Bintang terkenal, Suga BTS baru-baru ini kembali mencuri perhatian apabila tindakannya menyertai acara larian sejauh 12 kilometer ketika sedang sibuk dengan siri konsert jelajah dunia di Amerika Syarikat menjadi bualan hangat peminat seluruh dunia. Lebih mengagumkan, penyanyi rap dari kumpulan popular itu melakukan aktiviti tersebut hanya beberapa jam sebelum kembali membuat persembahan di atas pentas.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Suga atau pemilik nama sebenar Min Yoongi (33), dilihat menyertai acara tahunan Bay to Breakers di San Francisco, California. Dalam rakaman berkenaan, beliau tampil santai dengan pakaian serba hitam, berseluar pendek kelabu dan memakai topi biru sehingga ramai peserta lain tidak menyedari kehadirannya di acara tersebut.
Lebih mengejutkan, acara larian itu berlangsung di tengah-tengah jadual padat jelajah dunia ‘ARIRANG’. Difahamkan, Suga terlebih dahulu menjayakan konsert hari pertama bersama ahli kumpulannya sebelum bangun seawal pagi untuk menyertai larian tersebut dan kembali semula menjalani sesi ‘sound check’ sebelum konsert malam kedua berlangsung.
Kredit foto: RWBMultimedia
Ads
I can’t believe Yoongi and I have something in common! We both did Bay to Breakers race! Granted not at the same time. Also he’s a badass for running a race and performing in a live concert on the same day!! This explains why he was limping on Stanford day 2! pic.twitter.com/5xHNyOhpPd
Menurut data rasmi perlumbaan, Suga berjaya menamatkan larian sejauh 12 kilometer itu dalam tempoh 1 jam 4 minit 43 saat dengan catatan purata pace sekitar 8 minit 41 saat bagi setiap batu. Keputusan itu sekaligus meletakkannya dalam kelompok pelari terbaik apabila berjaya menduduki kedudukan ke-1,022 daripada lebih 20,000 peserta yang mengambil bahagian.
Pencapaian tersebut nyata mengundang rasa kagum dalam kalangan peminat terutama ARMY yang menyifatkan stamina dimiliki pelantun lagu ‘Haegeum’ dan ‘Daechwita’ itu sebagai luar biasa. Malah, ramai menyedari Suga masih mampu memberikan persembahan bertenaga selama hampir dua jam pada malam sama walaupun baru sahaja menyertai acara larian jarak jauh beberapa jam sebelumnya.
Pada masa sama, ahli BTS lain seperti RM, Jimin, V dan J-Hope turut berkongsi kisah tersebut menerusi siaran langsung mereka selepas tamat konsert di Stanford. RM mendedahkan bahawa Suga sememangnya mempunyai rutin larian harian dan terus mengambil peluang menyertai acara terkenal itu sebaik mengetahui tentang kewujudannya di San Francisco.
Sementara itu, ramai peminat turut menganggap tindakan Suga sebagai satu lagi “side quest” unik yang sering dilakukan ahli BTS sepanjang jelajah dunia mereka. Terdahulu, kumpulan sensasi Korea Selatan tersebut mengejutkan warga internet apabila menghadiri acara gusti ketika berada di Mexico selain beberapa aktiviti spontan lain yang dilakukan sewaktu berada di luar negara.
Dalam perkembangan terkini, BTS difahamkan sedang bersiap untuk meneruskan siri jelajah dunia ‘ARIRANG’ ke beberapa lagi destinasi utama termasuk Las Vegas dan Tokyo sebelum bakal menghangatkan pentas di Kuala Lumpur pada Disember ini. Kehadiran semula BTS ke Malaysia selepas 11 tahun pastinya menjadi antara momen paling dinantikan ARMY tempatan selepas kejayaan besar siri jelajah mereka tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peserta negara telah mencipta kejayaan hebat apabila berjaya menewaskan 21 peserta lain untuk memenangi pertandingan R U Tough Enough Asia Tenggara yang dibawakan oleh KIX Asia.
Tahniah kepada Mohd Saddam bin Mohd Pittli yang sebentar tadi menjadi peserta terpantas menyelesaikan halangan sukar dan akhirnya memenangi hadiah utama berupa wang tunai US$15,000 (RM62,950)!
Saddam yang juga merupakan seorang pegawai tentera sebenarnya telah kehilangan ibu tersayang sejak usia 11 tahun lagi. Disebabkan detik hitam tersebut, ayahnya terpaksa bekerja untuk menampung 10 orang anaknya.
Lalu, Saddam terpaksa belajar untuk menjadi lebih berdikari walaupun masih bersekolah rendah.Dia sendiri perlu membantu ayahnya untuk menjaga dan menyara adik di bawahnya.
Untuk menenangkan emosinya selepas kehilangan ibu pula, Saddam menemui aktiviti kegemaran yang dapat membuatkannya lupakan rasa sedih.
Guess what it is guys…
Yup, berlari. Saddam tak pernah melepaskan hobinya itu sehinggalah dia menjadi seorang peserta yang aktif menyertai acara Spartan Race sekarang.
Selain daripada Saddam, 4 lagi peserta dari Malaysia telah mencabar diri mereka hari ini untuk menewaskan peserta negara lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Mereka ialah Vincent Mallang (pelatih fitness), Priya Naidu (pelatih fitness), Syarif Nirhidayat (trainer dan pemain ragbi) dan Teh Wai Kit (chef serta peserta termuda hari ini!). Sementara itu, ia dihoskan oleh Hansen Lee dan duta RU Tough Enough, Ishaq Vadillo yang popular dengan aktiviti FlyCycle.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita pemergian penyanyi lagu Farhana itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad.
“Ya betul, suami meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.
“Bagaimanapun saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami,” katanya.
Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan menghidap kanser hati selepas mengadu sakit perut pada Rabu lalu.
Semalam, isterinya yang juga bekas wartawan BH melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India, namun hasrat tidak kesampaian.
Buat makluman, Tia mendirikan rumah tangga dengan Suzan pada 14 tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas membuat pengumuman mengenai perkahwinan ini pada bulan lalu, selebriti popular wanita Korea, Jang Nara akhirnya menamatkan zaman bujangnya semalam. Pasti ramai yang menantikan hari bermakna berkenaan meskipun pelakon tersebut memilih untuk merahsiakan tarikhnya.
Menerusi entri yang dimuat naik oleh rakan pelakon, Lee Chung-ah, dapat dilihat bahawa Jang Na-ra tersenyum gembira di majlis penyatuan hatinya itu.
Saya sayang awak, si kecil malaikat.
Dalam pada itu, ramai lagi yang menghadiri majlis ini iaitu Lee Sang-yoon, Jung Yong-hwa, Lee Soo-young, Park In-hwan dan ramai lagi.
Foto Via InstagramFoto Via InstagramFoto Via InstagramFoto Via InstagramFoto Via Instagram
Untuk pengetahuan, Jang Na-ra berkahwin dengan seorang lelaki dalam industri di mana mereka berkenalan di set penggambaran “VIP” pada tahun 2019. Selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, Jang Nara mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang enam tahun lebih muda daripadanya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bintang Korea ini. Sama-sama kita nantikan sekiranya Jang Nara ingin berkongsi foto bersama suaminya itu. Comel betul Jang Nara ni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!