Baru sahaja sehari selepas menamatkan khidmat wajib militernya, bintang terkenal K-Pop, Jungkook BTS tiba-tiba dikejutkan dengan satu insiden kurang menyenangkan apabila rumah mewahnya cuba diceroboh seorang wanita warga asing.
Menurut laporan media tempatan Korea Selatan, kejadian itu berlaku pada malam 11 Jun kira-kira jam 11.20 malam waktu Korea Selatan, di kawasan Yongsan, Seoul dan wanita terbabit yang dipercayai berasal dari China dan berusia sekitar 30-an, kini ditahan polis selepas didapati berulang kali menekan kod pintu kediaman lima tingkat milik Jungkook yang terletak di kawasan elit dan mempunyai kawalan keselamatan tinggi.
Walau bagaimanapun, tindakan pantas pihak berkuasa telah berjaya menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Memetik laporan yang sama, wanita tersebut memberitahu bahawa tujuannya hanya untuk melihat Jungkook setelah idolanya itu selesai menjalani latihan ketenteraan.
Ads
“Saya hanya ingin berjumpa Jungkook selepas dia keluar dari tentera,” katanya kepada pihak polis.
Insiden ini berlaku tidak lama selepas Jungkook bersama rakan sepasukannya, Jimin turut menamatkan perkhidmatan tentera mereka dari Divisyen Infantri Ke-5. Kedua-dua mereka disambut dengan penuh kasih sayang oleh para peminat (ARMY) menerusi pelbagai mesej ucapan dan sokongan di platform sosial.
Ads
Sementara itu, kejadian ini bagaimanapun menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat serta penggiat industri hiburan Korea mengenai isu keselamatan selebriti, lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan gangguan individu bersifat obsesif yang dikenali sebagai ‘sasaeng’.Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan menahan wanita berkenaan atas tuduhan menceroboh kawasan peribadi tanpa kebenaran. Sementara itu, agensi pengurusan BTS, Big Hit Music dijangka akan memperketatkan kawalan keselamatan terhadap artis mereka selepas insiden ini tular di media sosial.
Ads
Sekadar info, rumah pelantun lagu ‘Seven’ dan ‘Euphoria’ yang bernilai jutaan dolar itu diketahui baru dibina dan dilengkapi sistem keselamatan terkini. Kawasan Yongsan yang menjadi lokasi kediamannya turut didiami ramai selebriti serta tokoh terkenal dari pelbagai industri.
Intihanya, insiden ini menjadi peringatan kepada semua individu agar menghormati ruang peribadi selebriti walaupun sebagai peminat. Ketaksuban yang melampau boleh menyebabkan risiko keselamatan dan tekanan emosi kepada individu terlibat, lebih-lebih lagi setelah mereka kembali dari tempoh perkhidmatan negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan Lisa Surihani selepas berhijab mendapat pujian ramai kerana wajahnya yang sweet dan nampak seperti awet muda. Kalau siapa tidak mengenali dirinya, mungkin tidak menyangka bahawa Lisa merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata. Hehe!
Penampilan terbaru Lisa sangat menyejukkan mata kerana walaupun bergaya ringkas, namun tetap memikat mata yang memandang.
Mana kan tidak, dengan hanya menggayakan tudung bawal simple saja pun dah cukup membuatkan penampilannya disenangi ramai.
Kerana ramai yang bertanyakan macam mana nak pakai tudung bawal seperti Lisa, selebriti wanita ini sudah pun berkongsi tutorial yang korang boleh ikut menerusi laman Instagram Rico Rinaldi.
Tutorial Bawal Lisa Surihani
1. Bawal square dilipat segi tiga dan pakai seperti biasa
2. Pin kan pada bahagian bawah dagu
3. Oleh sebab material yang digunakan adalah satin, jadi ambil peniti dan pin kan di bahagian tengah atas kepala
4. Kemudian, selempangkan kedua-dua bahagian depan tudung ke belakang
5. Ikat dengan kemas di bahagian belakang leher
6. Kemaskan di bahagian depan dan siap!
Kalau nak lihat dengan lebih details, korang boleh tonton di IGTV Rico Rinaldi.
Dah masuk bulan Ramadan ni mesti ramai yang terfikir nak try resipi apa lagi untuk berbuka puasa nanti. Malas nak berasak di bazar Ramadan, dapat masak sendiri dekat rumah pun best juga.
Kali ni kami nak kongsikan resipi pearl milk tea daripada @khairulaming yang pastinya membuka selera waktu berbuka. Resipinya nampak mudah saja dan paling penting kalau buat sendiri jauh lebih menjimatkan dan sedap.
Bahan-bahan:
– ½ cawan gula perang
– 1 cawan air
– Pewarna hitam
– 2 cawan tepung ubi kayu
– 4 cawan air
Cara menyediakannya:
1. Masukkan setengah cawan gula perang, satu cawan air dan sedikit pewarna hitam
2. Kemudian, masukkan satu cawan tepung ubi kayu, kacau-kacau dan masukkan lagi satu cawan tepung ubi kayu
3. Kalau adunan agak kering, korang boleh tambahkan sedikit air. Seterusnya, uli adunan tersebut dan potong kecil-kecil
4. Gentle potongan tepung tadi sehingga berbentuk bulat
5. Kemudian, masukkan satu cawan gula perang dan secawan air, dan masakkan pearl tadi selama lebih kurang 30 minit sampai jadi lembut dan pekat
6. Maka, siaplah pearl tersebut dan korang bolehlah bancuh teh tarik ke, sirap bandung ke, milo ais ke, tak kisahlah ikut selera masing-masing
7. Tambahkan saja pearl di dalam minuman tersebut dan sedia untuk diminum. Eh, tapi tunggu waktu berbuka dulu tau. Hiks!
Senang je kan? Kami pasti kalau korang buat sendiri kosnya lebih murah dan letaknya banyak mana pearl yang korang nak. Tak perlu tambah RM1 kalau nak add pearl macam dekat kedai. Hehe selamat berbuka!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan sekadar menjadi perhatian orang ramai, kemelut melibatkan aktres Puteri Balqis nyata turut mengundang reaksi dan sokongan daripada beberapa selebriti tanah air susulan kontroversi yang tercetus antara dirinya dan pelakon Mia Sara Nasuha.
Antara selebriti yang tampil memberikan kata-kata semangat ialah pelakon senior, Datin Paduka Umie Aida yang meluahkan rasa sayang serta keprihatinannya terhadap Puteri Balqis.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Umie Aida turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mengganggu Puteri Balqis yang disifatkannya sebagai seorang pelakon berbakat besar.
“Sayang ibu Puteri Balqis. Saya sayangkan dia.
“Dia pelakon hebat dan anak yang baik. Jangan sesiapa kacau dia,” katanya.
Sejak kelmarin, nama Puteri Balqis menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia dilaporkan membuat pendedahan dengan mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti berparti di kelab malam, mengambil minuman beralkohol serta bahan terlarang.
Dalam pendedahan sama, Puteri Balqis turut menyeru Mia Sara supaya tampil bagi menyelesaikan kemelut antara mereka selepas wanita berusia 20 tahun itu didakwa pernah memalukan ibunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!