Bersempena kehadiran kumpulan K-pop sensasi, NCT Dream bagi menjakan konsert NCT DREAM: The Dream Show 2 pada 20 Mei 2023 (Sabtu) di Stadium Axiata Bukit Jalil, sebuah stor pop-up khas telahpun menemui para NCTizen!
Bertempat di aras 2 Orange Zone (berdekatan stor buku Tatsuya) di Pavilion Bukit Jalil , stor pertama seakannya ini telahpun mula beroperasi sejak Rabu lalu dan bakal dibuka sehingga ke hari Ahad (21 Mei 2023).
Menariknya, ia menawarkan 40 barangan ‘collectible’ yang eksklusif dan rasmi daripada syarikat label SM Entertainment untuk korang miliki. Antaranya terdiri daripada koleksi Get Ready Dream, Candy dan Glitch Mode.
Pada NCTizen juga cukup bertuah kerana tidak semua bandaraya yang menjayakan konsert NCT bagi jelajah kali ini didatangkan dengan stor pop-up seperti ini. In fact, Kuala Lumpur merupakan bandaraya ketiga yang menganjurkannya selepas Singapura.
Ads
Jom lihat apa yang menarik! Barulah ikhlas rasa sayang korang terhadap Mark, Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle dan Jisung jika korang mendapatkan sekurang-kurangnya salah satu daripada barangan ini.
‘Light stick’ NCT rasmi, RM250
(Dari kiri) Stokin Candy, RM25 dan baju T Candy, RM190.(Dari atas ke bawah): Topi Get Ready Dream, RM170; tin case + 7 set foto, RM85; koleksi stokin Great Ready Dream, RM25 setiap satu dan masking tape, RM23 setiap satu
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke stor pop-up NCT DREAM Flash di Kuala Lumpur sehingga hari Ahad ini di aras 2 Pavilion Bukit Jalil dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Ads
Oh! Barangan yang dijual bergantung kepada stok ya. Jadi jangan lepaskan peluang sehingga ke minit terakhir.
Untuk makluman lanjut, layari akaun meida sosial konshop_korea di Facebook, Instagram dan Twitter.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sekian lamanya, pusat pelancongan tanah tinggi popular, Cameron Highlands akhirnya bakal menerima pembukaan cawangan McDonald’s pertamanya.
Untuk pengetahuan, selama ini, lokasi paling hampir dengan Cameron Highland’s yang memiliki McDonald’s adalah di Tanah Rata yang turut menempatkan beberapa lagi restoran makanan segera lain seperti Marrybrown. Manakala, cawangan KFC paling hampir pula adalah di Brincang.
Justeru, ramai yang menanti-nantikan cawangan ini. Dipercayai terletak di Pekan Brinchang, ia masih dalam fasa pembinaan sebelum dijangka bakal dibuka dalam masa beberapa bulan lagi.
Biarpun masih belum ada pengumuman rasmi mengenai cawangan ini di media sosial McDonald’s Malaysia, nampaknya foto yang kini tular dari akaun Facebook Penang Kini menunjukkan betapa masyarakat di sana serta bakal pelancong tidak sabar lagi untuk mengunjungi.
Ada yang mencadangkan agar pelanggan kelak cuba mencicah kentang goreng bersama jem strawberi asli yang dibeli di kedai dekat Cameron Highlands.
Malah ada juga yang memberi cadangan agar menu istimewa seperti burger strawberi, bubur cendawan mahupun smoothie teh o diperkenalkan di sana agar lebih ramai yang tertarik untuk mendapatkan menu ‘rare’ tersebut.
Apa pendapat korang, teruja tak dengan perkembangan terbaru ini?
Ataupun korang merasakan tiada apa pun yang harus ditularkan memandangkan banyak lagi cawangan McDonald’s di pekan besar?
Apa jua pendapat korang, penulis berharap agar ada sesuatu yang istimewa menanti pelanggan di sini. Contohnya, ingat lagi tak bagaimana McDonald’s telah melakukan sesuatu yang istimewa untuk satu cawangannya di Negeri Sembilan tahun lalu?
Tapak kaki yang mudah berpeluh selalu menjadi masalah kepada sebilangan besar individu terutamanya golongan wanita. Situasi ini boleh menyebabkan kaki berbau dan sudah tentu korang mesti sangat risau tentang masalah ini kan?
Ada trik menarik yang REMAJA nak kongsi untuk mengatasi masalah kaki berpeluh. Mudah saja.
Korang percaya tak pantyliner mampu membuatkan keadaan kaki menjadi lebih selesa dan tidak berasa lembap atau licin?
Tempelkan sahaja pantyliner pada bahagian tapak kaki kasut. Ia boleh berfungsi untuk menyerap peluh yang berlebihan pada tapak kaki dan dapat mengelakkan kasut daripada lembap dan licin. Selain itu, pantyliner juga dapat mencegah daripada kasut korang berbau busuk akibat berpeluh.
Tidak hanya bermanfaat pada kaki saja, pantyliner juga boleh digunakan untuk diletakkan di dalam kotak kaca mata hitam sebagai salah satu cara terbaik bagi membersihkannya daripada segala kekotoran.
Wah, rupanya banyak betul kegunaan pantyliner ni. Bukan hanya untuk masalah keputihan wanita, malah ternyata ada lagi manfaatnya yang mungkin tak pernah korang sangka.
Walau bagaimanapun, pastikan hanya pantyliner yang belum digunakan lagi sahaja ya. Kalau dah guna tu bukan bagi manfaat lagi, tapi bagi penyakit. Hiks!
Jika menyebut mengenai kisah legenda tempatan yang dipimpin oleh karakter wanita seperti Puteri Gunung Ledang dan Mahsuri, pastinya korang semua serba tahu mengenai jalan cerita dan pengorbanan yang perlu mereka tempuhi.
Namun jika nama Puteri Gunung Banang yang dipetik, belum tentu ada yang mengenalinya.
Nama Puteri Gunung Banang mula diperkatakan disebabkan lagu nyanyian pelapis industri seni muzik Malaysia, Iman Troye berjaya lolos ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 yang berlangsung pada 12 Februari lalu.
Persembahan penuh bertenaga lagu Nang sebagai pembuka acara oleh Iman Troye atau nama sebenarnya, Iman Alyssa Sahabudin merungkai serba sedikit mengenai kisah Puteri Gunung Banang. Malah nama lagu Nang itu sendiri hadir darupada nama gunung tersebut.
Kongsi Iman kepada portal XTRA, dia sanggup ‘mengangkut sekampung’ penari terdiri daripada 12 orang penari, 6 orang kerdil, 8 ahli kumpulan Dikir Barat, 8 pemain gamelan dan pelakon, Fimie Don sebagai penglipur lara Hikayat Putera Shazlan demi mewujudkan suasana kampung bagi persembahan Nang.
Fimie Don sebagai penglipur lara. FOTO: Instagram Iman TroyeFOTO: Instagram Iman Troye
Iman sendiri mengenakan persalinan tradisional songket serba merah dan sanggup berkaki ayam bagi mengekal keaslian gambaran karakter Puteri Gunung Banang.
Cuma, apa sebenarnya kisah di sebalik kisah Puteri Gunung Banang ini sehinggakan ia penting dalam penceritaan Iman Troye?
Pertama kali kisah karakter ini diceritakan semula dalam suatu bentuk karya adalah menerusi filem berjudul Puteri Gunong Banang pada tahun 1959 yang dilakonkan oleh Dato’ Ahmad Mahmud sebagai Wira dan seorang pelakon wanita bernama Sri Dewi yang membawakan watak puteri tersebut.
Menerusi filem terbitan Malay Film Production Limited itu, Puteri Gunung Banang merupakan saudara kepada Puteri Gunung Ledang di Muar dan tujuh orang adik-beradik lain. Mereka semua dinamakan bersempena puncak tertinggi seperti Puteri Gunung Panti di Kota Tinggi dan Puteri Gunung Beremban di sempadan negeri Johor-Pahang.
Kesemua puteri ini dikatakan tidak boleh dilihat menerusi mata kasar, ada juga yang menganggap mereka sebagai sebagai makhluk halus yang membantu sesiapa yang tersesat di gunung-gunung berkenaan.
Iman bersama enam lagi ‘saudara Puterinya’ dalam persembahan Nang. FOTO: Instagram Iman Troye
Puteri Gunung Banang digambarkan sebagai seorang jelitawan yang pernah membantu seorang jejaka berwajah hodoh dan miskin agar menjadi seorang yang kacak lagi kaya. Ini gara-gara jejaka tersebut berhati jujur dan rajin orangnya.
Begitulah yang disampaikan menerusi lirik lagu Nang. Antaranya seperti di bahagian verse pertama berbunyi;
Kicau murai batu puteri
Bunyi-bunyian jelita
Tak nampak waktu dicari
Bila sesat di jumpa
Satu di antara tujuh
Datangnya dari jawa
Baru bertemu aduh aduh
Kau tanya namanya
Baru bertemu aduh aduh
Ini jawabnya
Verse kedua pula;
Adik beradiknya tujuh
Oh cantik dan menggoda
Baru bertemu aduh aduh
Ku tanya namanya
Baru bertemu aduh aduh
Dan ini jawabnya
Dan di bahagian bridge berbunyi:
Walaupun miskin dan tak berharta
Namun hatinya jujur saksamA
Cukuplah buat hamba
Akan tetapi, jika mengikut jalan cerita filem Puteri Gunong Banang, jejaka itu telahpun disumpah menjadi monyet kerana melanggar janji dan menjadi sombong.
*
Biarpun kisah Puteri Gunung Banang ini hanyalah kisah legenda yang diceritakan secara turun-temurun, hakikatnya, Gunung Banang memang wujud!
Terletak di Batu Pahat, Johor, ia kini telah menjadi sebuah pusat rekreasi pengunjung dan menghadap ke arah Selat Melaka (sekali lagi, lirik lagu Nang menceritakan poin ini).
Puncaknya menjulang tinggi
Menghadap selat Melaka
Jika tak kau ketahui
Ini kisah lagenda
Patutlah karya Nang yang ditulis oleh Ezra Kong & A. Ramlee, dicipta oleh Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Iman Troye ini diangkat sebagai salah satu daripada 12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-37!
Meski dilabel sebagai ‘lagu TikTok’ kerana popularitinya di platform media sosial itu, Nang ternyata bukanlah sebuah lagu ‘kaleng-kaleng’.
P.S: Biduanita Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini juga pernah meluncurkan sebuah lagu asli berjudul Gunung Banang.
SUMBER: Rencana ‘Puteri Gunung Banang Tarik Pelayar Singgah Batu Pahat’ oleh Mohamed Farid Noh untuk Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 18, ramai rakan sebaya sedang menjejak kaki ke universiti, tapi Aliff bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyimpan wang demi melanjutkan pelajaran.
Sebagai anak...