Personaliti media sosial yang juga bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengakui kehidupannya kini semakin baik apabila tekad memilih untuk menetap di Australia.
Kata ibu kepada sepasang cahaya mata itu, sebelum ini dia pernah mempertikaikan tentang nasib dirinya sehingga diduga dengan pelbagai dugaan hidup.
“Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik. Jika dulu hidup bagaimana, tetapi sekarang ini Allah memberikan kepada saya kualiti hidup yang lebih baik.
“Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini. Saya bukan hendak berlagak, tetapi saya hendak kalian semua percaya Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu,” katanya dalam satu siaran langsung TikTok.
Ads
Tambahnya lagi, kehidupan yang lebih baik itu bukan bermaksud dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki atau ingin menunjuk kehidupan kini lebih baik berbanding sebelumnya.
“Saya katakan Allah akan menggantikan kita dengan yang lebih baik itu, bukan bermaksud menggantikan lelaki yang lebih baik. Tidak, saya di sini tiada sesiapa dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki.
“Setiap daripada kita mempunyai ujian hidup masing-masing. Saya juga bukan orang baik dan tidak lari daripada berbuat dosa, tetapi paling utama perlu meletakkan Allah sebagai nombor satu, insya-Allah,” tuturnya panjang.
Awal Ogos lalu, Shuhada memaklumkan dia kini bersama dua cahaya masa tersayangnya sudah berhijrah ke Australia dan difahamkan menetap di Melbourne bagi menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan.
Ads
Malah dia juga tidak menolak untuk terus menetap di Australia dan tidak merancang untuk kembali ke tanah air dalam tempoh masa terdekat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon, Harris Annuar menitiskan air matanya ketika sesi siaran langsung di TikTok, ketika sedang menjual kuih bangkit buat kali pertama.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik semula video itu yang dilihat sedang mempromosikan empat jenis kuih bangkit yang dijual sambil mengalirkan air mata.
Kata bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia menzahirkan kesyukuran apabila kenalan dan para pengikutnya memberi sokongan bagi membantu perniagaannya.
“Kalau saya rasa saya susah ada lagi susah daripada saya. Terima kasih semua yang support saya harini, ada masa ketika kita susah kawan-kawan dan followers yang bantu.
“Tapi Allah tak pernah berhenti bantu kita. Tak dapat terucap macam mana bersyukurnya,” katanya.
Menerusi siaran langsung di TikTok pada pagi Selasa, anak kepada usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton itu tampil mendedahkan punca dirinya menangis.
Tambahnya, dia mengatakan mahu bangkit semula selepas beberapa kali jatuh ditimpa tangga.
“Saya tolak harga modal (kuih bangkit) untuk saya jual balik dan bayar dekat supplier. Saya buat silap besar saya tak terfikir awal dan saya baru sedar benda tu. Itu yang semalam saya menangis breakdown sampai saya tak boleh nak jumpa orang.
“Satu jatuh tangga dan buat pembedahan. Satu lagi jatuh sebab saya kena bayar duit modal balik sebab saya tak ada duit nak bayar. Itu yang saya terpaksa nak habiskan stok kuih ini semua,” ujarnya.
Sebelum ini, bekas Hero Remaja itu memaklumkan dirinya telah selamat menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) gara-gara jatuh tangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berkuat kuasa 1 Januari 2022, gaji minimum baharu untuk pekerja Gred G di AEON Co (M) Bhd dan Aeon BiG (M) Sdn Bhd (AEON Malaysia) telahpun dinaikkan dari RM1,200 kepada RM1,500 sebulan.
Jumlah tersebut merujuk kepada gaji pokok dan tidak termasuk elaun atau insentif lain yang ditawarkan oleh syarikat tersebut kepada pekerja mereka.
AEON bertindak untuk menaikkan gaji minimum tersebut lebih awal dari taikh yang disyorkan kerajaan iaitu pada tahun 2022 demi kebajikan pekerjanya dan ia telahpun disambut baik oleh Kementerian Sumber Manusia, dalam laporan semalam.
Selari dengan inisiatif kelestarian AEON Sayap Bagimu dengan misi untuk memberikan peluang, dorongan dan sokongan kepada 13,000 orang pekerja di cawangan AEON seluruh negara, kenaikan ini diharap dapat meringankan kos kehidupan terutamanya bagi yang baru memulakan alam pekerjaan mereka.
Dalam skop yang lebih luas, kenaikkan gaji minimum ini akan menyediakan persekitaran pekerjaan yang lebih baik dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi kerana lebih ramai pihak kini mempunyai kuasa pembeli.
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan oleh syarikat tersebut adalah pada 1 Februari 2020 dari RM1,100 ke RM1,200 sebulan.
Apa pendapat korang, ngam tak gaji minimum di AEON sekarang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah bosan dengan percutian menaiki pesawat, apa kata korang cuba rasai pengalaman baru dengan bercuti menaiki kapal persiaran mewah.
Jenama kapal persiaran mewah, Resorts World Cruises baru-baru ini telah mengumumkan kapal utamanya, Genting Dream bakal belayar dari Singapura ke destinasi antarabangsa mulai 1 Julai ini. Ia termasuk pelayaran ke Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) dan Pulau Pinang di Malaysia serta Kepulauan Bintan dan Batam di Indonesia.
Jelas presiden Resorts World Cruises itu lagi, pihak mereka akan terus menambah lebih banyak destinasi popular ke Phuket dan Krabi di Thailand dan North Bali di Indonesia bermula Oktober 2022 bagi menyediakan lebih banyak pilihan destinasi kepada para pelanggan.
Dikhabarkan, persiaran tiga malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson)- Pulau Pinang akan berlayar bermula 3 Julai, manakala pesiaran dua malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) akan berlayar pada hari Rabu. Destinasi pertama pelayaran adalah pada 1 Julai dengan pesiaran dua malam di Kepulauan Bintan dan Batam.
Sebelum ini mungkin ramai yang mengembara dengan pengangkutan darat atau udara sampaikan pengangkutan air pun kadang-kadang selalu terlepas pandang. Ia memang pengalaman yang cukup berbeza jika korang menaiki pengangkutan air ke destinasi idaman. Korang juga berpeluang menikmati pemandangan laut yang indah dan banyak aktiviti yang dilakukan di atas kapal sepanjang pelayaran.
Nah, apa tunggu lagi. Selepas ini bolehlah rancang percutian menaiki kapal pesiaran mewah pula ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!