Suit Up! 10 Stail Elegan Selebriti Malaysia Di Acara Eksklusif Ralph’s Club

Share

 

Bertempat di ruang legar Suria KLCC semalam, berlangsungnya acara gilang-gemilang pelancaran minyak wangi Ralph’s Club Eau De Parfum oleh jenama fesyen terkenal Amerika Syarikat, Ralph Lauren.

Turut diundang ke acara tersebut adalah puluhan selebriti tempatan untuk sama-sama meraikan pewangi maskulin terbaru itu sambil disajikan dengan persembahan secara langsung oleh pemuzik jemputan.

Untuk pengetahuan korang, promosi pewangi Ralph’s Club di Suria KLCC ini bakal berlangsung sehingga hujung minggu ini di mana korang boleh mendapatkan pewangi tersebut pada harga RM440 sambil membawa pulang beberapa item eksklusif dalam masa terhad.

Ia terdiri daripada beberapa pewangi ‘sample’ lain daripada Ralph Lauren Fragrances DAN beg jinjing eksklusif serba hitam. First come first served tau!

Nah, ini 10 gaya selebriti eksklusif yang sempat untuk dibidik oleh REMAJA.

Tidak hairanlah masing-masing suit up untuk acara ini; bersesuaian dengan aroma kelelakian ‘earthy & woody’ serta sensual pada pewangi ini.

Gaya yang mana yang menjadi kegemaran korang?

 

Yaya Zahir

 

Shaza Bae

 

Nabila Razali

 

Bella Dally

 

Malek Mccrone

 

Syamim Farid

 

Ruhainies

 

Uyaina Arshad

 

Bella Astillah & Aliff Aziz

 

Fatiya Latiff

BACA LAGI : Lisa, V BTS Hangatkan Pertunjukan Fesyen Celine Setelah Naiki Jet Serupa – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN