Semalam kecoh di media sosial apabila satu aplikasi yang digunakan oleh jutaan umat Islam di serata dunia untuk mengetahui waktu solat, arah kiblat, bacaan al Quran dan banyak lagi menjual data peribadi 98 juta umat Islam yang menggunakan app itu untuk kegunaan harian mereka kepada unit ketenteraan Amerika Syarikat (US).
Dan hal ini membuatkan kita semua bimbang dan risau berikutan dakwaan kebocoran maklumat peribadi untuk tujuan yang tidak dikenal pasti. Menurut tinjauan REMAJA di posting yang kami muat naik semalam di Instagram, ramai yang mengambil tindakan untuk memadamkan aplikasi tersebut daripada telefon pintar mereka.
*
Terbaru, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi satu aplikasi khas kegunaan pengguna Muslim khususnya di Malaysia, iaitu Smart Quran.
Aplikasi ini dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menariknya, ia adalah aplikasi Al-Quran mudah alih pertama yang diluluskan oleh Lembaga Perlesenan dan Kawalan Percetakan Al-Quran di bawah KDN.
Ads
Terdapat pelbagai fungsi yang disediakan dalam aplikasi ini, antaranya:-
1. Pilihan surah mengikut nama surah
Pengguna boleh mencari surah-surah yang ingin dibaca melalui susunan nama surah, dari surah pertama (Al-Fatihah) sehinggalah yang terakhir; surah ke-114 (Surah An-Nas).
Difahamkan, pengguna juga boleh memainkan audio bacaan ayat Al-Quran yang dibaca oleh beberapa qari terkenal, antaranya Sheikh Abdullah Ibn Ali Basfar, Sheikh Ali al-Huzaifi, Sheikh Ibrahim al-Akhdar dan Sheikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf.
Ads
2. Pilihan surah mengikut juz
Sangat membantu, pengguna aplikasi ini boleh mencari ayat Al-Quran mengikut susunan juz. Mungkin ini sangat membantu bagi mereka yang menghafaz Al-Quran, sama ada digunakan untuk menghafaz atau mengulang hafazan (i’adah) mengikut juz.
3. Penanda halaman
Jangan risau tak sempat habiskan bacaan kerana aplikasi ini ada sediakan tetapan penanda, supaya pengguna boleh kembali menyambung bacaannya.
4. Teks ayat-ayat Al-Quran yang menggunakan format Rasm Uthmani
Format Rasm Uthmani yang digunakan ialah sama dengan mushaf-mushaf Al-Quran yang dicetak serta dilesenkan oleh KDN di negara ini. Pasti tidak akan ada keraguan tentang susunan halaman, ayat dan sebagainya.
5. Terjemahan (tafsir)
Paling menarik , aplikasi ini disediakan dengan taksir. Pengguna boleh memahami ayat demi ayat, selain turut akan menghayati terjemahannya.
6. Mod gelap
Khas untuk korang yang silau, biasanya mod gelap digunakan ketika waktu malam.
So apa lagi, jom la kita dapatkan aplikasi ini, korang boleh memuat turun aplikasi Smart Quran ini di SINI bagi pengguna peranti Android, manakala di SINI bagi peranti IOS.
Selain itu, terdapat juga aplikasi MySolat yang dibangunkan oleh JAKIM, antara ciri tambahan dalam aplikasi ini adalah penentuan arah kiblat.
Semoga bermanfaat kepada semua umat Islam di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular Indonesia, Adipati Dolken mengakui cabaran menguasai dialek bahasa Melayu dan loghat Utara hampir membuatkan dia berputus asa untuk membintangi filem Mojoku Hilang arahan Min Lim.
Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, proses uji bakat bukan sahaja memerlukan lakonan yang mantap, malah dia turut perlu bertutur dalam bahasa Melayu yang disifatkannya sebagai cukup sukar untuk dipelajari.
Tertarik Dengan Skrip, Mahu Keluar Dari Zon Selesa
Adipati berkata, dia terus tertarik untuk menerima tawaran berlakon dalam filem berkenaan sebaik membaca skrip yang disifatkannya sebagai sangat baik, selain melihat peluang itu sebagai pengalaman baharu di luar Indonesia.
“Saya sangat berminat selepas ditawarkan oleh ‘director’, Min Lim untuk membintangi Mojoku Hilang. Ini kerana, skripnya sangat bagus dan pada masa sama saya berpeluang berlakon di luar negara saya, Indonesia.
“Selain itu, dalam skrip juga memerlukan saya mencabar diri berdialek dalam bahasa Melayu dan loghat Utara kerana penggambarannya di Perlis. Jadi, saya teruja kerana belum pernah melakukannya sebelum ini.
“Bagi saya, memang sangat menarik kerana dapat keluar dari zon nyaman (selesa) saya sebagai pelakon kerana sampai bila saya harus bertahan dalam situasi keadaan yang sama dan saya harus belajar.
“Bagaimanapun, ternyata belajar bahasa Melayu itu sulit (sukar) kerana walaupun saya sudah meminta waktu untuk belajar dulu, tetapi sampai tempoh waktunya habis masih juga tidak dapat melakukannya kerana memang sangat sulit,” katanya.
Hantar Hampir 20 Video Uji Bakat Sebelum Pasrah
Sebelum dipilih menjayakan watak utama, Adipati mendedahkan dia perlu melalui sesi uji bakat secara dalam talian dengan merakam hampir 20 video bagi pelbagai babak yang diminta.
Malah, dia mengakui pernah berasa mahu mengalah kerana menyifatkan proses tersebut terlalu mencabar.
“Saya bikin (buat) banyak video kira-kira 20 rakaman yang sampai akhirnya saya menyerah kerana berasa ‘this is to much’. Jadi, saya fikir hanya berikan sahaja video itu kepada pengarah.
“Sama ada saya dapat atau tidak berlakon filem Mojoku Hilang ini, terserah. Saya sudah pasrah, namun ternyata mereka (pihak penerbit) tetap percaya kepada saya boleh melakukannya dan saya dapat ‘job’ itu,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keluarga kepada pelakon dan penyanyi tempatan, Parvin Nair Surendran (33), yang maut dalam kemalangan di Kilometer 9.9 Lebuhraya Persekutuan pada 7 Ogos lalu, merayu kepada pengguna jalan raya yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil membantu siasatan.
Menurut laporan media tempatan, Parvin terbabit dalam kemalangan motosikal berhampiran Stesen LRT UiTM Shah Alam sekitar pukul 8 hingga 9.30 malam, ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dan beliau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, adik kepada mendiang, S Yesotha berkata, setakat ini pihak keluarga masih belum menerima sebarang rakaman dashcam daripada orang awam yang melalui laluan tersebut.
“Belum ada mana-mana pihak yang tampil. Kami merayu, jika ada yang melalui kawasan tersebut pada waktu kejadian, sila semak rakaman dashcam masing-masing,” katanya.
Pada masa yang sama, Yesotha turut memaklumkan, kehilangan Parvin amat dirasai seisi keluarga, apatah lagi beliau satu-satunya anak lelaki dalam keluarga yang mempunyai tiga kakak dan seorang adik perempuan.
“Saya baru sahaja berkahwin bulan lepas, dan dia yang menguruskan segala persiapan perkahwinan saya. Kehilangannya amat memberi kesan mendalam,” ujarnya.
Sekadar info, Parvin mula dikenali menerusi drama popular seperti Kalyanam to Kadhal dan Manmadha Bullets terbitan Astro, selain membintangi filem Dhanussh. Populariti beliau semakin meningkat selepas kejayaan drama-drama tersebut.
Bagi orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman dashcam berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Yesotha di talian 012-2539309 bagi membantu siasatan.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa yang paling kita rindukan daripada zaman kanak-kanak?
Waktu Pendidikan Jasmani, tiada komitmen relationship, tak perlu memikirkan cukai pendapatan atau bayaran semula pinjaman PTP….
Eh, terlebih info pula!
Salah satu yang paling dirindui ramai juga pastinya makanan ringan atau jajan yang selalu dibeli selepas waktu sekolah. Sama ada pemandu bus sekolah yang menjualnya, babu roti yang mengelilingi kejiranan ataupun beli di tepi pintu pagar sekolah.
Kami pasti salah satu daripada 8 jajan ini pernah kamu minati dahulu sebab #KitakanMalaysia.
01
Snek Durian
Walaupun paketnya kelihatan besar daripada jajan lain seperti Mamee Monster, sebenarnya lebih angin daripada isi je. Tapi, kita masih akan membelinya kerana teringin sangat nak rasa durian. Lebih-lebih lagi bila dah habis musim macam sekarang.
02
Nano Nano
Nano Nano
Bukan snek ini saja yang popular disebabkan rasa manis- masam-masin dalam satu biji gula-gula. Tetapi juga disebabkan lagu iklannya yang popular. Cer nyanyi Nano, nano-nano, Nano..
03
Sugus
Need we say more? Sugus adalah antara gula-gula paling affordable pada zaman 90-an. 50 sen boleh dapat 5, cukuplah untuk 1 trip menaiki bus sekolah. Perasa kegemaran kami adalah ungu (anggur), korang pula?
04
Aiskrim Malaysia
Salah satu aiskrim yang paling digemari rakyat marhaen sekalian. Dulu sekadar 20 sen sebatang, sekarang ada yang berani mengecaj sehingga RM1.00 sebatang. Melampau betul.
Lebih-lebih lagi kalau yang berperisa asam boi, milo dan jagung tu.
05
Nyam Nyam
Tak tahulah apa yang membuatkan kita ketagih dengan coklat yang ada di dalam packaging Nyam Nyam. Bukannya coklat mahal pun. Tapi sekali cicah dengan biji-biji bertih tu, sedap sehingga menjilat plastik!
06
Gula-Gula Arnab
Kami masih tak dapat selesaikan misteri mengapa plastik yang membaluti bahagian dalam gula-gula ini boleh dimakan juga.
07
Gula-Gula – Hhm – Bulat Dalam Packaging Plastik?
Okay kami tak tahu apakah nama sebenar gula-gula coklat serba warna-warni ini. Tetapi kami masih ingat perisanya and it was and still is everything. Nikmat dunia weh.
08
Choki-Choki
Sorry Apollo, Mamee Monster, Super Ring, coklat bendera dan semua jajan yang sama waktu dengannya. Tapi kami tak boleh ketepikan penangan Choki-Choki. Sehingga ke hari ini, masih ada di kalangan kita yang lebih sukakan rasa coklatnya berbanding coklat premium seperti Nutella. Jangan pandang rendah dengan saiznya yang kecil okay.
Jadi, adakah korang setuju dengan pemilihan 8 jajan terbaik REMAJA?
Atau ada jajan yang korang rasakan wajib tersenarai sama? Beritahu kami di ruang komen ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!