Berita baik buat peminat tegar kumpulan popular negara seberang, ST 12 bakal mengadakan konsert konsert ST12 Reunion 20 Tahun Charly Berkarya di Kuala Lumpur.
Konsert yang dianjurkan oleh Menara Network Sdn Bhd juga bakal menggabungkan band yang dianggotal penyanyi berbakat besar, Charly ketika ini iaitu Setia Band dan band terdahulu yang di anggotainya laitu ST12.
Ketika ditemui pada sesi sidang media yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa, Charly memaklumkan persediaan menuju hari konsert berada dalam keadaan yang baik dan rapi.
“Tujuan kami membuat press conference tiga bulan lebih awal agar kami ada kematangan (persediaan) daripada segala aspek termasuk sudut promosi, konsep dan sebagainya. Kami akan berikan semaksima mungkin.
Ads
“Kami mesti buat yang terbaik untuk penonton Malaysia, sebab belum tentu akan ada lagi untuk yang kedua atau seterusnya. Persediaan semua setakat ini berjalan dengan lancar, harapnya sampai ke hari konsert dipermudahkan,” ujarnya.
Ads
Selain ST12 dan Setia Band, konsert berkenaan turut mengundang penyany hebat Malaysia iaitu Jaclyn Victor dan Ezad Lazim sebagai penyanyi jemputan.
Konsert ST12 Reunion 20 Tahun Charly Berkarya bakal berlangsung pada 11 Mac 2023 dan memilih Stadium Arena Bukit Jalil sebagai lokasi. Tiket sudah mula dibuka kepada orang ramai bermula 20 Disember 2022 dan boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my. . Tiket bermula serendah harga RM99, RM152, RM252, dan RM282.
Ads
Nantikan kemas kini terbaharu di media sosial rasmi Menara Network dan ST12. Fuh, mesti ramai yang dah tak sabar!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, syarikat hiburan gergasi, JYP Entertainment (JYP) meraih perhatian selepas menyumbangkan dana sebanyak 100 juta Korea Won bagi membantu menampung kos perubatan kanak-kanak dan remaja orang kurang upaya (OKU) menerusi program tanggungjawab sosial korporat mereka iaitu ‘Every Dream Matters!’.
Menurut JYP, syarikat itu telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama Seoul Rehabilitation Hospital pada 19 Mei lalu di JYP Center yang terletak di Seongnae-dong, Gangdong-gu, Seoul bagi menjayakan program bantuan perubatan tersebut.
Difahamkan, Seoul Rehabilitation Hospital merupakan hospital rehabilitasi awam khusus untuk kanak-kanak di kawasan metropolitan Seoul yang menyediakan rawatan pemulihan kepada pesakit memerlukan. Kerjasama tersebut diwujudkan bagi membantu golongan kanak-kanak dan remaja yang berdepan kesukaran kewangan mendapatkan rawatan sewajarnya.
Gambar sekadar hiasanGambar sekadar hiasan
Menerusi sumbangan berjumlah 100 juta Korea Won itu, dana berkenaan akan digunakan untuk menampung kos rawatan rehabilitasi selain pembelian alat bantuan perubatan untuk pesakit berusia 24 tahun ke bawah. Inisiatif tersebut sekaligus diharap dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan bantuan kewangan dalam proses rawatan anak-anak mereka.
Pada masa yang sama, JYP Entertainment turut dilihat konsisten melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan menerusi slogan “Every Dream Matters!: Semua impian di dunia ini sangat berharga” yang menjadi asas kepada gerak kerja CSR syarikat tersebut sejak beberapa tahun lalu.
Antara projek utama di bawah inisiatif itu ialah ‘EDM (Every Dream Matters!) Medical Expense Support Project’ yang diperkenalkan pada tahun 2020 sebagai projek sumbangan sosial utama syarikat berkenaan. Program tersebut memberi fokus kepada bantuan kos rawatan buat kanak-kanak yang memerlukan di pelbagai negara.
Selain itu, sepanjang tempoh enam tahun bermula 2020 hingga 2025, JYP Entertainment dilaporkan telah menyumbang sebanyak 7.92 bilion Korea Won bagi membantu kos rawatan seramai 4,101 kanak-kanak di 10 negara termasuk Korea Selatan. Usaha itu juga menjadi simbolik kepada komitmen mereka dalam merealisasikan nilai bahawa setiap impian adalah sesuatu yang berharga.
Untuk rekod, JYP Entertainment merupakan syarikat rakaman dan pengurusan artis yang diasaskan oleh penyanyi terkenal Korea Selatan, Park Jin-young. Antara artis popular di bawah naungan syarikat itu termasuk 2PM, Stray Kids, ITZY, TWICE, NMIXX, DAY6 dan NiziU.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hadirnya bulan Disember pada setiap tahun pastinya membangkitkan rasa festivities dalam diri semua remaja.
Tak kiralah sama ada korang menyambut musim perayaan seperti Hari Natal ataupun sekadar menikmati musim cuti akhir tahun ini, kita semua mempunyai alasan untuk menceriakan lagi koleksi pakaian peribadi dengan sesuatu yang baru (dan Limited Edition!).
Nah, ini 5 jenama pakaian pilihan REMAJA yang menyediakan koleksi istimewa untuk korang miliki.
01
H&M Holiday 2020
Untuk musim perayaan 2020, H&M inginkan korang kelihatan chic & timeless walaupun dengan fabrik sustainable. Sudah tentu semua orang pun inginkan keselesaan semasa bersama keluarga dan kawan-kawan kan. Well, korang boleh kekal selesa dengan H&M tapi masih kelihatan fashionable.
Beberapa elemen yang penulis gemari adalah lengan ala balloon-sleeves pada wrapdress dan kardigan kait dengan sentuhan batu embellishment yang boleh dibawa dari siang ke malam.
(Dari atas kiri): Kardigan RM157.95, Tas telefon pintar RM74.95, But RM249.95 & Blazer RM157.95.Wrap dress RM74.95
Favourite Piece: Oversized blazer
Status: Sudah berada di stor & secara online.
02
Uniqlo x Marimekko Limited Edition Holiday Capsule
Selepas permintaan hangat untuk koleksi Marimekko, pertengahan tahun ini, Uniqlo sekali lagi berkolaborasi bersama jenama fesyen Finland itu untuk koleksi percutian edisi terhad.
Bertemakan ‘Joyful Together’, ia masih mempunyai trademark minimal Uniqlo dan 9 jenis cetakan ikonik Marimekko yang digemari ramai demi meraikan masa bersama-sama cuti ini walaupun berdepan dengan tahun yang mencabar.
Koleksi ini mempunyai pelbagai pilihan untuk semua orang. Ada dress paras lutut, turtleneck, boxy cut tops, dan juga dress tanpa lengan. Dan ia didatangkan dalam cetakan Marimekko yang kita semua gemari.
Harga untuk outerwear bermula dari R349.90 – RM499.90, manakala baju, dress dan seluar dijual dari RM79.90 – RM149.90.
Favourite Piece: Flannel Long Sleeve Dress
Status: Mula berada di stor Uniqlo Fahreinheit 88 & secara online pada 27 November (Jumaat)
03
COACH Holiday 2020
Korang gemarkan fabrik mewah, warna terang dan sedikit elemen yang fun pada pakaian dan aksesori? Coach mengambil kesemua poin itu uuntuk dijadikan sebagai satu koleksi musim percutian yang kreatif dan lain daripada apa yang pernah mereka hasilkan.
Penulis tertarik dengan keputusan Coach untuk menjadikan ‘rumah asalnya’, New York City sebagai elemen utama untuk koleksi ini. Tertera pada tas tangan, sweater dan hoodie reka bentuk bangunan pencakar langit yang menjadi identiti metropolitan terkenal itu.
Favourite Piece: New York Skyline Sweater
Status: Koleksi COACH Holiday 2020 telahpun berada di semua stor Coach seluruh negara bermula 15 November lalu.
04
Milin x Pomelo Holiday
Selepas memperkenalkan koleksi kolaborasi menarik bersama Barbie baru-baru ini, Pomelo kembali lagi dengan koleksi bersama satu lagi nama ikonik, iaitu pereka dari Thailand bernama Milin Yuvacharuskul.
Pomelo menawarkan rangkaian pilihan yang membuatkan korang kelihatan lebih luxurious dan bersedia untuk step out with your fashion forward feet.Untuk pengetahuan, Milin merupakan jenama yang telah menemui platform fesyen tempatan dan antarabangsa dengan identitinya sebagai pereka partywear.
Favourite Piece: Jaket dengan perincian tassle.
Status: Koleksi Milin x Pomelo kini boleh didapati secara online di pomelofashion.com
05
Nike Blazer
Bukan baju blazer ya girls!
Nike Blazer merupakan di antara koleksi sneakers yang popular dimiliki oleh semua remaja di luar sana, dari pemain bola keranjang sehinggalah skaters. Ia digemari disebabkan oleh rekaannya yang clean dan klasik, sesuai untuk digayakan dengan apa-apa jenis pakaian dan untuk pelbagai tujuan.
Nike Blazer Mid ’77 dan Nike Blazer ’77 Vintage memperlihatkan mood yang lebih ol’ shool. Pilih sahaja kombinasi warna mengikut citarasa masing-masing. Yang penting, koleksi Nike Blazer dijamin selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Status: Nike Blazer boleh didapati di laman web Nike.com dan di stor Nike terpilih.
06
ONITSUKA Tiger Holiday 2020
Last but certainly not least, Onitsuka Tiger baru-baru ini melancarkan koleksi DENTIGRE LL.
Sedikit berbeza dengan rekaan standard Onitsuka Tiger yang selalunya lebih santai dan kasual, koleksi kali ini menyerlahkan rekaan kasut berpotongan tinggi dengan campuran material pada bahagian atas, lidah kasut dan tapak luarnya yang lebih tebal daripada biasa.
Jika korang tidak begitu meminati potongan hi-cut seperti ini, DENTIGRE juga didatangkan dalam versi potongan rendah (DENTIGRE LL). Pilih sahaja daripada rangkaian warna kelabu, biru peacoat dan hijau.
Sempena tayangan pawagam filem terbaharu James Bond 007, No Time To Die, korang kini boleh menonton koleksi 25 filem ikonik James Bond yang ditayangkan secara berterusan di saluran 407 dan Astro On Demand (AOD) menerusi Ultra Box dan aplikasi Astro Go mulai 15 Oktober hingga 7 November depan.
Pelanggan Astro Movies Pack boleh menikmati filem-filem James Bond yang menampilkan ejen ikonik M16 Britain, James Bond, dari filem ‘Dr. No’, lakonan Sean Connery hinggakan ‘Spectre’, lakonan Daniel Craig.
Korang boleh menonton daripada filem pertama James Bond di tahun 1963 hingga filem terkini pada tahun 2017 pada pukul 9 malam setiap hari.
Antara filem ikonik yang bakal dipersembahkan ialah Dr No, From Russia With Love dan Goldfinger; oleh Sean Connery; On Her Majesty’s Service oleh George Lazenby; serta Live and Let Die dan The Spy Who Loved Me oleh Roger Moore.
Tidak ketinggalan filem License to Kill dan The Living Daylights oleh Timothy Dalton; GoldenEye, Tomorrow Never Dies, dan Die Another Day oleh Pierce Brosnan; serta Casino Royale, Skyfall dan Spectre.
Sempena dengan tayangan istimewa ini juga, barisan finalis Hero Remaja 2021 diberi penghargaan dirai dalam majlis makan malam Hero Remaja x James Bond yang berlangsung malam tadi di The Chow Kit Ormond Hotel, Kuala Lumpur.
Kesemua finalis tampil bergaya menyarung busana dengan tema ‘Black Tie’. Majlis istimewa turut dihadiri pihak media dari kumpulan Nu Ideaktiv dan Astro.
Turut meraikan majlis, Hero Remaja 2020 yang juga merupakan Hos Hero Remaja 2021, Nadhir Nasar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!