Unduk Ngadau memang senonim dengan negeri di bawah bayu, Sabah dan sentiasa dinanti-nantikan apabila menyelang bulan Mei pada setiap tahun.
Bahkan, pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang telah diadakan sejak turun temurun di negeri Sabah dan menjadi sebuah acara yang penting dalam kalendar masyarakat di sana.
Grase (kiri) memakaikan selempang kepada Anika Isty (kanan) yang diangkat sebagai Ratu Unduk Ngadau Tongod.
Tahun ini, Ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan daerah Tongod, Sabah dinobatkan buat Anika Isty Norman, 23.
Ads
Anika Isty yang merupakan mahasiswa jurusan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu mengalahkan Hanelda Veda Leprus, 25 (tempat kedua) dan Linda Kinoton, 27 (tempat ketiga) serta beberapa finalis lain yang berjaya mara ke peringkat akhir.
Kemenangan gadis cantik ini telah memberi peluang kepadanya mewakili daerah Tongod dalam saingan jelitawan Unduk Ngadau peringkat negeri yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan, Penampang, Sabah pada 30 hingga 31 Mei ini.
Foto Via SABAH MEDIA / PIX FB Pesta Kaamatan Daerah Tongod
Selain anugerah tiga teratas, turut diumumkan dalam pertandingan tersebut adalah anugerah Miss Like FB dan anugerah Miss Favourite yang dimenangi Jeviana Marcos dan Henelda. Kesemua pemenang memenangi hadiah berupa wang tunai, trofi, pakej pelancongan, barangan elektrik dan sijil.
Pada majlis tersebut, Ratu Unduk Ngadau Tongod telah dimahkotakan oleh isteri Wakil Rakyat Kuamut, Sabah, Datin Grace Elvira E Ebin.
Ads
Untuk pengetahuan pembaca, Unduk Ngadau berasal dari perkataan “tunduk tadau” atau “runduk tadau”yang memberi makna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari” yang merujuk kepada semangat Huminodun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gara-gara kesilapan teknikal yang tidak disengajakan, enam orang perenang dari Poland terpaksa dihantar pulang dari Jepun sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai secara rasminya pada hari Jumaat ini.
Dalam kenyataan rasmi oleh Presiden Persekutuan Renang Poland (PZP), Pawel Slominski telah memohon maaf selepas enam atlet tersebut terpaksa pulang disebabkan oleh kesilapan teknikal pengurusan.
Secara total, Poland telah menghantar seramai 23 perenang ke Jepun. Namun PZP terpaksa mengecilkan jumlah skuad renang itu kepada 17 orang sahaja berdasarkan syarat-syarat kelayakan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Para perenang Poland ketika mengambil foto di hadapan Pusat Olimpik Warsaw selepas upacara mengangkat sumpah sebelum ke Tokyo untuk Sukan Olimpik pada 13 Julai lalu.
Beliau turut faham sekiranya enam orang perenang itu merasa marah terhadap situasi yang disesali oleh pihaknya ini.
“Saya menzahirkan rasa kesal dan sedih berikutan situasi berkaitan kelayakan para perenang kami yang telah berada di Tokyo untuk Sukan Olimpik.
“Situasi seperti ini tidak seharusnya terjadi. Dan reaksi balas para perenang, emosi mereka dan serangan yang dilakukan terhadap Persekutuan Renang Poland amatlah kami fahami,” katanya.
Enam atlet yang dimaksudkan itu ialah Alicja Tchorz, Bartosz Piszczorowicz, Aleksandra Polanska, Mateusz Chowaniec, Dominika Kossakowska dan Jan Holub.
Alicja Tchorz yang pernah bertanding di Sukan Olimpik 2012 di London dan 2016 di Rio telah meluahkan rasa marahnya di media sosial menerusi akaun rasmi PZP.
Alicja Tchorz.
“Bayangkan, kamu sudah korbankan hidup kamu selama lima tahun dan lakukan sebaik mungkin untuk acara sukan terpenting. Kamu korbankan kehidupan peribadi dan pekerjaan, kamu korbankan masa bersama keluarga.. tapi dedikasi kamu itu berakhir dengan kegagalan.”
Mateusz Chowaniec.
Tambah seorang lagi perenang iaitu Mateusz Chowaniec di Instagram-nya, “Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku ini. Ini adalah situasi yang tidak masuk akal dan tidak seharusnya terjadi . Malah, saya berharap agar saya boleh disedarkan daripada mimpi ngeri ini.”
Melihat video temuramah ringkas bersama Alicja Tchorz di bawah, jelas riak wajahnya yang kecewa dengan perkhabaran ini.
Isu ini telah mendapat perhatian meluas oleh rakyat Poland yang merasa kasihan terhadap enam perenang tersebut. Menurut laporan laman web renang SwimSwam di sana, beberapa perenang Poland telah menandatangani surat terbuka kepada PZP dan meminta agar badan pengurusan Persekutuan itu meletakkan jawatan. Surat tersebut juga telah dimuat naik oleh Alicja Tchorz di akaun Instagram-nya; seperti di bawah:
Aduh, cuba bayangkan korang baru sahaja tiba ke Jepun dengan perasaan penuh bersemangat. Namun diberitahu pula korang tidak boleh bertanding demi negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam satu kejadian yang tular di media massa petang ini, tular rakaman sebuah kereta remuk di Jalan Sungai Besi apabila dihempap kepingan konkrit pada jam 5.48 petang berhampiran TBS.
Walau bagaimana pun, di sebalik kepingan konkrit itu, dimaklumkan wanita yang berada di dalam kenderaan itu terselamat .
Memetik laporan Harian Metro, tular satu rakaman video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan.
Video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.
Insiden berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.
"Kepingan konkrit pembinaan lebuh raya anggaran satu meter persegi jatuh atas kereta Proton Saga FLX milik mangsa.
"Mangsa cedera di tangan dan (sudah) dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk di lokasi dan satu lorong terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaan.
Katanya, kerja pengalihan dan pembukaan semula lorong mengambil masa selama dua jam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu demi satu cebisan kes kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kuala Lumpur kini semakin terbongkar hasil siasatan pihak polis dan pihak berkuasa. Terbaru, tujuk suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan dilaporkan pernah dibuang sekolah kerana tidak hadir ke sekolah secara berterusan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalis, tiga daripada tujuh suspek tersebut pernah mempunyai rekod dibuang sekolah dari SMK Seri Ampang, dua dari SMK Padang Tembak dan dua lagi masing-masing dari SK Dato Keramat (1) dan SK Dato Keramat (2).
“Kesemua suspek mempunyai masalah displin kehadiran ke sekolah yang berpanjangan. Mereka ini merupakan pelajar yang pernah bersekolah untuk waktu yang amat singkat. Contohnya, jika sekarang mereka berumu 16 tahun, mereka pernah ke sekolah semasa Tingkatan Satu untuk beberapa bulan saja,” kata beliau.
“Ada yang tidak hadir ke sekolah sejak lima tahun lalu, ada sampai setahun lalu,” tambah beliau lagi pada sidang media yang berlangsung hari ini.
Cadang Pinda Akta 550 – TPM Zahid Hamidi
Dalam satu sidang media berasingan, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebuah pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz akan mencadangkan agar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dipinda bagi emmasukkan soal pendaftaran dan pengawalan sekolah agama persendirian.
Foto: Malaysian Insight
Sebelum ini, kerajaan negeri bertanggungjawab ke atas hal tersebut. Namun setelah berlaku beberapa kes yang melibatkan keselamatan pelajar dan pegawai sekolah tahfiz berturut-turut pada baru-baru ini, kerajaan Malaysia merasakan sudah masa mereka dilindungi di bawah akta yang lebih menyeluruh.
Kata beliau, “Kerajaan pusat akan berbincang dengan kerajaan negeri kerana kita perlu menghormati perkongsian kuasa di mana hal-hal berkaitan agama adalah di bawah pemantauan kerajaan negeri.”
“Kami tak berniat untuk mengambil alih kuasa agama yang terletak pada kerajaan negeri dan juga yang di-Pertuan Agong. Biarpun sekolah agama dan Maahad Tahfiz berada di bawah bidan kuasa kerajaan negeri, namun kerajaan pusat mengambil peduli kerana kita tidak boleh terus melihat tiadanya rasa peduli kepada Maahad Tahfiz yang seterusnya menyebabkan kematian,” tambah beliau.
Seorang Dibenarkan Pulang, Empat Bertambah Stabil
Sementara itu, menurut laporan berita portal Sinar Harian, seorang lagi mangsa pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah dibenarkan pulang.
Adib Baqir, 15 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan, siku dan badan. Namun menurut ibu mangsa, Wahida Ramli, Adib masih trauma dengan kebakaran pada awal pagi tu.
Empat orang lagi pelajar yang menerima rawatan di hospital yang sama kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Menurut Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, dua daripada mereka masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan bantuan pernafasan manakala dua lagi mangsa yang mengalamai kecederaan terbakar antara 3 hingga 19 peratus kini semakin pulih.
Bagi REMAJA, cukuplah dengan beberapa kes kematian yang telah berlaku. Biarlah tindakan susulan dilakukan dengan kerjasama kerajaan pusat dan negeri demi kebaikan pelajar yang tidak bersalah. Semoga siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!