Stylishly Comfortable! Tiru Gaya Cha Eun-woo Dengan Sepasang Kasut ‘The UNO’ Daripada Skechers Ini

Share

Skechers Malaysia memperkenalkan koleksi Skechers The UNO untuk pemakai lelaki dan perempuan khas bersempena acara SneakerLAH yang berlangsung di ibu negara, pada 7-8 Oktober lepas.

Didatangkan dalam tujuh rona menarik berdasarkan personaliti sang pemakai, ia terdiri daripada rona Off-White, Black, Red, Lime Green, Navy, Hot Pink dan Blush; jujurnya sukar untuk pengunjung booth Skechers tempoh hari untuk memilih hanya satu daripada ketujuh-tujuh warna tersebut!

Tapi jika korang berperwatakan chill, effortless dan inginkan sesuatu yang malar segar bagi jangka panjang seperti duta rantau Asia Skechers iaitu Cha Eun-woo sendiri, pastinya korang akan memilih rona Off-White seperti yang tertera dalam iklan acah Skechers The UNO.

ARTIKEL BERKAITAN: Cha Eun-woo Duta Skechers 2023, Koleksi Akan Cepat Sold Out? 

Banyak sebenarnya perkara yang menarik mengenai model ini. Selain kelihatan minimal dan amat (AMAT) menyelesakan ketika disarung, Skechers The UNO dilengkapi dengan teknologi kusyen dalaman Skechers Air-Cooled Memory Foam di bahagian dalam serta teknologi air-cushioned

Skech-Air yang jelas dapat dilihat pada bahagian midsole.

Seperkara lagi bagi pemakai perempuan, haa korang mempunyai kelebihan apabila menyarungkan salah satu daripada lima model yang dikhaskan untuk perempuan (Off-White, Black, Blush, Lime Green & Hot Pink).

Ini kerana ia didatangkan khas dengan insole tambahan setinggi 1 inci agar korang akan kelihatan lebih tinggi daripada kebiasaan dan semestinya selesa ketika berjalan!

Koleksi Skechers The UNO boleh didapati di laman web rasmi Skechers Malaysia, akaun rasmi Skechers di platform Shopee & Lazada serta di stor Skechers seluruh Malaysia. Korang boleh memilikinya hanya pada harga serendah RM399 je! Barulah boleh matchy matchy

dengan Oppa Cha Eun-woo, hehe..

BACA LAGI:

IKLAN