Terbaru, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St Columba, Miri, Sarawak iaitu Kim Na Eun mencuri perhatian apabila berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dengan memperoleh 10A+ termasuk Bahasa Melayu, sekaligus menjadi antara pencapaian luar biasa oleh pelajar antarabangsa di Malaysia.
Memetik laporan The Borneo Post, bapanya Kim Taeho berkata keluarga mereka pada awalnya sukar mempercayai keputusan tersebut ketika hadir ke SMK St Columba untuk mengambil keputusan peperiksaan anaknya.
“Saya menangis apabila dia memberitahu keputusan tersebut. Kami tidak menjangka dia akan mendapat A+ dalam semua subjek, termasuk Bahasa Melayu, kerana dia pernah menghadapi kesukaran mempelajari Bahasa Melayu ketika di sekolah rendah,” katanya.
Kim Na Eun bersama keluarganya ketika mengambil keputusan SPM 2025
Difahamkan, Na Eun mengambil subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bible Knowledge, dan kesemuanya berjaya mendapat A+.
Ads
Keluarga Na Eun sebelum ini berhijrah dari Korea Selatan ke Miri pada tahun 2013 ketika beliau berusia lima tahun, sebelum memulakan persekolahan di SK St Columba dan kemudian menyambung pengajian di SMK St Columba sehingga ke peringkat menengah.
Bapanya yang merupakan seorang master taekwondo serta melatih kanak-kanak berkeperluan khas turut berkongsi bahawa anaknya tidak bergantung kepada kelas tuisyen luar. Malah, Na Eun yang memegang tali pinggang hitam Dan keempat (Kukkiwon) aktif menjalani latihan taekwondo setiap hari serta turut menyertai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menurut Na Eun, disiplin dalam taekwondo banyak membantunya menghadapi SPM. Selepas ini beliau merancang untuk sambung A Levels sebelum mengejar cita-cita dalam bidang pergigian, sambil kini fokus latihan bagi Sukan Kebangsaan Korea ke-107 di Pulau Jeju pada 17 Oktober.
Ads
Park So Hyun yang mencuri perhatian di media sosial selepas meraih keputusan cemerlang SPM 2025
Sementara itu, seorang lagi pelajar dari Sekolah Methodist Wesley, Park So Hyun juga meraih perhatian di media sosial selepas berjaya meraih keputusan SPM cemerlang dengan 10A, sekaligus turut mengharumkan nama sekolah serta komuniti pelajar antarabangsa di Malaysia.
Pencapaian oleh kedua pelajar yang berasal dari Korea Selatan ini juga telah mencetuskan perbualan positif dalam kalangan masyarakat di media sosial, sehingga ramai yang menyifatkan kejayaan mereka sebagai bukti bahawa disiplin, usaha berterusan dan semangat yang tinggi mampu mengatasi cabaran bahasa serta latar belakang.
Pada masa yang sama, ramai turut meluahkan rasa kagum dan menjadikannya inspirasi bahawa jika pelajar Korea Selatan boleh mencapai keputusan cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, tiada alasan untuk pelajar lain tidak mampu mencapai kejayaan yang sama atau lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya Rebel Wilson atau lebih dikenali dengan ‘Fat Amy’ dalam filem Pitch Perfect pun tak nak kalah juga. Rebel Wilson, nampaknya menjadikan tahun 2020 sebagai “Tahun Kesihatan” buat dirinya.
Terbaru, pelakon komedi berusia 40 tahun ini ada memuatnaik gambarnya bersama seorang jurulatih di gimnasium, melihat penampilan Rebel yang terkini membuatkan ramai yang terpegun dengan perubahan pada dirinya.
Sebelum ini Rebel ada kongsikan yang dia dah mula menjaga badan dan menjalani hidup yang lebih sihat demi mendapatkan berat yang ideal.
Malah jurulatih peribadi yang melatih Rebel juga memuatnaik ‘workout’ yang dilakukan oleh Rebel, rata-rata netizen terkejut melihat aktiviti ‘gila’ yang dilakukan oleh aktres berkenaan.
Rebel yang di latih oleh jurulatih peribadi terkenal iaitu Jono Castano, menyediakan menu rutin latihan yang harus diikuti oleh Rebel.
Gambar dibawah ini jelas menunjukkan yang Rebel berjaya turunkan berat badannya dan dia memang nampak awesome!Menurut 22 Words, Rebel berjaya menurunkan hampir 15kg dalam beberapa bulan sahaja.
Menurut Rebel, demi menjadikan tahun ini tahun kesihatan, Rebel banyak memberi fokus melakukan aktiviti sukan dan banyakkan berjalan. Selain itu, Rebel juga sangat mengawal gaya pemakanannya dengan mengelakkan pengambilan gula dan juga makanan segera.
Meski ia sukar, Rebel tetap meneruskan rutin gaya pemakanan yang sihat berserta dengan aktiviti ‘workout’ di gym. Dan hasilnya Rebel berjaya menurunkan berat badan, serta tubuhnya juga mula berubah bentuk. Nampak curvy Rebel yang mengancam tu!
A post shared by JONO CASTANO (@jonocastanoacero) on
Menerusi video yang dimuatnaik di akaun instagram jurulatih Rebel, Jono Castano, di dalam video tersebut Rebel di lihat melakukan ‘battle rope’ atau tali tempur yang merupakan rutin senaman berintensiti tinggi.
Ia melibatkan pergerakan berselang yang pantas dan berubah-ubah dengan tempoh rehat yang kurang. Melihat Rebel melakukan aktiviti ‘battle rope’ ini, macam nak tercabut lengan!
Menariknya workout sebegini dapat meningkatkan keupayaan aerobik, anaerobik, tahap testosteron dan meningkatkan metabolisma diri. Jadi tidak hairanlah, Rebel dapat menurunkan berat badan dan bentuk fizikalnya berubah secara mendadak. Kerana aktiviti ini merupakan senaman berintensiti tinggi!
So, kesimpulannya rahsia Rebel ialah makan snek berkhasiat, bersenam dan minum banyak air. Senang je nak kurus dorang ni, okaylah jom la kita try senaman ‘battle rope’ mana tahu boleh kurus raya nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban hari Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi dan semalam, 11,985 lagi kes dengan 199 kematian dicatatkan.
Jumlah kes aktif mencapai 137,587 setakat semalam dan ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana keadaan di hospital sekarang. Bukan hanya perlu merawat pesakit COVID-19, ia secara tidak langsung memberi kesan buat pesakit-pesakit lain juga ekoran ketiadaan tempat untuk dimasukkan ke dalam wad.
Oleh yang demikian, menurut Malaysiakini, pesakit bukan COVID-19 di hospital kerajaan di Lembah Klang akan dipindahkan ke hospital swasta serta-merta bagi meningkatkan kapasiti sistem kesihatan awam untuk merawat pesakit wabak itu.
Menurut sepucuk surat kepada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh, arahan kerajaan itu berkuat kuasa semalam.
Kos rawatan pesakit yang dipindahkan ini akan ditanggung kerajaan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sebarang tuntutan bagi kos rawatan yang melebihi kadar yang ditetapkan dalam garis panduan akan dijelaskan selepas penilaian dan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Kesihatan.
Berikut merupakan garis panduan penyumberluaran bagi pesakit bukan COVID-19 di hospital swasta, kadar siling yang ditetapkan:
• Katil: Wad berkadaran harian yang paling rendah
• Caj pesakit (untuk kes pembedahan): RM45,000
• Caj pesakit (tidak melibatkan pembedahan): RM25,000
• Caj rawatan susulan: RM5,000
Pihak hospital perlu memaklumkan kepada kementerian jika pesakit yang sudah keluar memerlukan rawatan susulan lebih daripada tiga kali. Ia bagaimanapun tidak termasuk rawatan radioterapi.
Hospital swasta juga tidak dibenarkan untuk memindahkan pesakit ke hospital swasta lain tanpa kebenaran kementerian.
Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan menyediakan lebih banyak ruang untuk pesakit COVID-19 di kemudahan mereka dan sama-samalah kita terus berdoa agar situasi pandemik ini berakhir dengan segera.
Setelah spekulasi bertebaran sepanjang minggu ini, akhirnya sah bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang dijatuhkan ke atas beliau.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Urusetia Lembaga Pengampunan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri; lembaga pada 29 Januari lalu memutuskan untuk memberi pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.
Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028. Manakala denda yang perlu dibayar Najib juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.
Terdahulu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuklah permohonan Najb telah dipertimbangkan dalam persidangan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum tempoh pemerintahan Baginda berakhir pada 30 Januari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!