi pihak penghantar.
3. Perlu isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (kalau syarikat) dan lain-lain, nanti semak semula dengan J&T dokumen lain yang diperlukan.
4 . Sediakan juga gambar-gambar kerosakan.
J&T bakal menilai kerana berdasarkan terma, adalah menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya. Maksudnya kalau barang mudah pecah perlu balut elok-elok dan jenis serta berat barangan perlu isytihar betul-betul.
Jika penghantar gagal mematuhi syarat ini, secara asasnya kalau barangan rosak, ianya bukanlah kesalahan J&T dan penghantar perlu menanggung kos dan kerugian akibat barangan rosak. Jadi gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian.
5. Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya.
Misalnya bagi barang yang hilang atau rosak yang beratnya kurang dari 2kg yang dihantar secara domestik (dalam negeri), jumlah yang boleh dituntut adalah berdasarkan harga kerosakan atau kehilangan atau maksimum RM100 sahaja atau mana-mana yang lebih rendah.
Contoh, harga mainan kereta control yang dibeli dan dihantarkan adalah RM130.00. Kerosakannya adalah pada bahagian tayar yang terpatah. Dinilaikan sebanyak RM20 sahaja. Jadi tuntutan hanya RM20 sahaja.
Situasi lain, sekiranya kereta control ini hilang walaupun harga RM130, namun jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM100 sahaja. Itu sahaja nilai maksimum berdasarkan terma.
Harganya berbeza, kalau domestik yang lebih 2.01kg, maksimum boleh tuntut RM300. Manakala barangan dari luar negara, maksimum RM400 tetapi ganti rugi akan diberikan kepada jumlah terpaling rendah berdasarkan siasatan dan semakan J&T.
Mesti ramai yang kata tidak berbaloi bukan? Kalau barangan ribu ringgit. Yang rosak ribuan ringgit tetapi boleh tuntut hanyalah RM300. Sedangkan dalam video kelihatan barangan dikendalikan dengan ganas.Tak adil!
Memanglah ada terma dan syarat dan terikat tetapi jelas dalam video, barangan diperlakukan sedemikian rupa. Langsung tidak ikut SOP atau terma dan syarat.
Pada saya ini adalah pengingkaran terma iaitu mereka sepatutnya mengendalikan barangan dengan baik. Kalau sekiranya mereka ikut SOP atau terma tetapi apakan daya barangan rosak, faham juga. Tanpa disengajakan.
Tetapi kalau secara jelas, dicampaknya barangan kita ini. Tidak patut kerana kita meletakkan kepercayaan serta melantik mereka untuk mengendalikan dengan baik.
Seperti mana kita mematuhi terma dan syarat penghantaran. Begitu juga mereka. Jika mereka telah mengingkari, maka kita boleh mengemukakan saman kerana perbuatan mengingkari terma sehingga menyebabkan kita hilang ribuan ringgit.