Negeri Melaka dilaporkan sedang mengalami prestasi yang baik dalam sektor pelancongan setelah menerima jemputan primadona moden China, Fan Bingbing di negeri berkenaan pada bulan Jun lalu.
Fan Bingbing
Memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof kepada Bernama, jumlah pelancong yang mengunjungi Melaka setakat akhir September lalu berjaya mencecah hampir 10 juta orang berbanding jumlah sasaran 8.7 juta orang untuk 2024.
Katanya, hampir 80 peratus daripadanya terdiri daripada pelancong tempatan manakala selebihnya hadir dari luar negara.
Justeru, Melaka sedang bersiap sedia untuk terus mempromosikan negeri bersejarah tersebut, tambahan pula apabila ia bakal menjadi tuan rumah kepada acara Hari Pelancongan Sedunia pada bulan September 2025.
Ads
Ads
Terdahulu, kehadiran Fan Bingbing yang mempunyai 63 juta pengikut di Weibo (seakan platform X versi China) dilaporkan telah memakan kos tajaan setinggi RM498,347 bagi melantik beliau sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024.
RM77,850 daripada jumlah tersebut dibelanjakan oleh kerajaan negeri manakala selebihnya ditanggung oleh beberapa syarikat swasta bagi merangkumi kos penerbangan, penginapan, pengangkutan, kos perkhidmatan profesional dan pemetaan projektor di Encore Melaka.
Ads
Susalan pelantikan tersebut, Melaka dilihat berjaya menarik pelancong terutamanya dari China yang mendapat inspirasi untuk melawat ke sini setelah melihat foto serta video Fan Bingbing dalam persalinan kebaya di sekitar Bandar Hilir, Melaka menerusi media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon meningkat naik ini semakin menjadi bualan ramai apabila kini figuranya banyak tampil dalam naskhah tempatan.
Memiliki paras rupa yang cantik lagi ayu, pemilik nama Qasrina Karim ini sering disamakan dengan pelakon dan usahawan popular, Mira Filzah dek kerana dikatakan mempunyai paras rupa yang sama.
Bertanya mengenai caranya kekal yakin sebagai seorang anak seni, Qasrina yang lebih disapa Qas memberitahu dirinya lebih yakin apabila menggayakan pakaian yang tampak cantik pada pandangannya.
Selain itu, bintang berusia 27 tahun ini juga berkongsi kini lebih suka mengenakan penampilan yang ringkas dan minimalis.
“Bagi Qas sendiri, untuk penampilan apabila saya memakai baju yang cantik, saya rasa lebih yakin.
“Sebelum ini, saya lebih suka menggayakan pakaian yang berwarna-warni, pastel dan bercorak.
“Tetapi kini, gaya Qas lebih simple dan juga minimalis,” katanya kepada Remaja.
Pelakon naskhah popular Imam Instant Ustazah Scammer itu berkongsi perkara demikian ditemu ramah di pertunjukan fesyen koleksi baharu Zaimi Zulkafli untuk Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2023), yang berlangsung baru-baru ini.
“Untuk koleksi terbaharu Zaimi Zulkafli yang bertemakan ‘Perjalanan. Ya, perjalanan seorang pereka, inspirasinya sepanjang dalam bidang ini,” tuturnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rutin Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PdPR seakan sudah sebati dengan diri pelajar di Malaysia.
Sepanjang setahun setengah ini, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mengulang kaji secara atas talian.
Bagaimanapun, hasil daripada polling yang pernah dilakukan oleh REMAJA di Instagram, ia menunjukkan para pelajar rata-rata sudah penat dengan rutin ini. Baik pelajar di peringkat sekolah mahupun di universiti, masing-masing berdepan cabaran getir untuk terus bersemangat mengekalkan prestasi akademik.
Justeru, penulis tertarik mendengar cara penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie yang cuba mengekalkan fokus semasa belajar di rumah.
Baru-baru ini, pelajar jurusan undang-undang di Management & Science University (MSU) Shah Alam ini telah muncul dalam program bual bicara ‘Borak Dulu Sampai Menang’ yang dikendalikan oleh saudara Amin Idris.
Berbual mengenai topik rutin PdPR dalam kalangan pelajar, agaknya bagaimanakah cara Wani menyesuaikan diri untuk meneruskan pengajian secara PdPR? Jika dahulu, prosesnya lebih mudah apabila dia boleh bertemu rakan-rakan untuk mengulang kaji. Dengan situasi semasa, bagaimana Wani terus bersemangat di kala ramai pelajar lain mengeluh?
“Wani tetap akan call kawan-kawan lain. Cuma majoriti waktu belajar Wani sekarang lebih banyak dihabiskan dengan cara menyiapkan tugasan secara individu. Wani juga pasti setiap pelajar ada cara masing-masing.
‘Semasa sedang cuba memahami subjek, Wani memilih untuk tidak akan duduk di satu tempat yang sama di dalam rumah. Wani jenis (pelajaran) tidak ‘boleh masuk’ jika terperap di satu tempat dan menghadap dinding yang sama sahaja.
“Apa yang Wani lakukan adalah, Wani akan membaca nota sambil tonton TV. Sambil menyapu sampah di luar rumah pun, Wani boleh dengar syarahan daripada YouTube. Dua benda perlu berjalan serentak. Kalau hendak duduk di satu tempat saja, memang Wani boleh rasa lesu dan tepu sepanjang masa,” jelasnya penyanyi Aksara Cinta ini.
Cara Displinkan Diri
Ruang timeline media sosial pada setiap hari pasti akan dipenuhi keluhan para pelajar pelbagai peringkat usia mengenai kepayahan belajar dari rumah ini.
Ada yang merasakan guru atau pensyarah memberikan tugasan yang terlalu membebankan sehingga mereka tiada waktu ‘me time’ secukupnya. Ada juga yang merasakan sudah tidak sanggup lagi dengan cara PdPR yang berpanjangan sejak tahun lalu.
Jelas pemilik nama sebenar Syazwani Abdullah ini, suka atau tidak dia perlu ‘memaksa’ diri untuk terus mendisplinkan dan tidak terlalu memanjakan diri di rumah.
“Sebagai pelajar, kita tidak banyak pilihan lain kecuali mengadaptasi kepada keadaan sekarang (belajar di atas talian).
“Jika terasa penat belajar secara PdPR dan mula rasakan kelas itu membosankan, rehatlah sebentar dan lakukan sesuatu untuk mengelakkan rasa tertekan. Wani sendiri pun akan menonton movie walaupun sekejap, kemudian kembali call kawan-kawan untuk berbincang assignment yang diberikan oleh pensyarah.
“Usah terlalu meletakkan mindset bahawa PdPR ini menyusahkan hingga rasa ingin berhenti belajar. Terus ikuti kelas yang ada tapi ketahui masa-masa sesuai untuk berehat sebentar,” pesannya.
Benar, suasana pembelajaran tidak sama seperti dahulu. Begitupun, we have to make do of the current situation.
“Kepada adik-adik d sekolah ataupun pelajar universiti yang sebaya dengan Wani, Wani tahu PdPR ini mencabar. Tapi ayuh kita ambil peluang ini untuk perbaiki diri, tingkatkan soft skill dan interpersonal skill kita dengan cara mendisplinkan diri. Jadi apabila sekolah dan kampus sudah dibuka nanti, kita sudahpun bersedia berhadapan dengan cabaran yang lebih sukar.”
Begitulah kata-kata semangat yang sempat diberikan Wani Kayrie menerusi program yang keudara di saluran RTM itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika kita sebutkan pusat pelancongan popular di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson, serta-merta bayangan fikiran kita akan melayang kepada imej kawasan berkelah sekeluarga, aktiviti beriadah sama ada di dalam air atau di darat mahupun pelbagai lokasi restoran BBQ di deretan tepi pantai.
Tidak pula kita akan memuji Port Dickson pada zaman ini disebabkan kawasan perairannya yang indah menjadi habitat terumbu karang, seperti di pulau peranginan Malaysia lain seperti di Langkawi, Sipadan dan Tioman.
Well, imej di Port Dickson itu mungkin sekali akan berubah tidak lama lagi apabila ada usaha restorasi daripada pihak berkuasa Negeri Sembilan untuk menternak terumbu karang di sana secara perlahan-lahan.
Kongsi Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan iaitu Encik Halimi Abu Hanip, pasukan penyelam Bahagian Taman Laut dan Pengurusan Sumber kini sedang melaksanakan pemantau kesihatan dan litupan karang bersama-sama Jabatan Perikanan Negeri Sembilan. Mereka khabarnya telah memilih beberapa lokasi bersesuaian seperti di Tanjung Tuan, Bagan Pinang dan di Pantai Tanjung Biru.
Bukan itu sahaja, pasukan penyelam juga telah menyelam di dua kawasan yang kaya dengan terumbu karang iaitu di ‘Monkey Bay’ dan Pantai Purnama.
Di Pantai Tanjung Biru yang lebih dikenali sebagai Blue Lagoon dalam kalangan pelancong tempatan misalnya, ia menyimpan sumber terumbu karang yang cantik. Kini, kawasan yang telah dikenal pasti di sana telah diwartakan sebagai kawasan larangan untuk nelayan di bawah Akta Perikanan 1985.
Manakala bagi penyelam yang ingin melakukan kajian di sini, mereka harus mendapatkan kebenaran pihak berwajib terlebih dahulu dan hanya boleh melihat saja. Mereka tidak dibenarkan mengambil karang ini.
Jadi, habitat terumbu karang ini belumlah lagi diusahakan dalam skala besar sehingga ia boleh dibuka kepada pelancong seperti yang berlaku di negeri Sabah, Pahang dan Terengganu sebagai contoh. Namun ini adalah permulaan yang baik buat ekosistem marin Negeri Sembilan.
Cer tonton video yang dikongsikan menerusi Facebook Jabatan Perikanan Negeri Sembilan ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas :
Bercakap mengenai jenis-jenis terumbu karang di sana, ia adalah daripada jenis tahan lasak di persekitaran lautan yang agak keruh seperti di Negeri Sembilan. Semoga projek restorasi ini akan berjalan lancar agar khazanah alam semulajadi kita di kawasan lautan boleh bertahan lama.
Mana tahu satu hari nanti, pelancong akan ke Port Dickson untuk aktiviti menyelam pula.
Sebelum kita dalam menyelam di Port Dickson, jom lihat lokasi menyelam menarik di dalam Malaysia untuk korang kunjungi.
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...