Baru-baru ini, skuad Mobile Legends Bang Bang (MLBB) wanita Malaysia berjaya mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam acara e-Sukan, pada semalam.

Dalam pada itu, kejayaan tersebut diraih selepas skuad kebangsaan menewaskan pasukan pilihan, Filipina, dalam aksi final yang berlangsung di Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand.

Pada masa yang sama, skuad negara yang dibarisi oleh Qurratul Ain Nurfarisha Nizam, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali, Hanis Wahidah Dashuki, Queenie Lim dan Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi juga mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan.

Skuad MLBB Wanita Malaysia Cipta Sejarah! Raih Emas Di Sukan SEA 2025 Skuad MLBB Wanita Malaysia Cipta Sejarah! Raih Emas Di Sukan SEA 2025

Ads

Dalam perlawanan penentuan pingat emas itu, Malaysia mencipta kejutan apabila menewaskan Filipina dengan keputusan 4-3 dalam perlawanan yang sengit dan mendebarkan.

Kemenangan bersejarah berkenaan turut menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam saingan MLBB wanita sejak acara tersebut diperkenalkan pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Di samping itu, ia juga merupakan pingat emas pertama Malaysia dalam acara MLBB sejak sukan itu dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan SEA 2019 di Manila.

Ads

Skuad MLBB Wanita Malaysia Cipta Sejarah! Raih Emas Di Sukan SEA 2025

Kejayaan skuad wanita negara ini turut menamatkan kemarau pingat emas Malaysia dalam e-Sukan sejak edisi Sukan SEA Manila 2019, ketika Dr Yew Weng Kean muncul juara dalam acara Hearthstone.

Ads

Sementara itu, bagi skuad MLBB lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-4 kepada Filipina dalam aksi final yang berlangsung lebih awal.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads