Kurang 24 jam sebelum berlangsungnya konsert Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil, khabarnya penyanyi Bad Guy itu dan abangnya, Finneas telahpun mendarat di Kuala Lumpur.

Buktinya, kelibat pasangan adik-beradik berbakat besar itu telahpun dapat disaksikan oleh para peminat di pusat membeli-belah, Sungei Wang dekat Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada hari ini.

Berdasarkan kepada hantaran video TikTok oleh akaun Sungei Wang Plaza, Billie dan Finneas dapat dilihat sedang meluang masa bergembira di Blastacars iaitu lokasi bermain kart di situ.

@sungeiwangplaza Billie Eilish & Finneas at Sungei Wang Plaza!! Yooo admin also star struck 😭 #sungeiwangplaza #billieeilish #happierthaneverworldtour #billieeilishinkl #billieeilishinkualalumpur ♬ bad guy – Billie Eilish

IKLAN

Langsung tidak kelihatan sebarang tanda-tanda perasaan nervous sebelum mereka naik pentas esok.

Untuk pengetahuan, konsert esok adalah sebahagian daripada siri jelajah dunia Happier Than Ever 2022.

Billie Eilish Pilih Untuk Lepak Di Sungei Wang Sebelum Konsert Esok
Sumber Foto : Elite Daily
Billie Eilish Pilih Untuk Lepak Di Sungei Wang Sebelum Konsert Esok
Sumber Foto : Elite Daily

ARTIKEL BERKAITAN : Konsert Billie Eilish Bakal Berlangsung Di KL 18 Ogos Ini – REMAJA

IKLAN

Haa, siapa yang tidak sabar lagi untuk menyaksikan konsert Billie esok?! Jika korang tidak berjaya memiliki tiket, cubalah pusing-pusing di sekeliling Kuala Lumpur. Mana tahu korang akan terserempak dengan mereka secara tidak sengaja. Hehe..

BACA LAGI : Billie Eilish Rasa ‘Normal’ Dengan Rambut Hitam, Enggan Warna Rambut Lagi? – REMAJA

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI