Satu kajian yang dilaporkan oleh Reuters menjelaskan bahawa Profesor Jean-Francis Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik menasihati kerajaan berkaitan epidemik itu berkata seramai 17 juta daripada rakyat Perancis yang berjumlah 67 juta berisiko tinggi terhadap COVID-19 disebabkan faktor usia, sudah mempunyai penyakit tertentu dan juga obesiti.
Menurut beliau lagi, virus ini sangat dahsyat ia boleh menjangkiti orang muda, terutamanya individu yang obes. Jadi, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan perlu berhati-hati.
Gambar hiasan
Hal ini juga menjadi kebimbangan kepada rakyat di Amerika yang terkenal dengan masalah obesiti dan mereka mungkin mempunyai banyak masalah yang disebabkan oleh obesiti.
Ads
Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat COVID-19 adalah 2 peratus, namun ia boleh meningkat sehingga 14 peratus bagi mereka yang lemah.
Ads
Gambar hiasan
88% daripada mereka yang dijangkiti COVID-19 ini hanya mengalami simptom seperti selesema teruk.
Ads
Jelas sekali virus ini tidak mengenal umur dan mampu untuk menjangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada obes atau tidak, kita seharusnya menjaga kesihatan dengan lebih baik lebih-lebih lagi dalam waktu sekarang ni.
Pasti ramai yang pernah alami kecederaan setiap kali bersukankan. Tak kira sukan apa dilakukan seperti bola sepak, hoki, berlari, bermain badminton dan lain lagi, kita biasanya akan terdedah kepada kecederaan seperti terjatuh, terkehel anggota badan dan lain lagi.
Namun setiap kali alami kecederaan, sebelum ke hospital atau klinik, kita pasti akan lakukan tuaman bagi meredakan kesakitan. Apa beza antara tuam ais dan tuam haba. Baca perkongsian bermanfaat ini dari doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan seperti ditulis di fbnya.
Dr Kamarul
Kedua-dua tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan sukan. Namun perlu tahu bila tuam ais atau haba lebih sesuai digunakan.
Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, trauma tumpul pada otot dan sebagainya.
Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.
Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan.
Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 3 hari berikutnya.
Buku lali terkehel antara perkara biasa dialami oleh mereka yang bersukan
Cara-cara melakukan tuaman ais:
1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.
2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.
3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.
Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari
Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.
Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dam sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.
Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.
Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan.
Cara-cara lakukan tuaman haba:
1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.
2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.
3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.
Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.
Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Rehabilitasi #MedTweetMY
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita anggun berusia 26 tahun ini merupakan seorang veteran dalam pertandingan ratu cantik di Thailand. Memiliki nama penuh Veena Praveenar Singh, dia merupakan rakyat Thailand yang berdarah India yang mana dia dilahirkan dan dibesarkan di negara gajah putih itu.
Dengan ketinggian 178cm dan berwajah fotogenik, dia sentiasa menjadi perhatian tatkala menyertai pertandingan ratu cantik. Pada tahun 2018 dia menyertai Miss Universe Thailand dan berjaya berada di kedudukan lima terbaik, dua tahun kemudian pada 2020 dia sekali lagi mencuba nasib dan terpaksa akur berada di kedudukan naib juara.
Ramai yang menyarankannya agar menyertai sekali lagi supaya berjaya mewakili negara. Namun nampaknya hasrat itu terpaksa dilupakan kerana Veena sudah memilih untuk menamatkan zaman bujang bersama lelaki pilihannya awal bulan ini.
Memilih tarikh 02.02.2022, dia yang berasal dari bandar Chiangmai ini telah mengikat tali pernikahan bersama jejaka pilihan hati, Charoen Singh. Charoen merupakan seorang usahawan dan memiliki sebuah agensi pemasaran digital.
Sudah jadi adat dalam satu-satu perkahwinan, busana yang digayakan pasti menjadi perhatian. Pasangan sama cantik dan sama padan ini berkahwin dalam persalinan yang cukup menawan. Veena tampil cantik dalam persalinan tradisi dan juga moden manakala Charoen pula tampak segak di samping isteri tercinta.
Sebagai peserta ratu cantik, semestinya Veena tidak kalah dalam bergaya. Dua busana moden yang digayakannya mencetuskan nuansa stail yang mewah dan bersahaja. Kedua-dua busana rekaan Venus Couture benar-benar menyerlahkan auranya sebagai ratu sehari.
Busana pertama iaitu gaun kembang dengan olahan leher tinggi dengan bahu gelembung berlengan panjang penuh renda memercik nilai kemewahan yang agung. Gaya ini disudahi dengan layah panjang meleret memberikan elemen dramatik nan elegan.
Untuk busana moden yang kedua dia memilih menggayakan gaun kemban potongan duyung dan disertakan bersama layah pendek. Gaya ini mencetuskan rasa yang lebih relaks dan juga harmoni. Sebagai individu yang berdarah India, semestinya busana tradisi turun-temurun tidak dilupakan. Veena dilihat anggun menggayakan lehenga berona merah penuh perincian lengkap aksesori sarat dan selendang bersulam benang emas.
Selamat pengantin baru editorial Remaja ucapkan kepada pasangan sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua ini.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jadi kali ini, dengan mengetengahkan tema ‘Pahlawan’, Behati tampil unik dengan gaya tersendiri dengan menggunakan unsur tradisional dan moden kontemporari.
Menggunakan tanjak dan tenunan songket pada busana pada koleksi terbaharunya untuk dipersembah di KLFW 2023, semestinya jenama Behati tampil berbeza pada malam berkenaan.
Selain itu, Behati yang juga dikenali dengan rekaan ‘oversized’, pada malam semalam juga jenama hit berkenaan telah mencuri perhatian ramai apabila menampilkan pelakon popular tanah air, Sharifah Sakinah sebagai salah seorang ‘muse’.
Malahan, pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida turut mendapat perhatian umum apabila mengenakan busana berona gangsa yang didakwa penampilannya seperti ikan bakar dan angkasawan, ketika menghadiri pertunjukan fesyen Behati.
Pastinya, koleksi terbaharu yang diperkenal Behati untuk KLFW 2023 memang tidak mengecewakan para peminat fesyen!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.