Filem pecah panggung Spider-Man: No Way Home menjadi filem pertama di dunia dengan jualan tiket melebihi US$1 bilion sepanjang pandemik COVID-19 seperti yang telah dilaporkan oleh agensi berita Xinhua berdasarkan tinjauan Comscore pada Ahad lepas.
Filem superhero Sony Pictures itu menduduki tangga teratas box office Amerika Utara bagi tempoh dua minggu berturut-turut. Anggaran kutipan bagi tempoh tiga hari tayangan mencapai US$81.5 juta dan Amerika Utara menyumbang US$467.33 juta menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah US$1.05 bilion.
Ia sekali gus menjadikan Spider-Man: No Way Home filem terlaris pada tahun 2021, mengatasi ‘The Battle at Lake Changjin’ yang merekodkan kutipan lebih US$902 juta setakat ini.
Ads
Dibintangi oleh Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon, Benedict Cumberbatch, Jon Favreau dan Marisa Tomei, Spider-Man kali ini turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange yang dijangkakan akan bergandingan menentang Electro dan Doctor Octopus serta penjahat francais Spider-Man terdahulu.
Foto: Sony Pictures
Jika korang masih belum menonton filem ini, Spider-Man: No Way Home masih lagi ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada usia 56 tahun, lagenda rock negara, Datuk Awie pernah mendedahkan pada awal bulan ini bahawa beliau dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bakal menimang anak ketujuhnya tidak lama lagi.
Cahaya mata Awie sememangnya dilahirkan secara berturutan sejak beliau mendirikan rumah tangga bersama bekas isteri pertama, Arni Nazira dan bekas isteri kedua, Rozana Misbun sehinggakan ramai peminat yang terlupa bahawa anak-anak beliau kian menginjak ke usia remaja serta belia atau young adult.
Datuk Awie.
Menerusi perkahwinan pertama, Awie dikurniakan dua orang puteri iaitu Putri Aleeya Antasha, 24 dan Putri Aleefa Antasha, 22 yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
Manakala daripada perkahwinan kedua, Awie mempunyai tiga orang cahaya mata terdiri daripada Putra Ahmad Merrah, 17; Putra Ahmad Rezzki, 16 dan Puteri Qasseh Antasha, 14. Anak keenamnya pula telah dilahirkan pada Januari 2021.
Awie jelas bersyukur apabila anak-anaknya kian membesar dan mempunyai visi jelas bagi menentukan haluan masing-masing.
Terbaru, tular di laman media sosial TikTok salah seorang anak Awie mempersembahkan bakat nyanyian malah pandai juga bermain instrumen gitar. Putra Ahmad Merrah, 17 nyata mewarisi bakat yang dikurniakan kepada Awie.
Sewaktu ditemui pemberita pada minggu ini, Awie juga mengakui minat Merrah ke arah bidang muzik. Tambahan pula apabila video tersebut tular baru-baru ini, warganet juga meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat jika Merrah akan meneruskan legasi ayahnya itu dalam bidang nyanyian.
Namun jauh di sudut hatinya, Awie tidak pernah menggalakkan atau memaksa Merrah untuk mengejar peluang menjadi seorang penyanyi kerana ingin anaknya mendahulukan pelajaran buat masa ini.
“Saya tidak pernah galakkan tapi kalau dia dah berminat, itu hak dialah sebenarnya. Apa yang saya suruh adalah akademik dulu. InsyaAllah kalau dia dah okay akademiknya, jadi teruskanlah dengan apa yang dia minati sekarang ini.
“Paksaan untuk menjadi artis ke, itu tidak pernah. Saya pernah cakap dengan dia, ‘Kau jangan jadi penyanyi..’ Jadilah seorang pembikin, jangan duduk di hadapan sebagai seorang penyanyi.
“(Tapi) dia seorang sahaja (yang meminati muzik). Kakak-kakaknya yang lain, mereka belajar untuk menjadi seorang pembikin sama ada dalam bidang pengurusan acara dan sebagainya,” ulasnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet memahami sentimen seorang ayah yang dirasai Awie untuk melihat ilmu terbuku di dada anak-anaknya terlebih dahulu sebelum mengecapi populariti dalam bidang lain.
“Dia nak anak dia jadi org terpelajar.” @firmetalpj
“Yelah, utamakan akademik dlu. Awie pun tahu hidup dalam industri macam mana. Bukan mudah nak berjaya jika tiada ilmu. Kalau tak berjaya pun ada ilmu, boleh cari punca pendapatan yang lain.” @anistaaimad_75_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem Marvel yang dinanti-nantikan tahun ini, Spider-Man: Far From Home bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Selepas tamatnya Avengers: Endgame, ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada watak adiwira Spider-Man?
Kali ini, Peter Parker menyertai rombongan sekolah dengan rakan sekelasnya ke Eropah. Di sana, Nick Fury meminta Peter menyertai misi yang memerlukannya untuk bekerjasama dengan Quentin Beck, juga dikenali sebagai Mysterio, seorang pakar muslihat yang mendakwa dirinya dari bumi ‘parallel’ dalam Multiverse. Mereka perlu bekerjasama melawan manusia-manusia dimensi luar biasa yang dikenali sebagai Elementals.
Persoalannya, adakah Mysterio sebenarnya watak yang baik atau hanya sekadar ‘trick’?
Saksikan kesudahan filem yang bakal ditayangkan pada 3 Julai nanti di seluruh pawagam tanah air. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Tom Holland, Michael Keaton, Jon Favreau, Zendaya, Marisa Tomei, Jake Gyllenhaal, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson, sudah pasti Spider-Man: Far From Home ini juga bakal menjadi sebuah lagi filem box office tahun ini.
Macam biasa kami nak jadikan korang orang pertama untuk menonton tayangan perdana filem ini dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Korang akan memenangi dua tiket ke tayangan perdana Spider-Man: Far From Home dan berpeluang untuk merebut hadiah-hadiah seperti berikut:
• 5 x limited edition ‘Spider-Man: Far From Home’ cable organizer • 5 x limited edition ‘Spider-Man: Far From Home’ mini Spider-Man figurine • 3 x limited edition ‘Spider-Man: Far From Home’ eye mask • 3 x limited edition ‘Spider-Man: Far From Home’ luggage stickers set of 2 • 2 x limited edition ‘Spider-Man: Far From Home’ luggage tag • 2 x limited edition ‘Spider-Man: Far From Home’ passport cover • 2 x limited edition ‘Spider-Man: Far From Home’ travel neck pillow • 3 x limited edition ‘Spider-Man: Far From Home’ T-shirt
Menangi tiket tayangan perdana Remaja x Spider-Man: Far From Home
Tarikh: 2 Julai 2019
Masa: 8.30 malam
Lokasi: GSC 1 Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan jenis tulisan yang tepat pada logo mahu pun poster memberikan impak yang besar dalam keberkesanan menyampaikan mesej atau penjenamaan terbaik kepada masyarakat.
Berikut kami senaraikan antara font yang digunakan oleh logo-logo jenama terkenal dunia. Mana tahu korang nak guna, bolehlah cari dan download sendiri. Hiks!