Bertempat di ruang legar Suria KLCC semalam, berlangsungnya acara gilang-gemilang pelancaran minyak wangi Ralph’s Club Eau De Parfum oleh jenama fesyen terkenal Amerika Syarikat, Ralph Lauren.
Turut diundang ke acara tersebut adalah puluhan selebriti tempatan untuk sama-sama meraikan pewangi maskulin terbaru itu sambil disajikan dengan persembahan secara langsung oleh pemuzik jemputan.
Untuk pengetahuan korang, promosi pewangi Ralph’s Club di Suria KLCC ini bakal berlangsung sehingga hujung minggu ini di mana korang boleh mendapatkan pewangi tersebut pada harga RM440 sambil membawa pulang beberapa item eksklusif dalam masa terhad.
Ia terdiri daripada beberapa pewangi ‘sample’ lain daripada Ralph Lauren Fragrances DAN beg jinjing eksklusif serba hitam. First come first served tau!
Nah, ini 10 gaya selebriti eksklusif yang sempat untuk dibidik oleh REMAJA.
Tidak hairanlah masing-masing suit up untuk acara ini; bersesuaian dengan aroma kelelakian ‘earthy & woody’ serta sensual pada pewangi ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu kajian yang dilaporkan oleh Reuters menjelaskan bahawa Profesor Jean-Francis Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik menasihati kerajaan berkaitan epidemik itu berkata seramai 17 juta daripada rakyat Perancis yang berjumlah 67 juta berisiko tinggi terhadap COVID-19 disebabkan faktor usia, sudah mempunyai penyakit tertentu dan juga obesiti.
Menurut beliau lagi, virus ini sangat dahsyat ia boleh menjangkiti orang muda, terutamanya individu yang obes. Jadi, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan perlu berhati-hati.
Gambar hiasan
Hal ini juga menjadi kebimbangan kepada rakyat di Amerika yang terkenal dengan masalah obesiti dan mereka mungkin mempunyai banyak masalah yang disebabkan oleh obesiti.
Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat COVID-19 adalah 2 peratus, namun ia boleh meningkat sehingga 14 peratus bagi mereka yang lemah.
Gambar hiasan
88% daripada mereka yang dijangkiti COVID-19 ini hanya mengalami simptom seperti selesema teruk.
Jelas sekali virus ini tidak mengenal umur dan mampu untuk menjangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada obes atau tidak, kita seharusnya menjaga kesihatan dengan lebih baik lebih-lebih lagi dalam waktu sekarang ni.
Minat dalam dunia ratu cantik bukan jadi alasan untuk seseorang mengabaikan pelajaran. Biar gemerlap dunia glamor menanti, pelajaran menjadi satu faktor yang mampu memberi kelebihan kepada seseorang.
Inilah falsafah yang dipegang oleh Deta Kokomani, gadis berusia 21 tahun yang baru sahaja dinobat sebagai Miss Universe Albania 2022. Walaupun menceburi dunia ratu cantik tetapi pelajaran tetap didahulukan.
Merupakan pelajar tahun ketiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi di Albanian University, gadis cantik ini bukan calang-calang orangnya. Dia dipilih sebagai pengacara untuk mengemudi majlis konvokesyen yang melibatkan lebih 1500 pelajar. Hebat bukan?
Walaupun belajar dan bidang sains, namun dia juga seorang yang gemarkan dunia seni. Dia belajar piano selama enam tahun di Sekolah Tinggi Artistik Durres dan kemahiran bermain alat muzik tersebut masih dipraktik sehingga kini.
Di laman Instagramnya, gadis yang berasal dari bandar Durres ini berkongsi perasaannya selepas kemenangan. Ujarnya, “Kata-kata tidak mencukupi untuk emosi yang saya rasa hari ini, serta terima kasih untuk keseluruhan produksi.
“Ia adalah satu penghormatan, keistimewaan dan tanggungjawab besar untuk mewakili Albania di Miss Universe.Terima kasih kepada anda semua yang telah mengucapkan tahniah dan menyokong saya, terima kasih yang tidak terhingga.”
Walaupun sibuk dengan pengajiannya, Deta percaya bahawa segala-galanya datang ke dalam hidup pada masa yang tepat. Dia percaya bahawa Miss Universe adalah destinasi yang menjadi sebahagian dari hidupnya kini.
“Bab di mana saya berasa lebih yakin & lebih yakin berbanding sebelum ini untuk mewakili sosok wanita Albania di dunia. Di penghujung pengalaman ini, saya mengharapkan untuk diingati bukan sahaja sebagai seorang gadis cantik, tetapi sebagai seorang wanita yang benar-benar boleh menggunakan platform pertandingan ini untuk membuat perubahan dalam masyarakat,” tambahnya.
Deta akan mewakili Albania dalam pertandingan Miss Universe ke 71 yang dijangka bakal berlangsung penghujung tahun ini. Albania mula menghantar wakilnya ke pertandingan berprestij tersebut bermula 2022. Setakat ini, empat wakil negara itu berjaya menembus jajaran semifinalis.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepuluh tahun bukanlah satu tempoh singkat untuk membina empayar perniagaan yang digemari dan disayangi oleh masyarakat Malaysia.
Justeru, tahun 2025 memberi erti yang cukup bermakna kepada pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi apabila ia menandakan ulang tahun dekad pertama untuk jenama fesyen berkenaan sejak ia muncul pada tahun 2015.
Ketika ditemui REMAJA di pertunjukan fesyen Bulan Bintang bertemakan Sedekad Menyinar baru-baru ini di ibu negara, Azzim, 28 yang mesra dengan panggilan Meri menzahirkan rasa syukurnya apabila jenama itu terus pesat dibangunkan dalam pasaran fesyen tempatan yang amat kompetitif ini.
Azzim Zahid Azmi, Pengasas Bulan Bintang.
Di samping mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyokong dan membeli koleksi Hari Raya Aidilfitri yang diperkenalkan pada setiap tahun, Azzam turut berterima kasih kepada pekerja serta pasukan Bulan Bintang sendiri yang setia bersamanya selama sepuluh tahun tatkala ia berada di bawah mahupun ketika di puncak.
“Saya ingat lagi waktu kami bawa semua barang dengan menaiki motosikal sahaja. Baju naik moto, iron naik moto. Zaman itu, warehouse kami hanyalah berupa sebuah kontena sepanjang 20 kaki sahaja.
“Tiga, empat tahun saya meniaga di Uptown Danau Kota sambil (membahagikan masa meneruskan pengajian) degree di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Datanglah tahun 2020 di mana kami pada mulanya ingin all out dengan membuka kedai fizikal pertama Bulan Bintang dan sertai macam-macam event raya.
“Kita semua tidak menjangkakan kehadiran Covid-19 dan ia memberi tamparan kepada saya, pekerja dan rakan-rakan saya.”
“Semua stok terpaksa saya bawa ke ‘warehouse sementara’ iaitu di rumah kakak saya. Di situlah semua stok dan packing pakaian Bulan Bintang dibuat sepanjang perintah berkurung.
“Namun, cabaran itu memaksa kami memikirkan strategi pantas untuk bertahan dan di situlah munculnya idea untuk memperkenalkan kempen next day delivery ke rumah-rumah pelanggan.
“Saya mengajak kawan-kawan sekolah untuk menolong hantarkan baju Melayu ke rumah anda. Pada tahun 2020 itu, jumlah 2000-3000 baju sudah dikira besar. Alhamdulillah, kami berjaya laksanakannya!” kata Azzim.
Dalam pada itu, Azzim berjanji pasukannya akan terus memperkenalkan idea baharu kepada pelanggan setia Bulan Bintang agar mereka teruja dan berbangga menyarungkan baju Melayu, baju kurung dan kurta keluaran Bulan Bintang setibanya Syawal menjelang.
Di samping itu, kehadiran sembilan orang duta lama dan baharu Bulan Bintang kali ini juga memberikan Azzim semangat berganda untuk menetapkan sasaran jualan 1.5 juta helai baju raya pada tahun ini.
“Setiap tahun, saya keluarkan idea baharu dengan sokongan pasukan saya dan duta-duta hebat di sini. Apa sahaja idea yang saya beri, mereka sambut dengan hati yang terbuka. Itu membuatkan saya crave for more.
“Semuanya satu kepala dengan saya. Saya tidak akan pilih orang yang saya tidak ingin bekerjasama. Kami juga percaya jenama-jenama besar berbangga untuk menjadi rakan kolaborasi kami. Jenama seperti AirAsia, Tabung Haji tidak malu untuk bersama Bulan Bintang,” ujar Azzim lagi.
Terdahulu, REMAJA melaporkan pengenalan empat orand duta lama dan lima orang duta baharu kempen Raya Bulan Bintang 2025. Mereka terdiri daripada Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali, Dato’ Rosyam Nor, Dato’ Remy Ishak, Shafiq Kyle dan Zahiril Adzim.
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.