Kalau korang merupakan peminat penstriman dan cabaran ekstrem, bersedialah!
Platform penstriman paling pesat diminati, sooka bakal memeriahkan bahagian Piazza, Aras 3, Pavilion Bukit Jalil menerusi acara ‘sooka Gilerrr Streaming Challenge’ yang merupakan cabaran penstriman secara langsung pertama seumpamanya di Malaysia.
Semangat ‘Gilerrr’ Rakyat Malaysia
Kempen sooka Gilerrr bukan sekadar untuk hiburan semata-mata. Ia sebenarnya simbolik kepada gaya hidup rakyat Malaysia yang tak pernah berhenti menonton drama sambil melakukan rutin harian masing-masing. Tidak kiralah korang sedang memasak, sedang bersenam di gym atau sedang melakukan tugasan tertentu, korang tidak perlu berenggang dengan peranti untuk menonton sebarang program kegemaran hanya menerusi sooka.
Budaya penstriman kini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian. Melalui kempen ini, sooka ingin meraikan obsesi rakyat Malaysia terhadap hiburan dengan cara yang berani, menyeronokkan, positif dan interaktif sambil mencampur adukkan sedikit identiti tempatan yang berwarna-warni.
Cabaran Penstriman Paling Ekstrem
Cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge ini bakal menguji peserta untuk menstrim secara langsung sambil menyelesaikan pelbagai cabaran fizikal dan mental tanpa henti. Peserta bukan sekadar perlu menonton tetapi juga melalui ujian sebenar yang menguji ketahanan, kemampuan fokus dan skil multitasking mereka.
Secara tidak langsung, cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge merupakan manifestasi sebenar kepada ‘semangat tak berhenti menstrim’ yang menjadi sebahagian daripada identiti jenama sooka.
Barisan Selebriti & Persembahan Hebat
Bagi menghangatkan acara berkenaan, sooka turut akan menampilkan empat orang duta sooka masa kini terdiri daripada barisan selebriti muda tempatan sepertiEvertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie, dan Kimberly Chuah. Masing-masing tampil dengan persona menyeronokkan dan berani, selari dengan karakter jenama sooka.
Selain itu, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan penampilan istimewa finalis pencarian Dewi Remaja 2025, Astro Star Quest Top 12 dan bintang-bintang Astro Originals & Shorts seperti Uriah See, ALPHA, Qasrina Karim dan Mierul Aiman.
Kehadiran mereka bukan sahaja untuk menambah kemeriahan tetapi juga bakal mempamerkan kepelbagaian kandungan hiburan yang ada di sooka; daripada konten sukan, drama, filem hinggalah program muzik tempatan.
Hadiah Bernilai RM100,000 Menanti Pemenang!
Kalau korang ingin tahu, hadiah lumayan cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge bukan sahaja menanti para pesertanya. Penonton juga berpeluang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM100,000; termasuklah kenderaan Proton e.MAS 5, Samsung 85” QLED Smart TV, iPhone 17 Pro Max 512GB, MacBook Air 15”, PlayStation 5 Pro, DJI Pocket 3, Dyson Hair Dryer dan banyak lagi.
Sekiranya korang ingin berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah tersebut, jangan lupa to mark your date untuk menyertai acara penuh adrenalin ini di Pavilion Bukit Jalil dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam. Cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge turut disokong oleh Pavilion Bukit Jalil sebagai rakan penaja lokasi yang menawarkan suasana premium dan mudah diakses serta Vida sebagai rakan penaja minuman.
@sookamalaysia🔥 Kim dah accept challenge dari Evertts. Kau tunggu apa lagi?! Kalau rasa kau lagi GILERRR, jom tunjuk kat sooka Gilerrr Streaming Challenge 💥 🗓 29 NOV 2025 |📍PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil ⏰ 9AM–10PM 💰 RM100K worth of prizes! 👉 Register now at sooka.my/m/whats-new/challenge Takde sooka lagi? Download & subscribe sekarang!♬ original sound – sooka malaysia
Teruskan menstrim platform penstriman tempatan yang menawarkan pelbagai kandungan eksklusif, dari sukan langsung, drama tempatan, hiburan sehingga filem antarabangsa, semuanya direka khas untuk penonton Malaysia yang suka menonton di mana sahaja, bila-bila masa.
Platform ini boleh diakses melalui aplikasi mudah alih dan laman web, dengan langganan fleksibel serta percubaan percuma, menjadikannya pilihan utama untuk peminat hiburan yang sentiasa on-the-go.
@remaja.my Gandingan dua anak seni kelahiran ✨negeri di bawah bayu✨ ini mungkin belum pernah lagi disatukan dalam frame yang sama. Tetapi di bawah ☂️ sooka giler, we got them⚠️ Nantikan Remaja edisi digital November 2025 bersama dua daripada empat penghias wajah hadapan bulan ini, @Evertts Gomes & @WANI KAYRIE di www.remaja.my. #MajalahRemaja#EverttsGomes#WaniKayrie#sooka#sookaMalaysia♬ sonido original – Steve
@remaja.my Seorang atlet 🥊 dalam Generasi: Perfect 10. Seorang lagi pula doktor ‘Ponti-No-Anak’ yang ada deria ghaib luar biasa dalam 👩🏻⚕️👻 Dr. Pontianak 2. Tapi satu persamaan di antara mereka adalah kedua-dua drama lakonan mereka itu boleh korang strim di sooka je! Nantikan Remaja edisi digital November 2025 bersama dua daripada empat penghias wajah hadapan bulan ini, @Kimberly Chuah & @Aiman Ameer di www.remaja.my. #MajalahRemaja#KimberlyChuah#AimanAmeer#sooka#sookamalaysia♬ 4batz – Blknbt
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peluang untuk menjadi sukarelawan masih terbuka kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mencari sukarelawan bagi membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.
Individu yang berusia 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan, amat dialu-alukan untuk menyertai kajian ini.
Sehingga kini, lebih 7,000 orang telah menghubungi hospital terlibat dan seramai 990 orang telah bersetuju untuk menyertai kajian ini. Daripada jumlah itu, 208 sukarelawan telah pun menerima dos pertama.
Gambar hiasan
Menurut KKM, mereka akan menyertai ujian klinikal fasa ketiga untuk vaksin yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).
Sukarelawan ini diperlukan bagi menyumbang dalam usaha mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada COVID-19.
Jika korang berminat, boleh hubungi sembilan hospital yang telah ditetapkan seperti berikut.
Jika korang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan bersetuju untuk menjadi sukarelawan ini, bolehlah hubungi hospital-hospital yang telah disenaraikan ini.
Semoga ujian ini berjaya dan rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.
Adakah Touch N Go sudah tidak relevan digunakan pada masa kini?
Pelbagai rungutan dan keluh kesah pengguna Touch ‘n Go memgenai sistem ini. Ia bukanlah suatu isu yang baharu. Sistem ini sudah berlangsung lama sehingga tujuan utamanya yang sepatutnya menyenangkan hidup pengguna khususnya masyarakat Malaysia, tetapi kini sudah bertukar menjadi beban sehingga tahap menyusahkan.
Bukan setakat menjadi perbualan hangat dan bagaikan ‘menyusahkan’ rakyat marhaen. Terbaharu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku yang juga bekas calon Parlimen Masjid Tanah, Mutalib Uthman tampil menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada Touch ‘n Go yang didakwa wajib dihapuskan oleh kerajaan baharu.
Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, beliau mencoretkan 10 sebab mengapa Touch ‘n Go wajib dihapuskan oleh kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Banyak-banyak monopoli, monopoli Touch n Go lah perkara nombor wahid, kerajaan perpaduan PMX wajib hapuskan,” tulisnya sebelum menyenaraikan 10 sebab kenapa Touch N Go wajib dihapuskan.
Ini adalah 10 sebab yang disenaraikan oleh Mutalib Uthman menerusi entri Facebook miliknya:
Buat lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) konon untuk melancarkan trafik tetapi lorong RFID paling sesam. Lorong RFID ini pula sensor kurang menyenangkan, lambat detect. Kena mengundur 3 hingga 4 kali baru lepas.
Kad Touch n Go versi bodoh, tidak boleh tambah nilai atas talian.
Lebuhraya PLUS tidak boleh pakai TnG Wallet. Lebuhraya sahaja boleh dan kenapa di lebuhraya ini boleh pakai TnG sahaja? Kenapa Anthony Loke / Nanta Linggi, kenapa?
Bila tambah nilai TnG Wallet, lepas 30 minit baru boleh guna (kes bayar tol guna Smart Tag).
Kad Touch n Go NFC manjang (selalu) tidak ada bekalan, kau cetak 5 lain (helai) sebulan sahaja kah?
Untuk tambah kad TnG itu, pergi kaunter tambah nilai, servis offline, pergi kiosk layan diri, debit card/qrpay tak boleh pakai. Tambah nilai di pam minyak, ada cas perkhidmatan 50 sen.
Bayar parking guna kad TnG ada surcharge 10%.
Bila baki kurang. muka jurutol kemain langsi dan kita cakap “nak tambah nilai sini boleh tak?” “Tak boleh” jawabnya sambil menjeling. Habis itu kau buka tol bahagian tepi jadah apa? Dah satu hal nak kena undur dan menyusahkan lane. Kita bukanya tidak aware nak tambah nilai, tetapi kau rujuk perkara nombor 6.
Mahu tambah nilai kad TnG di stesen minyak tak boleh pakai kad atau QR Pay, kena pakai tunai. Kau hidup zaman bila jenis bawa tunai banyak-banyak…
Kalian harus tahu bahawa setiap Kad TnG ada tarikh luput dan nak refund sebab kad sudah luput ini macam minta sedekah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa setuju selain ruangan tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet lain mengenai sistem yang dikatakan ‘menyusahkan’ pengguna jalan raya. Majoriti pengguna menyifatkan sistem ini tidak cekap dan gagal mengikut peredaran zaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Apa yang lebih menggembirakan seorang inssan bernama ayah apabila anaknya sendiri meluahkan rasa bangga melihatnya berjuang di medan pertarungan kejohanan paling popular di dunia.
Anak sulung kepada Lionel Messi, Thiago telah mengirimkan surat istimewa buat ayahnya sebelum perlawanan di antara Argentina dan Perancis di Piala Dunia 2022 Qatar, tengah malam ini.
Antara kandungan surat yang dimuat naik oleh kelab peminat isteri Messi, Antonella Roccuzzo itu termasuklah kata-kata semangat Thiago kepada penyerang Argentina itu sebelum beliau mengemudi pasukan itu menentang juara Piala Dunia 2018.
“Saya dilahirkan di Argentina, tanah kelahiran Diego (Maradona) dan Lionel (Messi),” mulainya dalam bahasa Sepanyol. Ia juga adalah serangkap lirik daripada lagu Muchachos yang kini popular dinyanyikan oleh penyokong Argentina sewaktu musim Piala Dunia.
“”Dari kanak-kanak Malvinas yang tidak boleh saya lupakan. Saya tidak mampu menjelaskannya kepada kamu kerana kamu tidak akan mengerti. Apabila kami (Argentina) kalah di perlawanan akhir, saya telah menangis selama beberapa tahun tetapi tangisan itu berakhir di perlawanan akhir Maracana menentang Brazil dan ayah menjurarainya.
“Kami bersemangat semula. Saya ingin Argentina menang kejohanan ketiga, saya ingin menjadi juara dunia dan kita dapat melihat Diego (Maradona) dari syurga dengan Don Diego dan La Tota, sama-sama mendukung Lionel!” catatnya.
Di akhir kiriman ini, Thiago mengharapkan agar Messi akan mengikuti jejak langkah Maradona untuk mengembalikan gelaran juara Piala Dunia kepada Argentina.
Pemilik akaun kelab peminat, Antonela Gallery ini juga tergamam dengan kebolehan Thiago menulis dengan cukup baik pada usia muda.
“Ini adalah surat paling manis. Tiada kata-kata (dapat gambarkannya).. ia menunkukkan betapa anak kecil ini menyayangi ayahnya dan negaranya,” kata mereka.
Antonela tidak lepaskan peluang menontong perlawanan akhir Piala Dunia 2022 bersama anaknya, Thiago Messi.
Sweet kan!
Setakat minit ke-60 perlawanan, Argentina sedang mendahului Perancis dengan dua jaringan berbalas kosong. Adakah harapan Thiago ini akan menjadi kenyataan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.