Penyanyi dan pelakon, Azeva Natassha mengakui pengalaman menuntut di Australia sedikit sebanyak mempengaruhi dirinya ketika menjayakan naskhah sulungnya, Bisikan Nafsu.
Malah, aktres berusia 25 tahun itu tidak menafikan keberaniannya tampil dengan penampilan lebih seksi dalam naskhah berkenaan mungkin mencetuskan kejutan buat penonton.
Menurut Azeva, penggambaran filem tersebut dilakukan selepas dia selesai menamatkan pengajian di Australia. Ketika itu, dia masih terbawa-bawa dengan budaya serta cara pemakaian yang dianggap biasa di negara berkenaan.

Sedar Kesilapan, Minta Maaf Jika Ada Yang Kurang Selesa
Aktres jelita itu berkata, sejak hari pertama berada di lokasi penggambaran, dia sudah menyedari bahawa setiap babak yang dirakam akan kekal dan boleh ditonton oleh orang ramai.
Malah, dia turut mengakui pernah berkongsi secara terbuka mengenai perubahan dirinya termasuk mengakui pernah berpenampilan seksi sebelum ini.
“Dari hari pertama di set, saya maklum kalau teruskan (penggambaran), sampai bila-bila pun paparan akan kekal. Saya pun selalu mengaku di ‘live’ yang dulu saya seksi, banyak dosa.
“Berlakon pun waktu itu kurang pendedahan. Cuma sempat belajar dua, tiga kelas dan sekarang pun masih tunjuk aurat, tapi semakin sedar untuk jaga batas. Jadi awal-awal lagi saya nak minta maaf jika ada orang kurang selesa.
“Apapun, saya akan pastikan tidak mengulangi perkara sebegitu dalam lakonan untuk naskhah akan datang,” katanya kepada pemberita.

Babak Intim Demi Keperluan Jalan Cerita
Dalam pada itu, Azeva menjelaskan beberapa babak yang mungkin menjadi perhatian dalam filem berkenaan dilakukan atas keperluan jalan cerita.
Katanya, selain perlu memenuhi tuntutan skrip, penglibatannya dalam filem tersebut juga mempunyai nilai tersendiri memandangkan Bisikan Nafsu merupakan terbitan syarikat miliknya, Hello Production.
“Ada beberapa babak romantis dalam filem berkenaan termasuk watak Nadia lakonan saya bersama tunangnya, Arisz (Aniq Suhair) yang ditonjolkan intim sebagai pasangan bercinta.
“Tapi satu adegan lain yang mungkin jadi sorotan adalah atas katil bersama pelakon Zul Huzaimy selaku bapa tiri tetapi dikaburkan. Kita tak tunjuk terang-terangan.
“Saya faham di Malaysia perkara seperti ini memang sangat sensitif. Babak itu dikaburkan, tiada yang berlebihan. Penonton kena datang tengok untuk tahu apa yang dikaburkan,” ulasnya.
Anda mungkin berminat dengan

Janji Lebih Berhati-Hati Selepas Ini
Mengulas mengenai perkara tersebut, Azeva turut mengambil pengajaran daripada pengalaman pertamanya dalam dunia lakonan.
Dia mengakui kini semakin memahami kepentingan menjaga batas ketika menerima tawaran lakonan dan berjanji untuk tidak mengulangi penampilan sedemikian dalam karya-karya akan datang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Bintang K-Pop sensasi, RM BTS baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian selepas mengukuhkan kedudukan beliau bukan sahaja sebagai ketua kumpulan popular dunia, BTS, malah sebagai antara penulis lagu dan komposer paling berpengaruh di Korea Selatan ketika ini.
Difahamkan, berdasarkan data terkini Korea Music Copyright Association (KOMCA), RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon (32) berada di kedudukan ketujuh dalam senarai 10 penerima royalti hak cipta tertinggi di Korea Selatan. Pencapaian tersebut turut melayakkan beliau dinobatkan sebagai salah seorang ‘Copyright King’ dalam industri muzik K-Pop.
BACA: Sengit Nak ‘Battle’ Tiket! Weverse & Spotify Catat Lonjakan Hampir 1 Juta ‘Subscriber’ Sebabkan BTS
Pada masa yang sama, kejayaan ini dilihat cukup signifikan memandangkan senarai penerima royalti tertinggi kebiasaannya didominasi oleh penerbit veteran, CEO syarikat hiburan serta pemuzik senior yang telah bertapak dalam industri selama puluhan tahun. Kehadiran RM dalam kelompok elit ini menandakan perubahan ketara dalam landskap K-Pop masa kini.

Lebih menarik lagi, RM kini tersenarai sebagai antara idol K-Pop dengan nilai hak cipta terbesar dalam industri muzik Korea. Fenomena ini mencerminkan peralihan era K-Pop, di mana idol bukan lagi sekadar penyanyi dan penghibur, tetapi turut menjadi pencipta karya utama yang menggerakkan kekuatan industri muzik.
Di samping itu, menurut rekod rasmi KOMCA, pelantun lagu ‘Wild Flower’ itu kini memiliki lebih daripada 200 buah lagu yang didaftarkan atas nama beliau. Karya-karya tersebut merangkumi lagu-lagu BTS, projek solo, kolaborasi bersama artis daripada pelbagai genre, serta karya eksperimental yang menyerlahkan sisi musikaliti dan lirik reflektifnya.
BACA: Selepas 11 Tahun! BTS Akhirnya Kembali Gegarkan Kuala Lumpur Selama 2 Malam Disember Ini!
Sejak debut bersama BTS pada tahun 2013, RM dikenali sebagai penulis lirik utama kumpulan tersebut dan terlibat secara langsung dalam penghasilan hampir keseluruhan katalog muzik BTS. Lagu-lagu ciptaannya merangkumi title track dan B-side ikonik yang bukan sahaja mencatat kejayaan komersial, malah mendapat pengiktirafan kritikal serta menjadi asas kepada populariti global BTS.

Sementara itu, kerjaya solo RM turut mencuri perhatian dunia muzik antarabangsa apabila album solo pertamanya berjudul Indigo yang dilancarkan pada tahun 2022, menerima pujian meluas daripada pengkritik global atas kedalaman tema, kualiti produksi serta keberanian artistik yang dipamerkan.
Kemudian, album terbarunya berjudul ‘Right Place, Wrong Person’ (2024), yang menampilkan single seperti ‘Come Back to Me’ dan ‘Lost!’, turut mengukuhkan reputasi RM sebagai artis versatil. Album ini juga menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan dianggap sebagai antara album paling mendapat pujian pada tahun 2024, sekali \gus menyumbang kepada pengumpulan royalti jangka panjang yang kukuh dan berterusan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Lagu ‘marilah mari, pergi mengundi tunaikan kewajipan kita pada negara’ pun sudah semakin berkumandang. Kalau dilihatkan sekarang ke mana sahaja kita pergi cukup meriah dengan pelbagai jenis bendera parti politik yang berkibaran sana sini.
Ada yang biru tua, ada yang biru muda dan tidak ketinggalan hijau yang ada bulan. Apa jua pilihan korang pastikan bahawa setiap undi adalah RAHSIA!
Untuk PRU14 ini, ramai anak muda yang semestinya di antara korang akan bergelar sebagai pengundi buat kali pertama. Dan pengalaman pertama inilah yang biasanya membuat orang muda berasa sangat teruja.
Tapi tahukah korang apa yang perlu korang lakukan dan apa yang perlu korang elak terutamanya bila berada di lokasi tempat membuang undi? Haa, masih belum terlambat untuk mengetahuinya. Teruskan saja melayari laman sesawang rasmi SPR, jawapannya ada di situ!
Oleh itu janganlah malas untuk membaca peraturan serta tata terbib bagaimana pilhanraya berlangsung. Apa yang Remaja ingin kongsikan di bawah ini pula ialah perkara yang korang perlu buat dan perlu korang jauhi untuk melancarkan perjalanan bila ingin pulang ke kampung untuk mengundi.
Jom ikuti video istimewa dari team Remaja!
∞
Baru-baru ini, syarikat SM Entertainment telah mengumumkan bahawa penyanyi dan juga anggota kumpulan K-Pop terkenal, Taeil telah dikeluarkan dari NCT disebabkan jenayah seksual yang tidak dapat dinyatakan lagi.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial yang dimuat naik oleh akaun rasmi SM Entertainment, pihak syarikat berkenaan mengumumkan pemecatan Taeil.
Menurut mereka, Taeil atau nama sebenar Moon Tae Il (30) telah terlibat dalam kes jenayah seksual yang amat serius.

“Ini adalah SM Entertainment. Kami baru-baru ini mengesahkan bahawa Taeil telah terlibat dalam kes jenayah yang berkaitan dengan jenayah seksual.”
“Ketika sedang menyiasat kes dan situasi tersebut, pihak kami menyedari bahawa masalah ini sangat serius dan memutuskan Taeil tidak dapat melanjutkan sebarang aktiviti bersama kumpulan (NCT),” jelas SM Entertainment dalam kenyataan sama yang dimuat naik.

Tambah syarikat berkenaan itu lagi, pihaknya juga telah membahas masalah ini bersama ahli anggota NCT tersebut dan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan Taeil daripada menjadi sebahagian anggota kumpulan K-Pop yang terkenal dengan lagu Cherry Bomb, Simon Says dan Kick It.
SM Entertainment juga memberitahu bahawa Taeil kini sedang memberi kerjasama dengan pihak polis penyiasat dan akan memberikan kenyataan tambahan dari masa ke semasa.

Melalui kenyataan sama, SM Entertainment turut memohon maaf kepada para peminat di atas kontroversi yang dilakukan oleh artis mereka.
Sekadar info, NCT adalah sebuah kumpulan yang diasaskan oleh SM Entertainment pada tahun 2016 dan mempunyai 25 orang ahli anggota. Di dalam NCT, mereka juga terbahagi kepada enam (6) kumpulan sub-unit iaitu NCT 127, NCT Dream, NCT U, NCT Wish, WayV, dan NCT DoJaeJung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞