
Beberapa jam lalu kecoh apabila hangat diperkatakan soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah kertas 2 didakwa telah bocor.
Menurut laporan The Star, beberapa tajuk yang diajukan di dalam kertas 2 mata pelajaran Sejarah bagi SPM sesi 2020 hari ini telah tersebar lebih awal di aplikasi Whatsapp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan pada jam 10 pagi.

Mesej berkenaan yang menampilkan senarai topik-topik dalam bahagian struktur dan juga essei. Antara topiknya ialah Penentangan di Perak, Maritim dan Wawasan 2020. Dan menurut laporan itu lagi, setelah diperiksa topik tersebut sememangnya ada di dalam soalan kertas 2 tersebut.
Untuk pengetahuan umum, mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus dan tahun ini, mata pelajaran ini telah diambil oleh lebih 401,000 calon SPM 2020.
Setakat ini tiada lagi maklum balas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan mengenai perkara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rezeki Rider! Rakyat Malaysia Sumbang Tip RM2.4 Juta Masa PKP

Inilah dikatakan rezeki yang sudah tertulis buat penghantar makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara bermula Mac lalu.
Di saat keadaan ekonomi menggusarkan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), kemurahan hati rakyat Malaysia tetap terserlah.
Sepanjang tempoh itu, pemandu dan penghantar Grab dilapor menerima tip terkumpul berjumlah lebih RM2.4 juta.
Jumlah keseluruhan sumbangan tip ini mencatatkan peningkatan sebanyak 75 peratus berbanding tempoh sebelum PKP, kongsi syarikat e-hailing Grab di laman web rasmi.
Malah, seorang pengguna aplikasi itu dilapor menyumbang tip berjumlah RM500 sebagai tanda penghargaan.
“Tidak kira apa pekerjaan atau situasi anda, kita semua boleh saling membantu antara satu sama lain.
"Ia hanya memerlukan satu tindakan baik,” kata pengguna itu dalam komennya yang dikongsikan di laman web Grab.
Lembah Klang merekodkan jumlah pengguna paling ramai menyumbang tip dengan lebih RM160,000 secara kumulatif.
Ia diikuti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching.
Sementara itu, Kuala Terengganu pula mencatatkan purata tip tertinggi bagi setiap tempahan menerusi aplikasi itu.
Menurut Grab, analisis mereka mendapati trend sumbangan tip semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sepanjang pelaksanaan PKP, satu tip direkodkan dalam 30 tempahan menerusi Grab berbanding satu tip bagi setiap 100 tempahan sebelum tempoh PKP.
Secara purata, rakyat Malaysia menyumbang tip berjumlah lebih RM30,000 setiap hari kepada pemandu dan penghantar Grab.
Rata-rata rakyat semakin banyak menggunakan perkhidmatan penghantaran barang dan makanan apabila premis perniagaan perlu ditutup dan rakyat dikehendaki duduk di rumah bagi mengekang penularan COVID-19.
Antara semua perkhidmatan yang disediakan Grab, penghantaran makanan atau GrabFood meraih sumbangan tip tertinggi dengan jumlah kumulatif lebih RM2 juta.
Ekoran trend pemberian tip yang semakin meningkat, Grab kini membenarkan pengguna memberi tip ketika perjalanan masih berlangsung.
Ini bermakna pengguna tidak perlu lagi menunggu sehingga perjalanan atau perkhidmatan diselesaikan untuk menyumbang tip. Sumber : Astro Awani / Foto : Sam Fong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pecah Rekod, Remaja 17 Tahun Jadi Juruterbang Termuda Terbang Solo Keliling Dunia

Mungkin, rata-rata remaja seusianya baru menduduki Peperiksaan SPM di Malaysia.
Jika sebelum ini Zara Rutherford yang berusia 19 tahun direkodkan sebagai juruterbang wanita termuda mengelilingi dunia secara solo.
ARTIKEL BERKAITAN : Juruterbang Remaja Termuda Mengelilingi Dunia Secara Solo, Kenali Zara Rutherford

Terbaru, seorang remaja berusia 17 tahun diiktiraf sebagai seorang juruterbang termuda dalam sejarah. Hal ini selepas beliau berjaya melaksanakan penerbangan solo mengelilingi dunia, sekaligus muncul sebagai juruterbang paling muda yang berbuat demikian.
Lebih manis lagi, Mack Rutherford menyambut kelahiran ke-17 ketika dalam penerbangannya juga muncul sebagai antara juruterbang termuda mengelilingi dunia menggunakan pesawat ringan. Misi tersebut bermula kira-kira lima bulan lalu dan tamat apabila Mack mendarat di Bulgaria, Rabu lepas.
Rekod Dunia Guiness
Kejayaan itu sekaligus membolehkan Mack diberi pengiktirafan sebagai salah seorang pemegang rekod dunia Guiness. Beliau berjaya memecahkan rekod juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo yang dipegang oleh Travis Ludlow yang berumur 18 tahun ketika menyelesaikan misi itu pada tahun lepas.

Dalam misinya itu, Mack terbang melintas sebanyak 52 buah negara di lima benua. Untuk memecahkan “Guinness World Records”, dia melalui kawasan khatulistiwa sebanyak dua kali.
Dilahirkan dalam keluarga juruterbang, Mack memperoleh lesen penerbangan pada 2020, sekaligus muncul sebagai juruterbang termuda di dunia pada usia masih 15 tahun ketika itu. Kakaknya, Zara, 19, juga berjaya menamatkan penerbangan solo global Januari lalu.
Hebat sungguh remaja-remaja zaman sekarang. Korang pernah ke terfikir untuk mengelilingi dunia seorang diri?
BACA : Cantik & Pantas Bertindak, Juruterbang Wanita Monica Khanna Selamatkan Nyawa 185 Penumpang
Sumber: NBCNews
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tiada Siapa Paksa Saya..” – Tanggal Hijab Keputusan Peribadi Emma Maembong

Sedih juga apabila kami sebagai rakan media dan rakan selebriti, Emma Maembong perlu melaporkan berita sebegini..
Namun seperti yang dinyatakan sebentar saja tadi oleh Emma melalui klip Instagram Live bersama rakan di Rotikaya, dia menegaskan bahawa tiada siapa yang memaksanya untuk memakai hijab 4 tahun lalu mahupun memaksanya menanggalkan hijab sekarang.
Keputusan tersebut 100 peratus datang daripada dirinya sendiri. Walaupun tahu akan kesalahannya tersebut, Emma enggan sesiapa untuk menunding jari terhadap ahli keluarganya dan kenalan rapatnya sebagai punca dia menanggalkan hijab.
”4 tahun lalu, saya memakainya atas kehendak sendiri. Walaupun saya dikelilingi oleh rakan yang tidak berhijab dan tidak semua ahli keluarga saya juga berhijab, saya peroleh kekuatan untuk teruskan dengan niat (untuk berhijab) daripada mereka juga.
”Mereka fahami kehendak dan keperluan saya sepanjang tempoh itu. Jadi janganlah mereka dibebankan pula dengan cerita yang tak benar.
“Sejak ura-ura ini keluar, masih ramai yang menasihati saya secara baik dan untuk itu saya amat berterima kasih.

”Kalau ada kelakuan saya yang kurang disenangi, tegurlah saya, nasihat dan motivate saya secara baik. Jangan pula merekacipta dan memburukkan keadaan,” pinta Emma yang dilihat sudah tidak berhijab di dalam temuramah tersebut.
Ditanya mengenai gelaran yang dihambur netizen kepada Emma – antaranya seperti hipokrit mungkin kerana Emma sendiri pernah melancarkan koleksi hijab sebelum ini, dia merasakan mereka tidak layak untuk menggelarnya sebegitu.

”Semua orang ada lakukan kesilapan dan semua orang ada jalan kehidupan masing-masing. Saya mungkin tak pernah melalui kepayahan yang kamu lalui dan sebaliknya begitu juga.
”Tak apalah, saya terima saja kata-kata mereka. Asalkan saya ada keluarga dan kenalan rapat yang memberi sokongan dan motivasi dari belakang, cukuplah.”
Keputusan Emma Maembong untuk menanggalkan hijab berlaku selepas insiden gambarnya tanpa hijab dan berseluar pendek tersebar di internet minggu lalu. Ia diikuti dengan penjelasan daripada Emma sendiri yang memohon maaf atas kekhilafannya serta penjelasan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang berada di dalam gambar tersebut.

Setiap manusia itu ada cabaran hidupnya dan ini adalah cabaran untuk insan bernama Emma Maembong. Semoga dia tabah dan kita doakan dirinya serta diri kita sendiri untuk perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

