Kerajaan MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026, melibatkan seramai lima juta penerima di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu merangkumi 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tiada pasangan, yang akan menerima bantuan antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada kelayakan masing-masing.
Menurut beliau, pelaksanaan STR yang kini disepadukan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)merupakan satu penambahbaikan bagi memastikan bantuan kepada golongan berkelayakan dapat disalurkan secara lebih konsisten dan berterusan.
Ads
“Penambahbaikan kepada STR, yang kini disepadukan dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan yang lebih konsisten dan berkesinambungan dalam memenuhi keperluan asas.
“STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan untuk memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan MADANI komited memastikan setiap rakyat dapat menjalani kehidupan yang bermaruah, tanpa ada yang terpinggir dalam berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar ketika ini.
Beliau turut berharap agar bantuan yang disalurkan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima demi meringankan beban kewangan harian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan bersama bekas bintang bola sepak antarabangsa, Mesut Özil, dalam satu pertemuan yang berlangsung di Istanbul, Türkiye.
Pertemuan ini menjadi medan perbincangan bermakna melibatkan isu kemanusiaan sejagat, keadilan sosial serta peranan tokoh awam dalam menyuarakan kebenaran.
Pertemuan tersebut menyaksikan kedua-dua tokoh bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dunia Islam, khususnya konflik yang berlarutan di Gaza.
Perdana Menteri menegaskan pendirian konsisten Malaysia yang terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak sebarang bentuk penindasan terhadap hak asasi manusia.
Isu Gaza dan Solidariti Kemanusiaan Global
Dalam perbincangan itu, Mesut Özil menyatakan keprihatinannya terhadap penderitaan rakyat Gaza serta kepentingan solidariti global dalam menangani krisis kemanusiaan yang semakin membimbangkan.
Beliau berpendapat suara tokoh terkenal, termasuk atlet dan figura awam, mempunyai pengaruh besar dalam membentuk kesedaran masyarakat antarabangsa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan bahawa keadilan tidak boleh bersifat selektif. Menurut beliau, isu Gaza bukan sekadar konflik wilayah, sebaliknya melibatkan prinsip kemanusiaan sejagat yang menuntut perhatian dan tindakan kolektif daripada komuniti dunia.
Peranan Tokoh Sukan dalam Menyuarakan Keadilan
Mesut Özil, yang kini aktif dalam arena politik Türkiye menerusi AK Party, berkongsi pandangannya mengenai peranan tokoh sukan sebagai ejen perubahan sosial.
Pengalaman beliau sebagai pemain bola sepak di peringkat tertinggi dunia memberikan perspektif unik tentang bagaimana sukan boleh menjadi medium menyatukan masyarakat merentas budaya dan agama.
Beliau menegaskan bahawa pengaruh yang dimiliki oleh atlet terkenal wajar digunakan untuk tujuan positif, termasuk memperjuangkan keadilan, keamanan dan nilai kemanusiaan.
Perbincangan ini selari dengan pandangan Perdana Menteri bahawa diplomasi rakyat dan peranan individu berpengaruh semakin penting dalam landskap global hari ini.
Pertemuan tersebut turut menyentuh peranan anak muda dalam membentuk masa depan dunia yang lebih adil dan berintegriti.
Datuk Seri Anwar menekankan kepentingan kepimpinan berteraskan nilai, ilmu dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda, khususnya dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
Dalam suasana santai tetapi penuh makna itu, Perdana Menteri turut berkongsi kisah cucunya yang merupakan penyokong tegar kelab Arsenal.
Perkongsian tersebut mengundang senyuman daripada Mesut Özil, yang sinonim dengan kelab berkenaan sepanjang karier profesionalnya, sekali gus mencerminkan sisi peribadi yang mesra dalam pertemuan berprofil tinggi itu.
Jemputan ke Malaysia dan Harapan Masa Hadapan
Mengakhiri pertemuan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan menjemput Mesut Özil untuk berkunjung ke Malaysia pada masa hadapan. Jemputan itu bertujuan membuka ruang perkongsian pengalaman berkaitan bola sepak, kepimpinan serta usaha kemanusiaan, khususnya dalam menginspirasikan anak muda Malaysia.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan nilai kemanusiaan dan keadilan di peringkat antarabangsa.
Bola sepak dilihat bukan sekadar sukan, tetapi juga platform berkesan untuk merapatkan hubungan, membuka dialog dan menyemai kesedaran tentang isu global yang memerlukan perhatian bersama.
Secara keseluruhannya, pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia dan Mesut Özil ini membawa mesej jelas bahawa suara keadilan dan kemanusiaan perlu terus disuarakan tanpa mengira latar belakang, demi masa depan dunia yang lebih aman dan berperikemanusiaan.
Sumber : Instagram @anwaribrahim_my
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tular sebuah video ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad susulan khabar mengenai pemergian suami kepada pelakon Indonesia Jennifer Coppen, Dali Wassink yang dibakar jenazahnya walaupun sudah bergelar mualaf.
Menerusi video tersebut, Ustaz Abdul Somad berkongsi ilmu mengenai hukum dari segi agama apabila seseorang itu memilih untuk dibakar jenazahnya setelah mati.
Selain pilihan individu itu sendiri, jika si mati tidak diketahui keislamannya walaupun sudah bergelar mualaf namun tetap dibakar jenazah dan bukannya ditanam, satu kampung atau masyarakat disitu akan menanggung dosa.
“Bila ada seorang muslim di mana ibu bapanya tidak tahu dia sudah muslim tetapi jenazahnya dikremasi (dibakar), maka satu kampung akan tanggung dosa”
“Itu makanya dinamakan fardhu kifayah. Kifayah bermaksud jika sudah dillaksanakan oleh satu orang atau sebahagian daripada masyarakat, maka gugurlah kewajiban tersebut daripada seluruh masyarakat”
“Jika sudah mengucap dua kalimah syahadah, anda perlu berikan maklumat peribadi di pusat mualaf termasuk alamat tempat tinggal, info keluarga dan saudara-mara,” katanya lagi.
Susulan itu, Ustaz Abdul Somad turut memesan agar para mualaf di luar sana untuk mencatat atau memaklumkan identiti dengan lengkap supaya dapat memudahkan proses pengebumian setelah meninggal suatu hari nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia olahraga dikejutkan dengan kemunculan seorang bintang baharu dari Jepun apabila remaja berusia 16 tahun, Sorato Shimizu, mencatat sejarah sebagai pelari bawah 18 tahun terpantas dunia dalam acara 100 meter.
Catatan masa luar biasanya, 10.00 saat, telah mencipta rekod dunia baharu yang sukar dipercayai bagi usianya. Rekod itu dicipta semasa Kejohanan Sekolah Menengah Antara Wilayah Jepun yang berlangsung di Hiroshima baru-baru ini.
Atasi catatan terbaik Usain Bolt
Apa yang menjadikan pencapaian ini lebih mengagumkan adalah, Shimizu bukan sahaja memadamkan rekod terdahulu milik Christian Miller (Amerika Syarikat) dan Puripol Boonson (Thailand) yang masing-masing mencatat 10.06 saat, malah dia turut mengatasi catatan terbaik Usain Bolt ketika berusia 20 tahun, iaitu 10.03 saat.
Menurut laporan, pencapaian ini sekaligus menempatkan Sorato Shimizu dalam senarai lima pelari terpantas sepanjang zaman di Jepun, menjadikan dirinya satu nama yang perlu diberi perhatian, bukan hanya di Asia tetapi juga di pentas dunia.
Selain mencipta rekod dunia kategori bawah 18 tahun, Shimizu juga kini memegang rekod kebangsaan sekolah menengah Jepun, mengatasi catatan lama 10.01 saat yang dicatat Yoshihide Kiryu pada tahun 2012.
Dalam satu kenyataan ringkas selepas perlumbaan, Shimizu meluahkan kegembiraannya:
“Saya bertekad untuk berlari di bawah 10 saat menjelang perlumbaan akhir. Saya gembira dapat mencipta rekod sekolah menengah. Saya ingin mencuba rasanya jika saya boleh melayakkan diri.”
Impian Shimizu bukan sekadar berakhir dengan pencapaian ini. Beliau kini layak untuk menyertai Kejohanan Dunia Olahraga yang bakal berlangsung di Tokyo pada bulan September nanti. Ia akan menjadi pentas sebenar untuk remaja ini menguji kekuatannya berhadapan jaguh-jaguh pecut dari seluruh dunia.
Kejayaan ini sewajarnya menjadi inspirasi kepada remaja di Malaysia dan seluruh dunia. Tahniah Sorato Shimizu, moga terus terbang di dalam arena olahraga.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...