Ajal maut di tangan Allah taala. Sekuat mana manusia membuat perancangan namun takdir Allah taala tiada siapa dapat menghalangnya. Ternyata kasih sayang pasangan suami isteri, Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 dan isterinya, Nur Diana Afifah, juga 24 tahun hanya sempat dikecapi sebulan sahaja apabila keduanya maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 131.20 Jalan Kuantan- Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin.
Pasangan suami isteri yang baru saja mengadakan majlis menyambut menantu minggu lalu meninggal dunia selepas kereta Viva yang dipandu Mohamad Syahmi bertembung sebuah bas ekspress. Bukan saja keduanya maut tetapi turut melibatkan dua pupu mereka iaitu Yasmin Afiqah Hazemi, 14, serta adiknya, Yasmin Aliah, 12 yang mana kesemuanya meninggal dunia di tempat kejadian.
Pasangan suami isteri ini baru mengadakan majlis sambut menantu namun takdir menentukan keduanya maut dalam kemalangan jam 1.30 pagi tadi
Malah pasangan suami isteri dan dua beradik ini selamat dikebumikan dalam satu liang lahat.
Dalam pada itu, satu temubual bersama bapa arwah, Mohd Rawi Manab, 50, anak lelakinya itu baru dinikah pada 8 November 2018 lalu.
Kemalangan dengan bas ekspress ini mengakibatkan kesemua mangsa dalam kereta Viva maut di tempat kejadian
“Kemalangan ini berlaku tepat sebulan mereka mendirikan rumahtangga. Mereka berdua sebenarnya baharu lepas menghantar barang keperluan kepada anak bongsunya berusia 20 tahun di Politeknik Muadzam Shah sebelum singgah di Teluk Chempedak di Kuantan untuk bersiar-siar.
“Bagaimanapun, ketika mereka mahu pulang semula ke Johor Bahru, kereta Perodua Viva yang dipandu anak saya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres. Sepatutnya saya yang perlu hantar barang berkenan, namun disebabkan ada kerja, dia yang terpaksa gantikan saya.
Ads
“Masa kejadian, anak bongsu saya turut mengikuti abangnya untuk balik ke Johor Baharu tetapi menaiki kereta lain, ” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Rompin di sini, hari ini.
Majlis sambut menantu baru diadakan minggu lalu namun takdir Allah menentukan segalanya buat pasangan suami isteri ini.Beginilah keadaan kereta Viva yang remuk selepas kemalangan ngeri itu
Mohd Rawi berkata, ketika kejadian anak bongsunya ada mendengar bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat ke cermin dan nampak kereta abangnya dilanggar oleh sebuah bas.
“Arwah yang juga anak sulung daripada tiga beradik, seorang yang manja dan selalu makan bersuap walaupun sudah besar. Kami amat sedih sebab arwah baharu berkahwin dan barang perkahwinannya masih belum dikemas.
“Kami sekeluarga amat merasai kehilangannya, dia adalah harapan keluarga. Sebelum kejadian dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.
Ads
Al-fatihah untuk kedua beradik ini kerana keduanya turut maut di lokasi kejadian
Sementara itu, kakak kepada Nur Diana Afifah, Nur Nadira Aifa, 25, berkata adiknya berpesan supaya memadamkan laman sosial Facebook jika apa-apa berlaku kepada dirinya.
“Namun, kami sekeluarga tidak mensyaki apa-apa tetapi saya tidak sangka kejadian seperti ini berlaku kepadanya. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini,” katanya.
Tambah beliau lagi, adiknya yang juga anak ketiga daripada enam beradik itu sudah berkenalan dengan suaminya sejak 2017 sebelum melangsungkan perkahwinan sebulan yang lalu.
Sementara itu, ibu kepada dua kanak-kanak yang juga sepupu kepada Mohamad Syahmi Emir enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu.
Semua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Seri Pantai, Mersing dalam satu liang lahad petang tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor, berkata pemandu bas berkenaan, Mohd Salleh bin Ghazali, 37, dan 30 penumpang tidak mengalami kecederaan.
“Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Mohamad Syahmi Emir dipercayai dalam perjalanan balik dari Teluk Chempedak di Kuantan untuk menghantar sepupu mereka ke Mersing, Johor sebelum balik ke Johor Bahru.
“Bagaimanapun, sampai di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai bertembung dengan bas ekspres berkenaan yang menuju ke arah Kuantan,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan tunjuk sangat sunyi korang dekat orang, zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.
Sindiket terbaru ini menyasarkan pada lelaki kesunyian bujang dan berkahwin, mangsa akan diperdaya oleh sindiket melalui media sosial. Modus operandinya, mangsa diperdaya oleh ahli sindiket yang menyamar sebagai wanita di media sosial kononnya mahu mencari kenalan baru.
Tanpa mengesyaki apa-apa, ada mangsa yang sanggup berbogel ketika berkomunikasi dan dipaksa melakukan adegan lucah tanpa menyedari perbuatan mereka itu dirakam.
Akibatnya, mangsa dipaksa menyerahkan sejumlah wang dan jika permintaan itu tidak dituruti, video mereka akan disebarkan ke media sosial.
Menurut Kamarul Zaman, sebanyak 367 aduan diterima polis Johor berkaitan kes pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video bogel lelaki ‘kesunyian’ berusia 20 hingga 40-an. – Gambar Via Astro Awani
Susulan itu, polis melancarkan Operasi Bugil dan setakat ini sudah menahan tujuh individu yang disyaki terbabit, antaranya tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing. Suspek berusia 25 hingga 54 tahun ditahan di sekitar Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sebanyak 25 kes telah berjaya diselesaikan. Polis masih lagi giat mengesan beberapa ahli sindiket yang lain.
Harap korang lebih berjaga-jaga dan alert. Pastikan jangan berkongsi masalah peribadi pada orang yang tidak dikenali terutamanya di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Harian Metro/Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Scammer memang ada di mana-mana, jadi berhati-hati lah kita.
Vietnam antara negara pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti dan travel. Selain destinasi bersejarah dan kawasan melancong menarik sebab utama pelancong memilih ke Vietnam adalah untuk membeli-belah.
Tapi awas ye, malang tidak berbau. Dalam keghairahan korang membeli belah di sana pastikan tidak tertipu dengan pelbagai helah dari scammer.
Menerusi sebuah perkongsian di Twitter, pelancong dari Malaysia yang menginap atau shopping di sekitar Jalan Melayu, Ho Chi Minh disarankan agar berwaspada dengan penipuan si penjual kacang.
Sebagai peringatan kepada pengunjung di Jalan Melayu, Saigon (Ho Chi Minh). Berhati-hati dengan penipuan si penjual kacang. Target menipu/merompak pelawat-pelawat terutama dari Malaysia. pic.twitter.com/1XjFKoVruX
Ini kerana mereka sememangnya mensasarkan para pelancong dari Malaysia yang gemar mengunjungi lokasi-lokasi membeli-belah di situ.
Helah Si Penjual Kacang
Modus operandi si penjual kacang adalah dengan memberi kacang secara percuma.
Apabila pelancong mengambil kacang tersebut, mereka akan terus meminta dan memaksa pembayaran wang dari VND150,000 (RM27) hingga ke VND80,000 (RM15).
Malah, ramai pelancong Malaysia yang kurang arif tentang pertukaran wang mereka akan tertipu dan ada yang terpaksa membayar gara-gara mereka dipaksa membayar sehingga diekori kemana-mana.
Foto Via Twitter
Lebih parah apabila si penjual kacang akan membuat kecoh dengan memberitahu orang tempatan Vietnam yang lainnya bahawa pelancong tersebut berhutang dan tidak mahu membayar untuk kacang yang telah dimakan.
Sekiranya anda antara yang terperangkap dalam situasi berkenaan, langkah bagi mencegah dari ditipu adalah dengan menolak jualan kacang mereka dengan baik serta mengabaikan sahaja apabila diberikan kacang secara percuma.
Manakala jika anda telah ditipu, sila beritahu tour guide (sekiranya ada) untuk meminta semula wang bayaran. Ini kerana si penipu penjual kacang sangat takut jika laporan polis dibuat oleh pelancong.
Jadi, korang yang merancang ke Vietnam dalam masa terdekat ini harap berhati-hati dan alert dengan scammer ini. Nanti seronok-seronok nak bercuti terus jadi pengalaman tak best!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah remaja ini serta-merta mengingatkan penulis kepada siri original Netflix, The Queen’s Gambit yang pernah tular sebelum ini sehingga berjaya membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai sukan catur.
Kini, barulah ramai sedar mengenai strategi yang perlu diatur pemain; malah kita mula kagum betapa menariknya pemain menggunakan kebijaksanaan mencipta strategi.
Januari lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pembabitan seorang gadis Malaysia bernama Nur Batrisyia Wafa Binti Mohsen yang terbang ke Czech Republic bagi menyertai kejohanan Czech Open International Chess & Games Festival.
Terbaru, seorang lagi remaja telah mencuri tumpuan dunia. Biarpun dia tidak berasal dari Malaysia, Rameshbabu Praggnanandhaa yang merupakan anak kelahiran Chennai, India telah mengejutkan orang ramai setelah berjaya menewaskan juara catur dunia, Magnus Carlsen dalam kejohanan Meltwater Champions Chess Tour 2022.
Rameshbabu, 16 atau lebih mesra dengan panggilan Pragg ini telah berentap secara atas talian sekaligus mengenepikan 19 pemain elit lain demi memegang takhta sebagai juara. Bukan biasa-biasa dia ini.
Rameshbabu Praggnanandhaa aka PraggMagnus Carlsen
Pragg meluahkan rasa gembira setelah memperbaiki mutu permainan pada hari pertama kejuaraan. Menariknya, dia kini merupakan pemain termuda yang telah menumpaskan Carlsen sejak pemain itu menjadi juara dunia pada tahun 2013.
Di pihak Carlsen pula, dia merasakan perlawanan kali ini merupakan satu lagi permainan yang mengecewakan kerana beliau banyak melakukan kesilapan. Pemain dari Norway berusia 31 tahun itu menganggap konsentrasinya sedikit terganggu kerana gejala kesan daripada COVID-19 selepas diuji positif sebelum kejuaraan berlangsung.
Sedikit info mengenai Pragg, dia telah mula bermain secara profesional sejak berusia 10 tahun. Sebagai pemain catur antarabangsa termuda dalam sejarah, Pragg pernah bergelar juara dunia sebanyak lima kali.
Ingat guys, usia bukan kayu pengukur untuk kita menonjolkan bakat yang ada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.