Filem animasi tempatan, Papa Zola The Movie terus membuktikan kehebatan karya anak tempatan apabila berjaya mencatat kutipan box office memberangsangkan sebanyak RM59.8 juta di Malaysia, manakala kutipan keseluruhan mencecah RM60 juta termasuk tayangan di Brunei.

Pencapaian ini sekali gus melengkapkan kejayaan luar biasa dua filem animasi yang ditayangkan sepanjang tahun lalu. Secara keseluruhan, industri animasi tempatan merekodkan kutipan sebanyak RM118.2 juta, dengan Papa Zola The Movie meraih RM59.8 juta dan Ejen Ali The Movie 2 pula mencatat RM58.5 juta.

Sokongan Padu Penonton, Papa Zola The Movie Tembusi Kutipan RM60 Juta!

Angka ini jelas mencerminkan sokongan padu penonton tempatan serta menandakan kebangkitan animasi Malaysia sebagai penggerak penting dalam industri perfileman negara.

Sejak tayangan hari pertama, Papa Zola The Movie konsisten menarik perhatian penonton daripada pelbagai lapisan usia. Penceritaan yang dekat di hati, elemen kekeluargaan yang kuat serta humor menghiburkan menjadi antara faktor utama filem ini kekal relevan dan digemari.

Ads

Lebih membanggakan, filem ini bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya turut menyampaikan nilai murni, mesej kekeluargaan serta identiti tempatan yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Gabungan penceritaan tulus dan produksi berkualiti tinggi dilihat sebagai ramuan utama kejayaan filem ini di pawagam.

Sokongan Padu Penonton, Papa Zola The Movie Tembusi Kutipan RM60 Juta!

Pencapaian kutipan RM60 juta ini juga dianggap sebagai pemangkin inspirasi kepada penggiat kreatif tempatan untuk terus menghasilkan karya yang berani, segar dan mampu bersaing di peringkat lebih luas.

Untuk info, Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras demi menyara keluarga kecilnya. Keadaan menjadi luar jangka apabila dia bertemu semula dengan rakan lama daripada organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).

Ads

Konflik memuncak apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing, memaksa Papa Zola dan Mama Zila bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi serta melindungi dunia daripada ancaman tersebut.

Sokongan Padu Penonton, Papa Zola The Movie Tembusi Kutipan RM60 Juta!

Ads

Filem ini kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, dan bakal menemui penonton Indonesia bermula 23 Januari 2026.

Selain itu, Papa Zola The Movie turut dijadualkan ditayangkan di India, Vietnam serta pasaran Timur Tengah termasuk Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turki bermula April 2026.

Sokongan Padu Penonton, Papa Zola The Movie Tembusi Kutipan RM60 Juta!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads