Tapak kaki yang mudah berpeluh selalu menjadi masalah kepada sebilangan besar individu terutamanya golongan wanita. Situasi ini boleh menyebabkan kaki berbau dan sudah tentu korang mesti sangat risau tentang masalah ini kan?
Ada trik menarik yang REMAJA nak kongsi untuk mengatasi masalah kaki berpeluh. Mudah saja.
Korang percaya tak pantyliner mampu membuatkan keadaan kaki menjadi lebih selesa dan tidak berasa lembap atau licin?
Tempelkan sahaja pantyliner pada bahagian tapak kaki kasut. Ia boleh berfungsi untuk menyerap peluh yang berlebihan pada tapak kaki dan dapat mengelakkan kasut daripada lembap dan licin. Selain itu, pantyliner juga dapat mencegah daripada kasut korang berbau busuk akibat berpeluh.
Ads
Tidak hanya bermanfaat pada kaki saja, pantyliner juga boleh digunakan untuk diletakkan di dalam kotak kaca mata hitam sebagai salah satu cara terbaik bagi membersihkannya daripada segala kekotoran.
Ads
Ads
Wah, rupanya banyak betul kegunaan pantyliner ni. Bukan hanya untuk masalah keputihan wanita, malah ternyata ada lagi manfaatnya yang mungkin tak pernah korang sangka.
Walau bagaimanapun, pastikan hanya pantyliner yang belum digunakan lagi sahaja ya. Kalau dah guna tu bukan bagi manfaat lagi, tapi bagi penyakit. Hiks!
Walaupun 17 tahun telah berlalu sejak tragedi tsunami melanda rantau Asia Tenggara dan negara-negara yang terletak di Lautan Hindi hingga menyebabkan ribuan nyawa terkorban, peristiwa tersebut masih jelas dalam bayangan penduduk dunia sehingga sekarang.
Tarikh 26 Disember 2021 semalam menandakan ulang tahun ke-17 sejak tragedi tersebut menimpa.
Rasa pedih yang ada pada diri mangsa yang berjaya menyelamatkan diri, ahli keluarga mangsa yang kehilangan nyawa atau hilang daripada radar serta segenap masyarakat di Asia masih tidak berganjak.
Lokasi paling terkesan akibat tragedi tsunami ini tentunya ialah Banda Aceh. Implikasi daripada tragedi itu, tidak banyak struktur fizikal seperti bangunan di Banda Aceh yang dapat diselamatkan melainkan dua buah struktur masjid utama di provinsi Indonesia itu.
Salah satunya ialah Masjid Rahmatullah Lampuuk yang terletak berdekatan pantai Lampuuk Kecamatan Lhoknga di Aceh Besar. Ia merupakan masjid yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Aceh pada tahun 1612 lagi.
Kalau korang masih ingat, sewaktu ombak tsunami setinggi 30 meter melanda kawasan itu, dengan kuasa Allah SWT; Masjid Rahmatullah Lampuuk menjadi satu-satunya bangunan yang mampu bertahan dan kekal berdiri hingga ke hari ini. Kini, keadaan di kawasan di sekelilingnya juga sudah jauh berbeza.
Media di Indonesia baru-baru ini berkunjung ke Masjid Rahmatullah Lampuuk untuk melihat keadaan masjid tersebut yang kini dikelilingi kawasan menghijau ibarat berada di dalam taman yang luas.
Sementara itu, sebuah lagi struktur masjid yang selamat daripada dibadai ombak tsunami di Banda Aceh ialah Masjid Raya Baiturrahman. Korang pasti akan terkejut melihat perubahan yang terjadi padanya.
Masjid yang dibina semasa kepimpinan Sultan Iskandar Muda ini sekarang menjadi masjid utama di pusat bandar. Ia sering dikunjungi orang ramai bagi menunaikan solat dan menjadi pusat kunjungan pelancong luar yang ingin melihat keindahan seni bina dan ornamennya.
Sekali imbas, penambahan yang telah berlaku ke atas Masjid Raya Baiturrahman sepanjang tempoh 17 tahun ini mengingatkan kita semua terhadap kawasan luar Masjid Nabawi di Madinah dengan teknologi struktur ‘payung mega’-nya yang boleh dibuka serta dikuncupkan mengikut keadaan cuaca.
Apabila melihat dua struktur agung di Banda Aceh ini yang terselamat daripada ujian Allah SWT 17 tahun yang lalu, sesiapa saja akan teringin untuk melawatnya satu hari nanti. Bukan saja untuk solat di dalamnya, penulis pasti korang juga ingin mengimbas semula peringatan yang diberikan olehNya ke atas kita sebagai hamba di muka bumi ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah ditutup sejak 2019 untuk kerja-kerja menaik taraf, Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14, Shah Alam bakal dibuka semula mulai awal Februari ini.
Pembukaan semula muzium yang digelar sebagai Muzium Negeri itu adalah bersempena Tahun Melawat Selangor 2025 dan cuti persekolahan yang akan menjelang.
Muzium Sultan Alam Shah terletak bersebelahan Perpustakaan Shah Alam dan Tasik Shah Alam.
Selain daripada sudut pameran popular dalam kalangan pengunjungnya seperti ‘Alam Kubur 3 dimensi (3D)’, Balai Alam (berunsur alam semula jadi dan spesimen haiwan yang telah diawetkan), Balai Islam dan pameran warung era 1960-an yang masing-masing diberikan nafas baharu, terdapat sekitar 18 segmen pameran lain akan korang lalui.
Setiap segmen berkenaan juga menggunakan sistem kod respons pantas (QR) sebagai sentuhan teknologi baharu agar pengunjung mudah mengakses maklumat.
Ditambah pula dengan kesan pencahayaan dan bunyi yang lebih segar demi memberi pengalaman yang lebih unik, Muzium Sultan Alam Shah adalah lokasi sempurna untuk korang luangkan masa dan menambah pengetahuan baharu.
Tak sabarnya nak pergi!
Untuk pengetahuan, Muzium Sultan Alam Shah setinggi lima tingkat ini dirasmikan pada 2 September 1989 oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Ia dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu stabil sejak dua tahun akibat pandemik COVID-19, ramai individu yang terkesan terutamanya daripada segi kewangan. Oleh yang demikian, masing-masing cuba untuk mengehadkan perbelanjaan dan membuat pembelian dengan bijak.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kenderaan adalah antara keperluan terpenting dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang baharu sahaja mendapat pekerjaan dan ingin membeli kenderaan, mungkin ada yang berniat untuk membeli kereta terpakai dek kerana ingin meminimumkan perbelanjaan, lebih-lebih lagi dalam situasi getir seperti sekarang.
Tidak salah jika ingin membeli kereta second hand, tetapi ada banyak perkara yang korang kena ambil kira sebelum memilih. Pembeli wajib memeriksa kondisi kenderaan terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian.
Apa yang perlu kita elakkan adalah membeli kereta yang pernah terlibat dalam kemalangan. Macam mana korang nak tahu cara untuk mengelakkan daripada terbeli kenderaan tersebut?
Perkara pertama yang harus korang lakukan ialah untuk mendapatkan pengesahan sama ada kereta terpakai itu pernah melalui tuntutan insurans atau tidak.
Korang perlu mencatat nombor chassis atau Vehicle Identification Number (VIN) kereta berkenaan. Masukkan nombor ini di laman web MyCarInfo dan ikut langkah-langkah yang diberikan dan seterusnya korang boleh dapatkan Vehicle Check Report (laporan pemeriksaan kereta).
Walau bagaimanapun, cara ini tidak begitu 100 peratus tepat sama ada kereta berkenaan pernah terlibat dengan kemalangan atau tidak kerana mungkin sahaja pemilik sebelum menggunakan wang sendiri untuk membaiki tanpa menggunakan insurans. Ini adalah cara bagi sesetengah pemilik supaya rekod NCD (no claim discount) bersih suci.
Macam mana pula nak kesan kereta yang pernah ditenggelami banjir?
Situasi ini sedikit sukar untuk dikesan, namun masih ada beberapa petanda yang boleh korang periksa. Korang mungkin boleh cari petanda kecil seperti kesan tanah, lumpur atau pasir di dalam kereta. Selain itu, kereta mangsa banjir juga mungkin ada kesan kulat pada kerusi atau fabrik pintu. Jika ruang enjin ada kesan lumpur atau berpasir, ia boleh jadi petanda yang kereta tersebut pernah jadi ditenggelami banjir.
Foto: jim gade
Cara ini mungkin tidak dapat disahkan 100 peratus namun setidaknya ada usaha-usaha yang boleh korang lakukan untuk tidak tersalah membeli kereta terpakai.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.