Terbaru, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya memecah kebuntuan untuk meraih gelaran pertama musim ini dalam aksi penuh dramatik setelah muncul juara Kejohanan Badminton Korea Masters di Jeolla pada Ahad.
Walau bagaimanapun, kejayaan tersebut bukan diraih dengan mudah apabila mereka yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan berstatus Super 300 itu ditentang sengit pasangan nombor 73 dunia, Jin Yong-Kim Won-ho yang mengheret permainan sehingga ke set penentuan.
Dalam aksi di Iksan Gymnasium, Iksan City tersebut, pasangan negara yang menghuni ranking keenam dunia tidak diberi laluan mudah oleh gandingan tuan rumah apabila tewas 21-23 pada set pertama.
Aaron-Wooi Yik kemudian cekal mengubah momentum permainan dan ia ternyata menjadi apabila memenangi set kedua 21-19.
Ads
Pada aksi set penentuan, Jin Yong dan Won-ho terus menekan Aaron-Wooi Yik, namun pengalaman menjadi pemisah apabila juara dunia 2022 itu menoktahkan kemenangan 21-14 dalam tempoh 66 minit permainan.
Kejayaan tersebut membolehkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu meraih kemenangan pertama hasil pertemuan sulung mereka.
Ads
Kejuaraan berkenaan juga menceriakan Aaron-Wooi Yik membawa pulang AS$16,590 (RM72,701) dan mengutip 7,000 mata Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Mereka yang dalam misi memburu tempat ke Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China pada bulan hadapan pasti lega dengan kejayaan tersebut dalam usaha membaiki kedudukan dari tempat ke-13 dengan 56,090 mata.
Ads
Menerusi tambahan 7,000 mata, mereka berpeluang melonjak ke tangga ke-10 dengan 63,090 mata menyamai mata pasangan Indonesia, Sabar Karyaman-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani di kedudukan ke sembilan.
Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei ketika ini menghuni ranking ketiga (77,400 mata) WTF, manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula di tempat ke tujuh (67,840 mata) dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri nombor 12 (57,900 mata).
Sebagai rekod, hanya dua wakil dari setiap negara layak ke WTF dalam kelompok lapan terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, dua pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah mencipta kejayaan membanggakanapabila masing-masing menerima Anugerah Top Of The World dalam peperiksaan berprestij International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Pelajar tersebut adalah Ahmad Soleh Muhaimi Saifuddin dari MRSM Kuantan berjaya memperoleh markah penuh dalam dua subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik IGCSE, manakala pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor, Muhammad Amiruz Zafeer Azlan Shah turut mencatat keputusan cemerlang dengan markah penuh bagi subjek Bahasa Inggeris IGCSE.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi media sosial Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ahmad Soleh dikenali sebagai seorang pelajar yang aktif dalam kepimpinan maktab serta memegang jawatan sebagai Exco Akademik dan Inovasi dalam Badan Wakil Pelajar (BWP).
Beliau turut mewakili MRSM Kuantan dalam beberapa program dan pertandingan termasuk Young Leader Apprentice (YALE) serta pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Moto hidupnya ‘Sentiasa dahagakan penjelajahan’ menjadi antara pendorong utama Ahmad Soleh dalam usaha mencapai cita-cita sebagai seorang jurutera bioperubatan yang berkhidmat dalam negara.
Sementara itu, Muhammad Amiruz Zafeer pula merupakan pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan kejayaan menjuarai kejohanan bola tampar bawah 17 tahun serta penglibatan dalam pelbagai acara seperti National Science Challenge peringkat kebangsaan.
Kecemerlangan kedua-dua pelajar ini bukan sahaja mengharumkan nama MRSM masing-masing, malah mereka membuktikan keupayaan pelajar tempatan untuk bersaing secara setara di peringkat global.
Selain dari itu, kejayaan ini turut menjadi inspirasi kepada pelajar lain dan satu bukti jelas bahawa anak Malaysia mampu mencapai standard kecemerlangan dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sah kalau dalam masakan tidak disertakan dengan tumisan atau renehan bawang putih untuk membangkitkan aroma dan rasa. Lebih-lebih lagi dalam resipi masakan cina yang banyak menggunakan bahan ini.
Tahukah anda yang bawang putih sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita? Menurut laporan ia sangat berguna dalam membunuh parasit dan juga membantu memulihkan sistem pernafasan dan sistem penghadaman.
Berikut adalah antara khasiat lain bawang putih :-
Berfungsi sebagai anti bakteria.
Sangat baik untuk mengelakkan serangan sakit jantung.
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
Mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah.
Membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.
Banyakkan khasiat bahan semulajadi ini? So kalau memasak pastikan bawang putih antara bahan yang perlu dimasukkan.
Penulis suka buat bawang putih panggang. Resipi ini sangat mudah dan sedap. Panggang selabu bawang putih (potong bahagian atas secara melintang. Kemudian tabur sedikit garam, lada hitam dan minyak zaitun. Balut dalam aluminium foil) selama 30 minit di dalam ketuhar dan kemudian sapukan isi bawang putih yang telah lembut ke atas roti gandum penuh yang dibakar. Memang sedap!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Disiplin dalam menjaga pemakanan merupakan salah satu faktor utama yang perlu dititikberatkan apabila ingin berdiet dan menurunkan berat badan.
Untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang kukuh. Namun begitu, ramai yang gagal sama ada mereka berhenti separuh jalan ataupun berat badan tidak susut walau pelbagai usaha telah dilakukan.
Baru-baru ini, Public Health Malaysia ada berkongsi di page facebooknya tentang dua benda yang wajib ada untuk korang yang ingin berdiet.
Mungkin ada di antara anda yang ingin menurunkan berat badan tetapi tidak tahu untuk bermula dari mana.
” Jika anda ingin mengurangkan berat badan, ianya harus bermula dengan pemakanan. Pengurangan 500 kalori dari jumlah kalori keperluan tubuh boleh mengurangkan sebanyak 0.45kg dalam seminggu. Bagaimana untuk bermula? Dapatkan stater kit ni dahulu.. mungkin anda akan lebih bersemangat dengan pinggan dan bekas minuman baru!”
Mendapat tanda suka lebih 8 ribu, rata-rata warganet berkongsi pengalaman sendiri berjaya turunkan berat badan dengan banyakkan minum air kosong dan jaga pemakanan.
Untuk info, kalori merupakan unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting untuk rutin seharian. Untuk menurunkan berat badan, kalori yang masuk MESTI lebih rendah daripada kalori yang keluar. Begitu juga jika nak tambah berat badan pekara sebaliknya perlu di ambil perhatian. Tapi AWAS Jika kita terlebih makan atau makan terlalu banyak melebihi keperluan tubuh, ianya tidak akan dibakar, seterusnya bertukar menjadi lemak yang tersimpan di dalam badan.
So korang yang tengah diet tu..jom praktikkan tip ini.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!