
Tahun baru 2024 menjadi detik yang tidak akan dilupakan oleh pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh apabila beliau menimang cucu pertamanya, sekaligus kini memikul gelaran nenda.
Ia berlaku kurang dari tempoh sebulan setelah Yeoh melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Jean Todt di bandaraya Ipoh dan pulau peranginan, Pangkor.

Pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) 2022 menerusi filem Everything Everwhere All At Once itu pada awalnya memuat naik sekeping foto yang menunjukkan kaki seorang bayi di atas telapak tangan orang dewasa dengan kapsyen berbunyi,
“Satu keajaiban pada hari pertama tahun 2024. Kami amat-amat diberkati… Sukar untuk jelaskan betapa gembiranya saya untuk berita bahagia ini.”

Hantaran di Instagram itu lantas menuai spekulasi dalam kalangan peminatnya yang tertanya-tanya jika bayi tersebut milik orang lain ataupun sememangnya Yeoh dan Todt mengambil anak angkat.
Malah, tinjauan di bahagian komen juga mendapati ramai warganet pantas mengucapkan tahniah kepada ‘power couple’ itu.

Namun tidak lama selepas itu, Yeoh menjelaskan bahawa tapak kaki bayi itu hakikatnya milik cucu sulung beliau; iaitu anak kepada Nicolas yang merupakan anak lelaki Todt daripada hubungannya sebelum ini.
Yeoh seterusnya menitipkan penghargaan beliau kepada Nicolas dan isterinya setelah merealisasikan impian mereka berdua menjadi datuk dan nenda.
“Terima kasih sayangku Nicolas dan Darina kerana membuatkan kami datuk dan nenda paling gembira dan bangga. Selamat lahir buat bayi Maxime.”

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Academy Awards Ke 95
Untuk pengetahuan, Yeoh dan Todt telah menamatkan pertunangan berusia 19 tahun mereka pada tahun lalu setelah mereka mendirikan rumah tangga pada bulan Julai di Geneva, Switzerland.
BACA LAGI: Gembira Michelle Yeoh Bergelar Isteri Jean Todt, Ibu Titip Harapan Resepsi Diadakan Di Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

Jika sudah amalkan rutin ini, tahniah! Korang berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit merengsa.
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang serta melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati kawasan pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk pelembap pada kawasan yang kering.








