Subang Bintang Jadi ‘Lucky Charm’ 4 Jelitawan Ini, Mana Satu Pilihan Korang?

Share

 

Dunia pertandingan ratu cantik sepanjang tahun 2019 dan 2020 teruk terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Kebanyakan pertandingan yang pada awalnya dijadualkan berlangsung secara gilang-gemilang terpaksa dikecilkan skalanya, ditunda tarikh malah ada yang dibatalkan terus dan terpaksa dilakukan secara maya saja.

Apapun, beberapa pertandingan ratu cantik melibatkan jelitawan seluruh dunia masih diteruskan pada tahun ini. Terbaru, pertandingan Miss Supranational 2020/2021 baru saja selamat menobatkan gadis berkulit putih dari Namibia, Chanique Rabe sebagai juara baharunya.

Chanique merupakan pelajar jurusan Seni Rekaan Fesyen di FEDISA Fashion School dekat Capetown, Afrika Selatan dan telahpun mempunyai label fesyen sendiri bernama Nami Nami. Baru-baru ini, dia juga telah membuka dua buah sekolah menjahit di Namibia!

“Keinginan kanak-kanak di sini untuk mempelajari fesyen adalah inspirasi terbesar saya dalam hidup. Ia memberi saya motivasi untuk menjadi seorang individu yang lebih produktif dan bercita-cita tinggi,” katanya.

Apa yang membuatkan kemenangan Chanique ini lebih bermakna adalah apabila dia merupakan wakil pertama dari benua Afrika yang berjaya membawa pulang gelaran Miss Supranational dalam sejarah penganjurannya.

Bukan hanya kejelitaan dan kebijaksanaan Chanique terserlah sepanjang minggu pertandingan yang baru saja berlalu. Tumpuan juga terarah kepada stail pemakaiannya yang pandai berfesyen. Lihat sajalah kepada aksesori anting-anting berbentuk bintang yang dipakainya semasa malam pertandingan.

Menariknya, Chanique bukanlah juara pertandingan ratu cantik pertama yang memilih motif bintang sebagai ‘lucky charm’ semasa bertanding merebut gelaran. Pada bulan Mei lalu, juara Miss Universe 2020 iaitu Andrea Meza dari Mexico juga memilih anting-anting mirip Chanique! Sudah rancang awal-awal ke ni… hehe

Miss Universe 2020, Andrea Meza.

Dan sebelum mereka berdua, juara Miss Universe 2019 iaitu Zozibini Tunzi serta juara Miss Universe 2018 iaitu Catriona Gray juga memilih motif bintang yang membawa makna berlainan untuk dua orang jelitawan itu.

Miss Universe 2019, Zozibini Tunzi.
Miss Universe 2018, Catriona Gray.

Hhm, nampaknya motif bintang ialah motif kejayaan seorang bintang yang bakal menyerlah – mungkin. Komen anting-anting siapakah yang paling korang gemari?

Chanique, Andrea, Zozi atau Catriona?

IKLAN