Jika video tersebut diulang kembali pasti akan mengundang tawa, namun kalau difikirkan malang sungguh nasib peserta-peserta Miss Thailand 2020 ini. Sudah siap bergaya cantik, tiba-tiba struktur jambatan patah pula.
Kejadian yang berlaku pada 7 Disember lalu Ketika para finalis pertandingan ratu cantik itu sedang mengunjungi sebuah kafe yang popular di daerah Chiang Mai. Dalam video tersebut dapat dilihat, para peserta sedang memegang minuman sambil melambai-lambai sambil aksi mereka dirakam oleh jurugambar dan juruvideo.
Wajah Kaget Setiap Peserta Sempat Dirakam Video. Sumber: YouTube Newsflare
Setelah masing-masing jatuh ke dalam kolam ada yang masih mampu tersenyum dan ketawa kerana kejadian itu, namun terdapat tiga peserta yang mengalami kecederaan ringan. Walaupun begitu, kecederaan tersebut tidak menganggu mereka untuk meneruskan pertandingan.
Ads
Pihak kafe tersebut memohon maaf di atas kejadian yang berlaku. Segala rawatan hospital dan juga cucian baju-baju yang dipakai oleh para peserta ditanggung oleh pihak pengurusan kafe.
Ads
Foto sebelum kejadian jambatan runtuh. Sumber: Facebook Miss Thailand
Pertandingan Miss Thailand merupakan pertandingan yang akan menentukan wakil negara tersebut ke pertandingan Miss International. Tahun lalu pemenang Miss Thailand 2019, Bint Sireethorn telah berjaya merangkul gelaran juara Miss International sekaligus menjadi wakil pertama negara Gajah Putih itu memenangi gelaran tersebut di peringkat antarabangsa.
Ads
OMG! | A restaurant's rope bridge collapsed in the middle of photo session sending Miss Thailand 2020 candidates plummeting into the water below. No one was seriously hurt.
Pelik bukan? Wanita ini tiba-tiba sakit perut dan rupa-rupanya dia sakit mahu bersalin. Itulah yang dialami oleh Lavinia ‘Lavi’ Mounga ketika dalam penerbangan dari Salt Lake City menuju ke Honolulu.
Setelah separuh perjalanan kapal terbang di atas awan, dia mula merasa sakit perut dan melahirkan seorang bayi lelaki pada usia kandungan 29 minggu. Mujurlah terdapat penumpang pesawat tersebut yang merupakan seorang doktor dan juga tiga orang jururawat.
Dr Dale Glenn, yang merupakan doktor perubatan keluarga dari Hawaii Pacific Health dibantu oleh Lani bamfield, Amanda Beeding dan Mimi Ho yang merupakan jururawat unit rawatan intensif neonatal.
Bayi lelaki yang diberi nama Raymond itu tidak mengalami sebarang komplikasi biarpun dilahirkan tidak cukup bulan.
Sebaik sahaja dia disambut oleh doktor di atas pesawat, mereka menggunakan botol ketuhar gelombang untuk memanaskan bayi tersebut selain menggunakan Apple watch untuk memantau denyutan nadi.
Selain itu, kerana mereka tidak mempunyai alat biasa yang mereka lakukan di hospital, Dr Glenn bergantung pada latihan perubatan hutan belantara, dia dan jururawat menggunakan tali kasut untuk mengikat dan memotong tali pusat bayi.
Sumber: People, Sumber gambar: Instagram Hawaii Pacific Health
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru berusia 25 tahun namun dia sudah bergelar juara dunia, dan mengungguli beberapa pertandingan tenis antarabangsa.
Kini nama Naomi Osaka semakin bersinar dan menjadi perhatian ramai. Naomi yang merupakan anak kacukan yang mana ibunya merupakan warga jati Hokkaido, Jepun dan ayahnya pula merupakan lelaki asal dari dari daerah Jacmel, Haiti. Memiliki dua kewarganegaraan dia membesar di AS namun bertanding mewakili negara kelahirannya iaitu Jepun.
Namun, apa yang dicemburui oleh anak muda diluar sana ialah kekayaan yang dimiliki gadis ini. Diusia 25 tahun, Naomi dilaporkan memiliki harta bernilai AS$51 bersamaan RM230 juta!
Pandai Jana Pendapatan
Forbes mendedahkan Naomi menerima bayaran paling mahal sekali gus menjadikan beliau atlet wanita paling kaya dan di dunia. Malah, menerusi laporan Cosmopolitan pula Naomi dikatakan tidak hanya menjana wang daripada kejohanan tenis yang dimenangi, beliau pandai menggandakan pendapatan menerusi pelaburan hartanah, perniagaan, produk penjagaan kulitnya dan endorsement.
Naomi Osaka sebagai Duta Jenama CITIZEN
Naomi salah seorang atlet yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi dan ia menjadikannya kaya-raya.
Berikut 10 fakta menginspirasikan mengenainya:
Bermain secara profesional sejak 2013, Naomi mula terkenal dalam dunia tenis pada 2018 selepas memenangi Grand Slam pertamanya di Terbuka AS selepas menewaskan Serena Williams. Sejak itu, Naomi telah membawa pulang tiga lagi gelaran Grand Slam, Terbuka AS dan dua kali di Terbuka Australia. Kemenangan itu juga membawa pendapatan yang lumayan. Sehingga 2022, Naomi dilaporkan telah membawa pulang lebih daripada AS$21 juta menerusi tenis.
Pada September 2021, Naomi melancarkan koleksi penjagaan kulit KINLÒ . Apabila tidak sibuk digelanggang tenis, Naomi mempromosikan jenama kecantikannya itu yang direka khusus untuk orang yang mempunyai kulit sawo matang.
Sebahagian besar pendapatan Naomi datang daripada sokongan dan jurucakap kepada produk (endorsement) daripada syarikat-syarikat ternama.
Pada Mei 2022, Forbes melaporkan bahawa Naomi telah memperoleh AS$58 juta (sebelum cukai dan yuran ejen) daripada endorsement untuk tempoh 12 bulan yang lalu sahaja!
Tawaran penajaan terbesar Naomi ialah daripada Nike dan Yonex yang telah membekalkannya dengan raket sejak 2008.
Dia juga amat sinonim dengan label-label terkenal seperti Beats Electronics, Mastercard, Panasonic, PlayStation, Levi’s, Airbnb, Sweetgreen, Nissan, Shiseido, Tag Heuer dan Louis Vuitton. Tidak hairanlah dengan cara ini Osaka menjana pendapatan hampir AS$60 juta setahun!
7. Pada tahun 2022, Naomi meninggalkan syarikat pengurusan IMG yang telah bersamanya sejak 2016 untuk menubuhkan agensi pengurusan sukan sendiri, Evolve bersama ejennya Stuart Duguid. Kedua-duanya telah menandatangani perjanjian dengan pelanggan pertama mereka iaitu bintang tenis Australia Nick Kyrgios. Pada tahun sebelum itu, Naomi menjadi pemilik bersama North Carolina Courage dalam Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan Amerika Syarikat.
8. Naomi turut aktif dalam pelaburan hartanah. Pada 2019, beliau membeli kediaman Nick Jonas di Beverly Hills dengan harga AS$6.9 juta. Dua tahun selepas itu beliau berjaya mendapatkan rumah agam Nick dan Vanessa Lachey di Los Angeles dengan harga AS$6.3 juta.
Naomi bersama Nicolas Ghesquiere. Sumber gambar: Louis Vuitton
9. Menurut Celebrity Nett Worth, nilai bersih Naomi pada tahun 2022 adalah dianggarkan AS$45 juta.
10. Tidak hanya menikmati kekayaan sendirian, atlet muda ini juga berkongsi rezeki. Naomi juga suka menyumbang dan dia menghabiskan masa bekerja dengan banyak badan amal, termasuk Play Academy, UNICEF. Tidak lupa asal-usul, Naomi menubuhkan yayasannya sendiri iaitu Yayasan Osaka yang menawarkan pendidikan berkaitan sukan tenis kepada kanak-kanak di Haiti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini insiden apabila atlet silat wanita negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya Selly Andiriani, atlet Indonesia yang tertanggal hijabnya sewaktu perlawanan telah mencuri perhatian ramai.
Baru-baru ini, pesilat wanita negara, Merrywati Manuil pula menjadi perhatian kerana dilihat memakai tudung ketika pertandingan tersebut walaupun dia bukan beragama Islam.
Sedar ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara tersebut, Merrywati tampil menjelaskan tindakannya memakai tudung menerusi perkongsian di Facebook semalam.
Menurutnya, dia memakai tudung kerana menghormati dan mengagumi silat walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung.
Dia juga turut menjelaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang memaksanya untuk berbuat sedemikian.
“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan.
“Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak, saya belajar ilmu orang Melayu, sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari,” ujarnya.
Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 telah berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan menyaksikan wakil negara beraksi dengan sangat cemerlang. Kejuaraan silat itu berlangsung selama enam hari dan disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia.
Merrywati Manuil turut meraih pingat emas dalam Kategori Solo Kreatif Wanita selepas menumpaskan pesilat dari Indonesia, Puspa Arumsari.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!