Sepuluh tahun bukanlah satu tempoh singkat untuk membina empayar perniagaan yang digemari dan disayangi oleh masyarakat Malaysia.
Justeru, tahun 2025 memberi erti yang cukup bermakna kepada pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi apabila ia menandakan ulang tahun dekad pertama untuk jenama fesyen berkenaan sejak ia muncul pada tahun 2015.
Ketika ditemui REMAJA di pertunjukan fesyen Bulan Bintang bertemakan Sedekad Menyinar baru-baru ini di ibu negara, Azzim, 28 yang mesra dengan panggilan Meri menzahirkan rasa syukurnya apabila jenama itu terus pesat dibangunkan dalam pasaran fesyen tempatan yang amat kompetitif ini.
Azzim Zahid Azmi, Pengasas Bulan Bintang.
Di samping mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyokong dan membeli koleksi Hari Raya Aidilfitri yang diperkenalkan pada setiap tahun, Azzam turut berterima kasih kepada pekerja serta pasukan Bulan Bintang sendiri yang setia bersamanya selama sepuluh tahun tatkala ia berada di bawah mahupun ketika di puncak.
“Saya ingat lagi waktu kami bawa semua barang dengan menaiki motosikal sahaja. Baju naik moto, iron naik moto. Zaman itu, warehouse kami hanyalah berupa sebuah kontena sepanjang 20 kaki sahaja.
“Tiga, empat tahun saya meniaga di Uptown Danau Kota sambil (membahagikan masa meneruskan pengajian) degree di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Datanglah tahun 2020 di mana kami pada mulanya ingin all out dengan membuka kedai fizikal pertama Bulan Bintang dan sertai macam-macam event raya.
“Kita semua tidak menjangkakan kehadiran Covid-19 dan ia memberi tamparan kepada saya, pekerja dan rakan-rakan saya.”
“Semua stok terpaksa saya bawa ke ‘warehouse sementara’ iaitu di rumah kakak saya. Di situlah semua stok dan packing pakaian Bulan Bintang dibuat sepanjang perintah berkurung.
Ads
“Namun, cabaran itu memaksa kami memikirkan strategi pantas untuk bertahan dan di situlah munculnya idea untuk memperkenalkan kempen next day delivery ke rumah-rumah pelanggan.
“Saya mengajak kawan-kawan sekolah untuk menolong hantarkan baju Melayu ke rumah anda. Pada tahun 2020 itu, jumlah 2000-3000 baju sudah dikira besar. Alhamdulillah, kami berjaya laksanakannya!” kata Azzim.
Dalam pada itu, Azzim berjanji pasukannya akan terus memperkenalkan idea baharu kepada pelanggan setia Bulan Bintang agar mereka teruja dan berbangga menyarungkan baju Melayu, baju kurung dan kurta keluaran Bulan Bintang setibanya Syawal menjelang.
Di samping itu, kehadiran sembilan orang duta lama dan baharu Bulan Bintang kali ini juga memberikan Azzim semangat berganda untuk menetapkan sasaran jualan 1.5 juta helai baju raya pada tahun ini.
“Setiap tahun, saya keluarkan idea baharu dengan sokongan pasukan saya dan duta-duta hebat di sini. Apa sahaja idea yang saya beri, mereka sambut dengan hati yang terbuka. Itu membuatkan saya crave for more.
Ads
“Semuanya satu kepala dengan saya. Saya tidak akan pilih orang yang saya tidak ingin bekerjasama. Kami juga percaya jenama-jenama besar berbangga untuk menjadi rakan kolaborasi kami. Jenama seperti AirAsia, Tabung Haji tidak malu untuk bersama Bulan Bintang,” ujar Azzim lagi.
Terdahulu, REMAJA melaporkan pengenalan empat orand duta lama dan lima orang duta baharu kempen Raya Bulan Bintang 2025. Mereka terdiri daripada Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali, Dato’ Rosyam Nor, Dato’ Remy Ishak, Shafiq Kyle dan Zahiril Adzim.
Primer bukan saja dapat menjadikan mekap lagi cantik, tetapi bertindak juga sebagai protective layer di antara mekap yang disapu pada kulit. Ia dapat menghalang mekap dari tersumbat di dalam pori.
Selain tu, primer juga dapat membuatkan mekap korang lebih tahan lama. Untuk kulit berminyak, elakkan primer yang mengandungi bahan silicone kerana ia boleh menyebabkan breakout pada wajah.
Cari yang jenis water based or mousse kerana ia sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Sebaiknya, cari foundation yang ada silica (bagus untuk mengawal minyak pada kulit wajah). Tak pun, cari yang ada tulis non-comedogenic (tak sumbat pori).
Ramai yang selalu pening sama ada nak pilih loose powder atau pressed powder? Dua-dua elok untuk kulit berminyak tapi kalau nak lagi extra oil control, boleh pilih loose powder sebab ia lagi power absorb kulit berminyak.
Jangan lupa selit blotting paper dalam beg sebab ia sangat baik untuk menyerap lebihan minyak pada kulit.
Setiap 3 jam sekali, dab blotting paper pada wajah kerana ia dapat menghalang muka daripada terus berminyak. Mekap pun memang boleh tahan lama dan nampak ‘matte’, so kalau korang nak selfie ke apa, memang tak la nampak berkilat sangat muka tu.
Kalau tentang soalan kulit berminyak patut pakai foundation atau powder, menurut nasihat daripada make up expert, elok pakai powder sebab boleh serap lebihan minyak. Cuma kalau nak pakai foundation, jangan salah pilih ya. Takut nanti makin teruk pula minyak dekat muka tu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang peminat tegar Adidas atau kaki fesyen yang suka vibe retro-modern, kempen terbaru ni confirm untuk korang! Adidas baru je lancarkan ‘The Original’, satu tribute untuk generasi muda yang berani bergaya ikut cara sendiri.
Koleksi ni bukan biasa-biasa. Ia menampilkan empat item OG yang tengah hype semula sekarang ini:
-Superstar II
– Handball Spezial
– Samba OG
– Firebird Tracksuit
Semua item ini bukan saja legend, tapi sekarang dah diberi nafas baru yang lebih fresh — sesuai sangat dengan mood #throwback tapi masih nampak on point.
Adidas bukan main-main, mereka buat event gempak kat House of Wheat, KL. Siap jemput Ismail Izzani untuk perform LIVE!
Dengan vibe akustik dan energy yang chill tapi power, Ismail bawa 4 lagu untuk hiburkan crowd yang memang semangat datang.
Ismail pun bukan saja datang nyanyi, tapi dia juga antara wajah utama untuk kempen ini. Memang kena lah, dia muda, berbakat, dan ada style tersendiri.
Macam koleksi The Original ini juga, yang penuh semangat express yourself. Nak tahu harga? Ini rundown dia:
– Superstar II – RM569
– Handball Spezial – RM449
– Samba OG – RM569
– Firebird Tracksuit (Top) – RM429
– Firebird Tracksuit (Bottom) – RM379
Semua item ini dah mula dijual kat butik Adidas seluruh Malaysia, dan of course, online pun ada. Kalau korang tengah cari outfit yang rare tapi tetap trendy, koleksi ni wajib ada dalam wardrobe.
Untuk update lanjut atau nak usha dulu sebelum beli, boleh follow @AdidasMY kat semua platform atau terus ke [adidas.com.my](https://www.adidas.com.my).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau kita membayangkan uniform seorang pramugari, semestinya rekaan baju yang ketat dan skirt pendek sudah sinonim. Di negara kita, Malaysia Airlines kekal dengan rekaan kebaya pendek dipadankan bersama sarung labuh berbelah di hadapan manakala AirAsia dengan kot dan skirt pendek rona merah menyala. Sepatu bertumit tinggi pula melengkapkan gaya keseluruhan uniform.
Mengambil pendekatan berbeza, baru-baru ini SkyUp yang merupakan sebuah syarikat penerbangan tambang murah Ukraine telah mentransformasikan uniform rasmi pramugarinya kepada stail yang lebih selesa dan sopan.
Uniform lama SkyUp
.
Dari pemakaian skirt pendek dan blazer sendat, pengurusan penerbangan ini terlah menukar uniform pramugarinya kepada penggayaan stail pantsuit yang merangkumi blazer longgar, seluar panjang longgar dan kasut Nike Air rona putih untuk keselesaan maksimum.
Uniform baru yang lebih moden dan selesa.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook, SkyUp menjelaskan, “Kerjaya pramugari sudah diwujudkan hampir serratus tahun dahulu. Sepanjang masa ini, banyak perkara telah berubah dan paling penting sekali, wanita juga sudah berubah. Kerjaya ini memerlukan visi yang baharu berserta dengan perubahan besar yang jelas. Dan sekarang kami memulakan perubahan tersebut.”
Uniform pantsuit berona jingga itu dihasilkan oleh jenama fesyen terkenal Ukraine, GUDU akan dipadankan dengan aksesori skaf berona biru dari jenama GUNIA PROJECT. Kebiasaannya skaf akan dililit di leher, namun dalam tatagaya pemakaian baharu, skaf tersebut dipinkan di bahu kanan.
.
Protokol penampilan juga menjalani perubahan ketara. Jika sebelum ini pramugari perlu mengikat sanggul rambut mereka. Kini mereka boleh melepaskan rambut tanpa diikat dan hanya perlu didandan ringkas dengan gaya loose wave. Untuk solekan pula gaya semulajadi masih disarankan namun mereka dibenarkan untuk bereksperimen dengan rona jingga dan biru untuk solekan mata.
It is such a breath of a fresh air! Menarik dan penampilan pramugari juga nampak moden. Paling penting keselesaan yang terjamin.