Suka Minum Teh Panas, Doktor Dedahkan Boleh Kena Kanser Kerongkong

Share

Ramaikan yang suka minum minuman ketika panas. Katanya lebih nikmat berbanding air yang telah suam. Namun jika inilah kesukaan anda selama ini, sila hentikannya sesegera mungkin.

Kajian terbaru  diterbitkan dalam Journal Of Cancer  memaklumkan, individu yang suka minum teh ketika panas dapat meningkatkan risiko kanser kerongkong.

Penelitian dari 50,000 orang yang dilakukan terhadap individu yang berusia 40-75 tahun yang menjadi responden menunjukkan rendaman teh dalam suhu 60 darjah Celsius sebanyak 700ml sehari, boleh meningkatkan kanser kerongkong sebanyak 90 peratus.

 

Seharusnya teh tidak boleh diminum ketika terlalu panas sebaliknya perlu menunggu seketika.

Menurut Dr Farhat Islami dari American Cancer Society berkata ramai individu menyukai teh atau kopi panas namun penemuan dari kajian yang kami lakukan mendapati, ia meningkatkan risiko kanser kerongkong.

Namun bagi mengelak risiko ini terjadi, anda harus menunggu minuman menjadi hangat sedikit (bukan menghirup dalam keadaan terlalu panas) sebelum menghirupnya. Perbuatan secara berulang yang diakibatkan asap dan cairan panas akan mengakibatkan kanser kerongkong.

Sebenarnya kajian ini bukan baru namun penemuan terbukti bahawa suhu panas boleh mengakibatkan kanser kerongkong. Walau kanser kerongkong tidak seramai kanser payudara tetapi ia berada di senarai ke lapan paling ramai penghidapnya.

Menurut Stephen Evans, Profesor Pharmacoepidemiology di London School of Hygiene & Tropical Medicine, Stephen Evans berkata, suhu panas adalah isu penting  dalam hal ini.

“Ada banyak makanan dan minuman panas yang sering kita makan tetapi perbuatan ini jelas tidak baik. Ia umpama menyalai kerongkong di dalam microwave dan boleh mendatangkan kecederaan  pada kerongkong.

“Trauma inilah yang akan menyebabkan perubahan sel dan ia berubah menjadi kanser,” tambah Evans.

Jadi hentikan tabiat ini ya kalau mahu terus sihat.

IKLAN