Step By Step Rutin Basic Skincare Guna Produk Drugstore Yang Boleh Korang Ikut

Share

Tidak semua perempuan terlalu cerewet dalam penjagaan kulit wajah. Tapi at least mereka haruslah ada rutin basic skincare supaya tak ada la sampai langsung

Tak perlu menggunakan jenama yang mahal-mahal sebab ada juga produk drugstore yang korang boleh cuba. Paling penting, hasilnya sama tip top macam guna produk antarabangsa.

Nak tahu macam korang boleh jaga kulit guna produk drugstore je? Ikuti perkongsian rutin basic skincare oleh Iman Abdul Rahim ini.

Kenal pasti jenis kulit

1. Basuh muka macam biasa. Sama ada guna cleanser atau bilas biasa-biasa je

2. Tunggu satu hingga dua jam. Jangan apply

apa-apa dekat muka

3. Check kulit korang

Kalau rasa berminyak, korang jenis kulit berminyak. Kalau rasa kering/ketat, kulit kering dan kalau T-zone je yang berminyak, yang lain kering/normal, maknanya korang mempunyai combination skin.

Next..

Kenal pasti sama ada kulit korang jenis yang sensitif ke, berparut, jerawat, kulit kusam, pores atau dehydration.

So, apa yang korang nak? Kurangkan jerawat? Tingkatkan hidrasi sebab kulit kering sangat? Control minyak? Kurangkan parut? Ini semua korang kena tahu.

Then barulah korang tahu nak guna produk yang sesuai.

Ini adalah perkongsian yang paling basic saja ya. Kalau kulit tak bermasalah sangat, boleh try!

Rutin pagi

1. Cleanser – Fungsi untuk hilangkan kotoran, debu, minyak pada wajah. Itu saja. Kalau nak hilangkan jerawat atau parut jerawat, better cari serum yang sesuai. Boleh try guna produk gentle low pH cleanser.

2. Moisturizer – Untuk melembabkan kulit. Kalau jenis kulit berminyak, cari yang lightweight

ataupun gel texture kalau tak nak kulit berminyak sangat. Sebarang hydrating toner/essence pun boleh juga. Kalau dry skin, cari yang krim.

3. Sunscreen – Paling penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh membuatkan kulit burn, jeragat, pores makin besar atau kanser kulit. Pilih mengikut jenis kulit.

4. Extras – Contohnya nak pakai toner for extra hydration, kalau ada masalah kulit yang lain boleh tambah serum atau spot treatment untuk jerawat. Semua ni hanya tambahan saja, jika perlu.

 

Rutin malam

1. Oil-based cleanser – Buat double cleansing method, pakai oil based dan water based. Pilih oil cleanser yang sesuai dengan kulit.

2. Cleanser – Sama macam rutin pagi, bersihkan muka. dan boleh gunakan produk yang sama. Cari yang gentle low pH cleanser.

3. Moisturizer – Sama juga, boleh guna saja produk yang sama macam rutin pagi, cari yang sesuai dengan kulit korang.

4. Extras – Kalau waktu malam tiba-tiba nak scrub muka ke, pakai masks (clay mask/sheet mask/sleeping mask) atau spot treatment, semua terpulang kepada masalah kulit korang.

Cuma sekali lagi nak diingatkan, sebelum guna apa-apa produk skincare, korang buat patch test dulu okay?

Baca:Sebelum Pakai Skincare Baru, Korang Wajib Buat Patch Test Dulu Kalau Tak Nak Muka Breakout

Kalau malas sangat nak pakai macam-macam produk, at least korang boleh ikut je rutin basic yang dikongsi ini.

Semoga bermanfaat!

IKLAN