Baru-baru ini, beberapa bintang hollywood menuai kritikan warga internet apabila ramai di antara mereka mula membuka tabung derma dan kutipan dana selepas bencana kebakaran yang berlaku di California yang memusnahkan banyak perumahan di Los Angeles.
Menurut laporan media antarabangsa, sumbangan yang dikutip itu bagaimanapun bukan untuk orang ramai yang memerlukan tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga mereka.
Antara salah seorang daripadanya ialah personaliti televisyen terkenal, Spencer Pratt yang meminta derma kepada pengikutnya di Tiktok dengan menonton dan menyukai video di akaun miliknya.
Kebakaran yang terjadi di California, LA
Video yang dimaksudkan menampilkan lagu What It Feels Like oleh Aly & AJ dan melalui interaksi pada video tersebut ditambah dengan jumlah butang suka, Pratt boleh menjana sejumlah wang.
Selain itu, Pratt turut meminta pengikutnya untuk menggunakan lagu isterinya, Heidi Montag agar mereka mampu untuk menghasilkan royalti daripada penstriman muzik.
Ads
Pratt antara selebriti yang kehilangan rumah disebabkan kebakaran besar di LA
Dalam pada itu, penyanyi dan pelakon, Mandy Moore turut membuka sumbangan untuk mangsa kebakaran di LA yang ternyata merupakan keluarga iparnya sendiri.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story, beliau menyediakan pautan GoFundMe untuk sumbangan bagi membantu ‘mangsa’ kebakaran yang mensasarkan kutipan sebanyak USD60 ribu iaitu sekitar RM269,670.
Ads
Mandy Moore antara selebriti yang dikecam selepas meminta dana bagi membantu keluarga iparnya
Walau bagaimanapun, tindakan para selebriti ini mencetus kontroversi di media sosial dan ramai pihak turut mengecam sikap mereka yang cuba mengaut keuntungan daripada bencana tersebut.
Sementara itu, bercakap mengenai derma dan bantuan bagi mangsa kebakaran di California, Los Angeles, ada beberapa jutawan dan selebriti terkenal seperti Beyoncé, Halle Berry, Michael Douglas, Eva Longoria, dan Paris Hilton dilaporkan telah memberikan sejumlah sumbangan bagi membantu mangsa yang memerlukan.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kali ini, remaja bersama dua anggota STAYC, Seeun dan J, yang baru sahaja melancarkan single digital khas mereka, “Over U, Goodbye” 🎶🌟 So, apa tunggu lagi? Bersempena dengan vibe tahun baru, REMAJA ajak STAYC untuk buat 2025 prediction yang pasti akan buat korang teruja! 🌟
ℹ️ STAYC adalah girlgroup Korea Selatan yang terkenal dengan konsep fresh dan energetic! Di bawah naungan High Up Entertainment, STAYC terdiri daripada 6 ahli yang menawan: Sumin, Sieun, Isa, Seeun, Yoon dan J. Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu catchy seperti “So Bad”, “ASAP”, “Stereotype”, dan “RUN2U”.
P/S: Siapa bias korang? Drop komen dan kongsi apa expectation korang untuk tahun ni! 🔥
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kata pelakon dari Malaysia tidak berbakat dan dihargai?
Hari ini, giliran pelakon kacak Malaysia, Bront Palarae pula untuk membanggakan nama negara selepas dia terpilih untuk membintangi drama bersiri seram original HBO Asia berjudul Folklore.
Selain daripada Bront, Folklore juga akan dibintangi pelakon Jepun, Kazuki Kitamura.
Sebelum ini, Bront Palarae pernah membintangi beberapa filem antarabangsa lain seperti drama bersiri original HBO Asia, Halfworlds dan Pengabdi Setan. Bront juga pernah menerima anugerah Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia 23 dan juga Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.
Tahniah Bront!
Menurut HBO Asia, penggambaran untuk drama bersiri enam episod ini telah bermula di beberapa lokasi di sekitar Asia. Apa yang membuatkan drama Folklore berbeza adalah kerana ia bakal dihasilkan oleh 6 orang pengarah Asia berbeza.
Ini bermaksud, setiap episod akan menceritakan kisah masyarakat setempat dan mitos seram berbeza walaupun tema utamanya tetap sama. Ia juga menyaksikan pelakon menutur bahasa tempatan negara masing-masing.
Oh, kiranya Bront akan mewakili kisah seram di Malaysia lah.
Enam orang pengarah yang terlibat untuk drama Folklore ini termasuklah Joko Anwar (dari Indonesia yang terkenal dengan filem Pengabdi Setan), Takumi Saitoh (Jepun), Lee Sang-Woo (Korea), Ho Yuhang (Malaysia), Eric Khoo (Singapura) dan Pen Ek Ratanaruang (Thailand).
Dulu korang kenal Ho Yuhang sebagai pelawak iklan kan? Sekarang beliau sudah bergelar pengarah berjaya tau!
Folklore akan ditayangkan pada tahun ini di saluran HBO Asia, secara online dan menerusi aplikasi on demand.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat pada tahun 2018, kawasan pelancongan popular di ASEAN telah dikejutkan dengan penutupan pantai secara serta-merta.
Antara yang terlibat ialah Boracay, Filipina dan Koh Samui, Thailand untuk tempoh 10 bulan. Semuanya gara-gara isu pencemaran pantai yang kritikal dan mampu membunuh hidupan laut di sana.
To be honest, bukan pantai Boracay dan Koh Samui saja yang terjejas. Banyak lagi kawasan pantai ASEAN yang berdepan situasi ini termasuklah di dalam negara kita sendiri.
Mungkin untuk mengelakkan perkara itu terjadi, Bali Indonesia telah menetapkan cukai lebihan kepada para pelancong yang masuk ke pulau itu baru-baru ini.
Cukai pelancong sebanyak USD10 atau RM41 akan dikenakan kepada semua pelancong asing dan dana itu akan digunakan untuk pemuliharaan alam serta pembangunan budaya di Bali.
Untuk pengetahuan korang, Bali ingin mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 70% dalam masa setahun kerana ia juga berdepan dengan masalah pencemaran di pantai. Malah, sejak bulan Disember lagi, Bali telah mengharamkan penggunaan straw minuman dan styrofoam.
Baguslah tu, demi kecantikan alam semulajadi Bali juga. Barulah anak cucu kita boleh nikmati Bali yang sekarang ini pada 30-40 tahun akan datang.
Kira-kira 12 juta orang pelancong asing yang berkunjung ke Bali pada setiap tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dilaporkan bakal tampil sebagai pelakon dalam drama fantasi popular, TVN iaitu Arthdal Chronicles.
Setakat ini, watak yang dimainkan oleh Jisoo masih lagi tidak diketahui namun sumber melaporkan bahawa wataknya akan muncul di tengah-tengah hingga ke penghujung drama tersebut.
Penglibatan Jisoo dalam drama tersebut sekaligus menjadikan ia drama pertama lakonan gadis itu selepas tampil sebagai cameo di dalam drama Producers pada tahun 2015.
Selain itu, Nickhun dari 2PM juga bakal membuat kemunculan dalam drama ini. Drama tersebut turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Song Joong Ki, Kim Ji Won, Jang Dong Gun dan Kim Ok Bin.
Drama yang telah ditayangkan di TVN dan Netflix itu bagaimanapun berhadapan dengan rating yang kurang dari jangkaan setelah 4 episod ditayangkan. Drama ini menceritakan tentang dunia politik yang melanda bandar purba bernama Arthdal.
Pada masa yang sama, pengkritik mengatakan bahawa watak, kostum, latar belakang malah konsep penceritaan “Arthdal Chronicles” mempunyai persamaan dengan drama siri popular US, Game Of Throne.
Menurut Allkpop, ketika sidang media yang diadakan di Seoul, Korea Selatan bulan lalu, pihak penerbitan drama ini nafi persamaan antara Arthdal Chronicles dan Game Of Throne. Menurutnya, siri Game Of Throne merangkumi manusia zaman dahulu kala, sedangkan drama mereka hanya berdasarkan imaginasi semata.
Sekali pandang memang nampak macam sama. Mungkin story line belum berkembang. Masih terlalu awal untuk kritik. Gais! Drama ni ada Song Jung Ki kot! Mohon layan~
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.