Penyanyi berpengalaman, Stacy Anam dimarahi bapa gara-gara membuat persembahan tribute buat abang kandungnya iaitu mendiang Chaq pada konsert minggu kelima The Hardest Singing Show (THSS).
Kata penyanyi lagu popular Pelangi Senja itu, keluarganya masih berdukacita atas pemergian Chaq yang meninggal dunia akibat kemalangan pada Mac tahun lalu di Hospital Sibu, Sarawak.
“Sebenarnya tadi (malam selepas konsert) ayah saya telefon. Dia marah kerana mengapa dijadikan persembahan. Mereka tidak tahu tentang persembahan ini. Sejujurnya saya sendiri pun masih belum boleh mengatasi perasaan rindu sejak kehilangannya.
“Saya fikir dengan membuat persembahan ditujukan khas buat dia, saya mungkin akan rasa tenang. Tetapi, saya ternyata silap kerana perasaan rindu itu tetap ada,” katanya.
Selain itu, Stacy turut memaklumkan sejak minggu pertama program THSS, dia sering mengalami serangan panik sebelum membuat persembahan dan mengakui hal tersebut amat jarang berlaku sebelum abang tercintanya meninggal dunia.
“Saya sangat jarang mengalami serangan panik, tetapi sejak minggu pertama saya mengalami serangan panik sebelum membuat persembahan. Mungkin kerana perkara seperti ini yang belum saya ‘selesaikan’.
“Bagaimanapun, Alhamdulilah persembahan menjadi bila saya keluarkan emosi sebenar. Tetapi, saya perlu banyak belajar lagi untuk menyampaikan secara betul terutama persembahan yang melibatkan emosi,” tuturnya lagi.
Ads
Pada malam tersebut, Stacy mendedikasikan khas persembahan pada malam itu buat Chaq dan berterima kasih kepada abangnya kerana telah menjadi pendorong buat dia menceburi bidang nyanyian.
Terdahulu, Chaq yang juga bekas peserta Mentor musim ketiga pada 2009 menghembuskan nafas terakhir pada 21 Mac tahun lalu apabila mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bintang terkenal Korea Selatan, Lisa tampil dengan buah tangan terbaharu buat para peminatnya dengan melancarkan lagu berjudul Rockstar.
‘Rockstar’ memperlihat kemampuan Lisa yang mampu menyanyikan lagu rap dengan lancar dan vokal bertenaga, terutama saat dia menyanyikan lirik “Gold teeth sitting on the dash she a rockstar. Make your favorite singer wanna rap baby lala.”
‘Rockstar’ adalah single solo pertama Lisa yang dikeluarkan di bawah kerjasama syarikat pengurusannya, LLOUD CO. bersama RCA Records dan merupakan terbitan Ryan Tedder dan Sam Homaee.
Dilancarkan awal tahun ini, LLOUD CO. ditubuhkan oleh Lisa dalam usaha untuk mencipta platform demi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan yang terus maju ke hadapan.
Selain itu, Lisa juga berkongsi video rasmi ‘Rockstar’ yang merupakan arahan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead.
Muzik video tersebut dirakam di Bangkok dan memberi peluang kepada Lisa untuk menyelami kota kelahirannya sambil memberi penghormatan kepada budaya Thailand.
Lisa pertama kali memperkenalkan sedutan lagu baharu ini pada awal bulan Jun di TikTok miliknnya dan berjaya memecahkan rekod dunia Guinness dengan memperoleh satu juta pengikut dalam waktu dua jam.
Selepas dia mengumumkan single tersebut minggu lalu, ‘Rockstar’ disambut meriah dengan penuh sokongan kegembiraan daripada para peminat serta media antarabangsa seperti Rolling Stone, Billboard, dan lain-lain
Selain kejayaannya dengan Blackpink, Lisa telah memecahkan beberapa rekod dunia sebagai penyanyi solo saat lagunya ‘Lalisa’ dan ‘Money’ memasuki carta top 10 Billboard Global 200.
Lebih membanggakan ‘Money’ memegang rekod sebagai lagu paling lama bertahan di carta lagu Billboard Hot 100 oleh seorang artis solo perempuan K-pop di Amerika Syarikat dan di carta lagu Singles di United Kingdom.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap ibu bapa pasti akan menyokong keinginan anak asal tidak terlalu berlebihan dan memberi kemudaratan. Didikan yang baik disamping ketegasan antara aspek yang menjadi keutamaan dalam membesarkan anak-anaknya yang dilihat semakin mencabar terutama di zaman media sosial ini.
Anak lelaki kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim ini bukan saja memiliki luaran yang sempurna, malah personalitinya juga wajar dijadikan contoh kepada anak muda hari ini.
Baru-baru ini, satu perkongsian video milik Danish Hakim mendapat perhatian orang ramai di media sosial.
Video yang dimuatnaik di Instagram nya menunjukan Danish menyertai program Geng Ngaji Musim ke-3 secara dalam talian. Apa yang menarik dan mencuri perhatian ramai adalah, suara Danish mengaji surah An-Nahl ayat 12 di dalam program tersebut kedengaran sangat merdu dan sedap didengari.
Mendengar alunan surah yang di baca itu membuatkan ustazah Farhatul Fairuzah, ustaz Fakhrul Radhi dan Sheikh Abdul Karim Al Makki memuji Danish pandai bertaranum dan memberi nilai markah mumtaz bagi bacaan surah tersebut.
Merendah Diri
Walaupun anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim ini dipuji pandai mengaji namun Danish menunjukan bersikap bersahaja dan merendah diri.
Sebelum dia keluar dari program tersebut, Danish sempat menitipkan pesan dan menulis pesanan tersebut menerusi kapsyen ringkas di Instagram nya.
Malah, warganet juga sempat meninggalkan kata-kata pujian dan semangat kepada Danish.
Kejayaan ini sudah pasti membuatkan kedua orang tua Danish Hakim bangga dan secara tak langsung menjadi inspirasi buat anak muda dan ibu bapa di luar sana untuk menjadikan keluarga ini sebagai contoh terbaik.
Kami pun memang adore keluarga ini dalam mendidik anak-anak mereka. Semoga keluarga ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram Danish Hakim
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula daripada episod cinta ‘lokasi’ dan berakhir dengan perkahwinan, pasangan pelakon Bollywood popular iaitu Kajol dan Ajay Devgan telahpun kekal sebagai suami isteri untuk 23 tahun.
Setelah disatukan pada tahun 1999, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang dinamakan Nysa Devgan, 18 tahun dan Yug Devgan, 11 tahun.
Dalam diam, nampaknya anak sulung mereka, Nysa telah meningkat remaja dan semakin matang. Ramai yang mulai menyamakan rupa parasnya dengan Kajol semasa baru menceburui bidang lakonan dahulu. Bentuk wajah Kajol yang sememangnya merupakan salah seorang pelakon Bollywood paling jelita daripada generasinya jelas dapat dilihat sedikit pada Nysa.
Sumber : The Indian ExpressNysa Devgan. Foto – @nysadevganx (IG)
Senyuman manis Nysa Devgan saling tak tumpah seperti Kajol. Walaupun di atas kertas, Nysa tidaklah sepopular anak gadis Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan, namun ramai yang terpesona akan kesederhanaan dan kecantikan asli Nysa. Pada usia 18 tahun sekarang, Nysa (dan Kajol) semakin selesa untuk memuat naik hantaran foto dan video mereka bersama di media sosial bagi berkongsi keakraban sebagai pasangan ibu anak.
Sama ada gaya fesyen atau melepak bersama, ada warganet yang turut menggambakan Nysa dan Kajol ibarat kakak dan adik!
Sedikit info menarik untuk korang, semasa dalam kandungan; Ajay telah berhasrat untuk menamakan anak perempuannya Nysa yang bermaksud Dewi Kesucian. Memang terserlahla aura ‘innocent’ sebagai gadis sunti pada wajah serta personalitinya.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai selebriti daripada Hollywood dan Bollywood bersama anak remaja masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.