Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang, Pahang baru-baru ini mencipta nama apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Kategori Kreatif Junior (Technic) di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan.
Pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung selama dua hari bermula 18 Januari itu, memberikan peluang kepada para peserta untuk bekerjasama menyelesaikan masalah dunia sebenar menerusi robotik.
Ia sekaligus membentuk generasi pemimpin masa depan yang peka akan perkembangan industri dan teknologi.
Dalam pada itu, pelajar SK Permatang Keledang, Matthew Jambai (12) berkongsi keterujaan menerusi pertandingan itu yang mengangkat nama sekolahnya sekaligus negara Malaysia.
“Melalui bengkel dan program ini, saya telah belajar membina dan mengawal robot, dan pengalaman ini sangat menyeronokkan. Saya juga bangga kerana dapat bertanding di pertandingan ini dan saya ingin menjadi seorang guru pada masa depan untuk memberi inspirasi kepada orang lain dalam bidang robotik,” katanya.
Ads
Sementara itu, guru pengiring, Mohd Zulkhairi berkata, kejohanan seperti ini membantu dalam memberikan inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk meminati pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Terima kasih kepada Petrosains kerana menganjurkan program Petrosains Tech4All untuk pelajar Orang Asli. Saya dapat menyaksikan peningkatan yang luar biasa dari segi keyakinan dan kemahiran pelajar dalam pembelajaran robotik,” katanya.
Pada masa yang sama, International Robot Olympiad ke-26 menyaksikan dua lagi penyertaan pasukan dari Malaysia yang diwakili pelajar SK Kampong Layau, Johor dan SK Sri Permai, Kelantan.
Ads
Seramai sembilan pelajar Orang Asli bersaing dalam Kategori Kreatif Junior yang mana mereka ditugaskan mencipta dan membentangkan penyelesaian robotik bagi menangani cabaran dunia sebenar.
Selain itu, menurut pelajar SK Kampong Layau, Muhammad Fahrin Ammar (11) berkata, pengalaman itu telah mengubah hidupnya.
“Pada mulanya, saya tidak berminat dengan robotik tetapi mula menyukainya selepas menyertai bengkel Petrosains Tech4All dan pertandingan ini. Saya belajar berkomunikasi dengan lebih baik, mengenali kawan baharu dan keyakinan diri pun meningkat. Gembira sangat kerana dapat mewakili Malaysia dan membanggakan keluarga,” katanya yang juga merupakan anak nelayan.
Ads
Seorang lagi peserta dari SK Sri Permai, Suzie Kidiee (11) berkongsi bahawa perjalanan robotiknya bermula menerusi galakan guru untuk menyertai program Petrosains Tech4All.
“Sebelum ini, saya merasakan pengaturcaraan mencabar tetapi kini dapat menguasainya selepas menyertai bengkel Petrosains Tech4All dan Petrosains RBTX Challenge 2024, yang membantu membuka potensi untuk berinovasi dan mencipta”
“Saya ingin menjadi seorang guru untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk berinovasi dan mencapai impian mereka,” kata Suzie yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara terkenal dengan K-pop itu.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil susulan kenyataan yang keluar daripada Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE). Umum wakilnya, ia menjangkakan hari terakhir Ramadan berkemungkinan jatuh pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023.
Menurut portal Gulf News pula, beberapa negara di benua Asia dan negara-negara serantaunya termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat anak bulan Syawal dengan mata kasar sekalipun menggunakan teleskop khas.
Jelas portal tersebut lagi, beberapa negara Islam lain bagaimanapun berkemungkinan akan menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut (Khamis).
“Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya (lalu) menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.”
Hmm…buat sahajalah persiapan awal kan. Tidaklah ‘kalut’ nanti.
Yang penting bagi kita yang berada di Malaysia, sama-samalah kita menantikan pengisytiharan tarikh 1 Syawal oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu. Selagi tiada pengumuman rasmi, jangan percayakan sumber lain ya.
Putera Harry dan Meghan Markle telah selamat menerima ahli baharu dalam keluarga mereka pada 4 Jun yang lalu. Dilahirkan di California, Amerika Syarikat dengan berat 3.48kg, bayi perempuan itu diberi nama Lilibet “Lili” Diana Mountbatten-Windsor.
Gabungan nama yang indah itu mewakili nama nenda dan juga bonda Putera Harry. Lilibet merupakan nama manja Ratu Elizabeth II dalam kalangan keluarga manakala Diana sudah semestinya mewakili nama mendiang Puteri Diana, Princess of Wales.
Dalam laporan, Harper’s Bazaar menerusi sumber terdekat istana, Putera Harry telah memberitahu hajat untuk menamakan anak keduanya dengan nama tersebut kepada nendanya terlebih dahulu.
Sebelum ini pasangan Diraja yang dikenali dengan gelaran Duke and Duchess of Sussex ini sudah memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Archie Harrison Mountbaten-Windsor yang kini sudah berusia dua tahu.
Meghan Markle bersama anak sulungnya, Archie. Sumber gambar: The Duke of Sussex/@savechildrenUK
Umum mengetahui tentang kontroversi yang melanda keluarga DiRaja Britain apabila Putera Harry dan isteri, Meghan Markle mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi ‘working royal’. Mereka mahu membina kehidupan sendiri tanpa perlu dibayangi oleh Istana.
Kemunculan dalam satu temubual bersama Oprah menambahkan lagi kontoversi apabila pasangan ini menceritakan pelbagai kisah yang dilihat seolah-olah membuka pekung keluarga DiRaja. Keberanian mereka bercerita mendapat reaksi bercampur baur, ada yang memuji dan ada yang menyifatkan tindakan mereka tidak matang.
Mungkinkah dengan kelahiran Lilibet akan merapatkan kembali hubungan Putera Harry dan keluarga DiRaja yang lain?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Subjek Perakaunan sememangnya bukan sesuatu yang mudah. Ia menuntut tahap ketelitian yang tinggi, kemahiran analisis serta ketajaman minda untuk memahami setiap konsep dan prinsip yang diajar.
Namun, bagi seorang pelajar Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan, Mohamad Hadif Mohamad Rosli, kesukaran dalam mata pelajaran itu tidak dijadikan alasan untuk berundur. Sebaliknya, ia menjadi cabaran yang membakar semangatnya untuk terus berusaha dan mencipta kejayaan.
Berpegang kepada prinsip bahawa usaha berterusan dan disiplin diri merupakan kunci utama kecemerlangan, Mohamad Hadif membuktikan bahawa kerja keras tidak pernah mengkhianati hasil.
Pelajar Tahun Dua Program A-Level Australia di Kolej MARA Seremban itu diumumkan sebagai penerima anugerah Top in Malaysia bagi subjek Perakaunan dalam peperiksaan AS Level Mei/Jun 2025.
Lebih membanggakan, Mohamad Hadif turut tersenarai sebagai salah seorang daripada 339 pelajar cemerlang yang menerima pengiktirafan dalam Outstanding Cambridge Learner Awards, yang berlangsung di Dwi Emas International School baru-baru ini.
Kejayaan anak muda ini bukan sahaja mengharumkan nama keluarga dan institusi, malah menjadi bukti bahawa setiap cabaran mampu ditukar menjadi peluang apabila disertai dengan kesungguhan, disiplin dan keyakinan diri.
Kisah Mohamad Hadif pastinya menjadi inspirasi buat para pelajar lain untuk tidak takut mencuba dan terus melangkah ke hadapan demi mencapai impian mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Bestari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syed Saddiq berjaya menyumbangkan lebih RM4.5 juta sepanjang tahun 2025 hasil kolaborasi bersama jenama tempatan bagi membantu kebajikan penduduk Parlimen Muar.