Dikenali sebagai Blank Ji, Ace dan Gold Jihyo, Song Ji Hyo bukan lagi nama asing dalam kalangan peminat di Malaysia. Aktres versatil yang turut dikenali sebagai salah seorang ahli rancangan realiti, Running Man ini amat diminati peminat di seluruh pelusuk dunia dek kerana sifatnya yang merendah diri, tak cover ayu dan santai.
Sentiasa terkenal dengan sifat beliau yang tidak jemu melayan peminat, tular sekali lagi di media sosial video aktres ini berinteraksi dengan peminat kurang upaya Malaysia menggunakan bahasa isyarat baru-baru ini. Dikhabarkan bahawa aktres berusia 41 tahun itu berada di Malaysia untuk menghadiri acara K-Beauty Festa Watson yang diadakan pada 17 dan 18 Mac di Depot Sentul, Kuala Lumpur.
Reaksi comel diberikan oleh Song Ji Hyo ketika majlis berlangsung.
Dalam video yang dikongsi oleh akaun peminat @sngmsyn di aplikasi TikTok pada Sabtu lepas, bintang Running Man itu dapat dilihat menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan beberapa peminat kurang upaya pada acara tersebut.
Ads
Kebolehan Song Ji-hyo untuk menggunakan bahasa isyarat jelas dipamerkan melalui video klip tular ini.
Turut kelihatan di dalam video klip tersebut, riak wajah wanita bertudung itu yang jelas terharu dan teruja apabila dapat berinteraksi dengan aktres tersebut melalui bahasa isyarat. Dimaklumkan bahawa bahasa isyarat yang digunakan peminat tersebut ialah bahasa isyarat Korea atau dikenali sebagai BIK (Hanguk Sueo).
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji bintang Running Man itu kerana sikap prihatin dan hati emasnya terhadap peminat.
Ads
“My forever crush dari umur aku 10 tahun sampai 22 tahun sekarang takkan berubah,” komen seorang pengguna.
“Sumpah dia yang terpaling best bagi fanservice setakat ini, Takde yang boleh lawan dia. Genuinely kind and attentive dekat semua peminat dia,” seloroh seorang peminat.
Sehingga kini, video klip itu telah meraih lebih daripada 1.7 juta tontonan dan 315,400 tanda suka, dengan ramai yang memuji buah hati Running Man itu atas sifat rendah diri dan senyuman yang tidak pernah lekang dari beliau terhadap peminat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Glutanex Malaysia, Twitter kwinsmy, TikTok sngmsyn
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi menghormati dunia yang sedang ‘berperang’ dengan wabak Covid-11, tahun ini tiada sambutan April Fool akan dilakukan oleh Google.
Google yang merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat setiap tahun akan hadir dengan idea lawak jenaka kreatif pada hari ‘April Fool’ yang akan jatuh pada tarikh 1 April setiap tahun. Google sebelum ini yang sering hadir dengan sejumlah lawak jenaka berbeza mengikut produk dan negara – yang sering mencuit hati ramai pengguna seluruh dunia.
Namun, untuk tahun 2020 ini, Google dilihat membatalkan hasrat berkenaan. Melalui emel yang dikongsikan kepada Business Insider, Google dikatakan mengatakan supaya membatalkan perkongsian lawak jenaka untuk 1 April tahun ini, dan mungkin hadir dengan lawak seperti biasa pada tahun akan datang. Google dilihat mengambil langkah ini dalam menghormati semua orang yang kini “berperang” dengan Covid-19.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi sama ada syarikat teknologi lain akan meneruskan lawak jenaka mereka, atau turut mengambil langkah untuk membatalkannya untuk tahun 2020 ini.
Bagus langkah yang dilakukan oleh syarikat Google ni, yelah dalam keadaan dunia dalam kesedihan, tak kan kita nak buat lawak April fool pula kan…
SUMBER RUJUKAN: BUSINESS INSIDER
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibu pelakon Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong yang maut dalam insiden terjatuh dari bot laju sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai, telah menidakkan tindakannya untuk memaafkan dua orang saksi dalam bot kejadian itu adalah disebabkan oleh wang pampasan yang ditawarkan kepadanya.
Panida Siriyuthayothin kini menjadi tumpuan peminat hiburan Thailand selepas kes kematian Tangmo, 37 telah berlanjutan lebih dari seminggu.
Pelakon Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong.
Panida baru-baru ini difahamkan menerima tawaran sejumlah wang bernilai 30 juta Baht atau kira-kira RM3.8 juta sebagai pampasan untuk kematian tersebut oleh pemilik bot laju, Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit.
Pada masa yang sama, Panida menerusi segmen temubual di rancangan Hone Krasae dekat TV Channel 3 berkata, dia telah memaafkan Por dan pemandu bot, Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananun walaupun dia didapati tidak mempunyai lesen bot laju sah setelah disiasat oleh pihak polis.
Kata Panida, dia menerima panggilan telefon daripada Por pada hari Jumaat minggu lalu (sehari selepas insiden) untuk memohon maaf dan Por meminta untuk menemui Panida secara peribadi.
Berbanding pengurus Tangmo, Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat yang hanya menghubungi Panida tiga hari selepas kematian Tangmo, Panida lebih merasakan Por ikhlas ketika menghubunginya lalu memaafkan Pordan Robert.
Dalam pada itu, dia menegaskan bahawa dia tidak memaafkan Gatick akibat kelewatannya mengubungi Panida biarpun mereka agak rapat sewaktu Tangmo masih hidup.
Selain menawarkan wang pampasan, Por juga dikatakan telah berjanji kepada Panida untuk menjaganya sebagaimana pernah dilakukan Tangmo.
“Saya memaafkannya kerana dia (Por) berterusan cuba menghubungi saya dan dia tahu saya sedang marah,” ulasnya.
Tindakan Panida memaafkan dua orang saksi insiden secepat ini tidak begitu disenangi oleh warganet. Ia menguatkan spekulasi mereka bahawa ibu Tangmo itu mementingkan wang berbanding mencari kebenaran di sebalik kes tragis anaknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai antara kita mungkin pernah solat di hujung waktu. Misalannya menggabungkan waktu Zuhur ke Asar. Ada ketika, sedang solat fardu misalannya di rakaat kedua, kedengaran azan tanda masuk waktu.
Perlukah kita berhenti solat atau teruskan solat tersebut? Ustaz Azhar Idrus berkongsi ilmu mengenai ini.
Soalan:
Jika kita kerjakan sembahyang pada hujung waktu dan belum sempat beri salam telah kedengaran azan masuk waktu sembahyang yang lain. Adakah kita kena berhenti dari sembahyang atau macam mana hendak kita lakukan?
Jawapan :
Jika seorang itu mengerjakan sembahyang pada hujung waktu kemudian sebelum dia selesai lagi dari sembahyang tersebut telah masuk waktu yang lain maka hendaklah dia teruskan sembahyang tersebut tidak perlu dia berhenti.
Maka jika dia sempat melakukan serakaat di dalam waktu yang pertama maka dia telah mendapat solat tersebut dengan tunai.
Dan jika dia tidak sempat sembahyang sebanyak serakaat dalam waktu yang pertama misalnya dia sedang rukuk lalu masuk waktu solat yang kedua maka solat yang pertama itu dikira sebagai solat qadha.
Tersebut pada Kitab Fathul Muin :
ولو أدرك في الوقت ركعة لا دونها فالكل أداء وإلا فقضاء.ويأثم بإخراج بعضها عن الوقت وإن أدرك ركعة Artinya : “Dan kalau seorang itu mendapat serakaat di dalam waktu tidak yang selainnya maka sekelian rakaat itu adalah dikira tunai dan jika tidak nescaya jadilah solatnya itu qadha.
Dan berdosa ia sengaja keluarkan sebahagian sembahyang daripada waktu sekali pun dia sempat mendapatkan serakaat.”
Maksudnya siapa yang sembahyang dalam waktu misalnya dia sembahyang Asar dalam waktu Asar dan selepas dia lakukan rakaat yang pertama lalu masuk waktu maghrib maka sembahyangnya itu dikira sebagai sembahyang tunai dan jika dia belum masuk ke rakaat yang kedua lalu masuk waktu maghrib maka jadilah sembahyangnya itu sembahyang qadha.
Dan jika dia sengaja sembahyang Asar pada waktu seperti itu maka hukumnya dia berdosa melainkan kerana uzur seperti pengsan atau tertidur atau terlupa.
wallahua’lam ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dato' Sri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Sarjana Kehormat daripada Sunway University sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang seni kreatif dan muzik.