Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian peminat baru-baru ini apabila berjaya meraih dua pengiktirafan daripada Asean Records dan Asia Records menerusi kejayaan penganjuran Konsert Legacy 30 dan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung pada Oktober lalu.
Difahamkan, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti meraih pengiktirafan berkenaan selepas kedua-dua konsert tersebut berjaya menghimpunkan seramai 145,000 penonton dalam tempoh 10 bulan, sekaligus membuktikan pengaruh luar biasa beliau dalam industri muzik.
Pengiktirafan tersebut disampaikan pada Majlis Malam Apresiasi Meraikan Kejayaan Konsert Legacy 30 dan Konsert Tradisional Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di KLGCC Convention Centre, Bukit Kiara, pada Isnin.
Menerusi pencapaian itu, Tokti menerima pengiktirafan bagi kategori Jumlah Kehadiran Gabungan Tertinggi bagi Dua Konsert Solo di Stadium oleh Artis Rakaman Berbahasa Melayu. Konsert Legacy 30 yang berlangsung pada 10 Januari lalu mencatatkan kehadiran 72,000 penonton, manakala Gema Bumantara pada 17 Oktober lalu berjaya menarik seramai 73,000 peminat.
Ads
Bukan itu sahaja, Konsert Gema Bumantara turut melayakkan penyanyi nombor satu negara itu menerima pengiktirafan bagi kategori Konsert Muzik Tradisional Solo Terbesar dan Paling Ramai Dihadiri oleh Artis Rakaman Wanita.
Lebih membanggakan lagu, konsert berkenaan menampilkan sebanyak 34 lagu tradisional menerusi persembahan yang berlangsung selama lebih tiga jam 30 minit. Kejayaan tersebut sekaligus membuktikan muzik tradisional dan warisan Nusantara masih mendapat tempat di hati masyarakat apabila dipersembahkan dengan produksi bertaraf tinggi.
Ads
Dua pengiktirafan berprestij itu disampaikan oleh Penasihat Rekod Asean dan Asia, Tan Sri Profesor Abdul Latiff Abu Bakar. Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari serta Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Dalam pada itu, majlis apresiasi tersebut turut menjadi ruang penghargaan buat barisan pemuzik, tenaga produksi dan kru yang bertungkus-lumus menjayakan kedua-dua konsert berkenaan. Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan termasuklah Noh Salleh, Hafiz Suip, Haziq Rosebi, Umairah dan Odda.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas anggota kumpulan K-Pop terkenal Wanna One, Lai Kuanlin atau Kuanlin baru-baru ini mengumumkan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk mengakhiri kerjayanya dalam industri hiburan.
Perkara itu dilaporkan oleh media Naver selepas Kuanlin memuat naik sebuah posting mengenai hal tersebut.
“Setelah membuat pertimbangan dengan berhati-hati, saya memutuskan untuk mengubah arah. Akaun ini akan dikelola oleh staff kerana terdapat perubahan dalam rancangan kerjaya saya”
Semua gambar dan perkongsian di akaun Instagram Kuanlin @official_lai_kuanlin juga telah dipadam dan ia telah diserahkan kepada pekerja untuk pengendalian seterusnya pada masa akan datang.
Kredit: Instagram Kuanlin
Bekas penyanyi itu juga difahamkan akan memilih kerjaya sebagai pengarah filem selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif sebagai penyanyi.
Lai Kuanlin sebelum ini pernah mengarah sebuah filem pendek di China selepas mempunyai konflik dengan bekas agensinya, Cube Entertainment.
Film yang berjudul The Battle of Winter and Summer berhasil memenangkan lima penghargaan, termasuk penghargaan Pengarah Terbaik, Filem Terbaik, dan Pelakon Terbaik di Prisma Roma Independent Film Awards.
Setelah berjaya menerima anugerah ini, pada tahun lalu Kuanlin dilaporkan telah mendaftar di Beijing Film Academy untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem.
Setelah menemui bakatnya dalam bidang pengarahan filem, Kuanlin memutuskan untuk mengubah bidang kerjayanya dan pencen dari dunia hiburan. Keputusannya ini mendapat sokongan dan ia diterima dengan baik oleh peminat.
Sekadar info, Lai Kuanlin sebelum ini pernah menganggotai kumpulan K–Pop Wanna One selepas muncul dalam program Produce 101. Kumpulan itu telah dibubarkan pada 2019 atas beberapa sebab tertentu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu, golongan pemandu ditegah daripada menggelapkan cermin kereta mereka secara keterlaluan.
Tetapi sekarang peraturan itu telah dilonggarkan bermula hari esok untuk memberikan keselesaan kepada seisi keluarga. Selesalah korang untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri ini.
Cuma, penulis memerhatikan ramai netizen yang mempunyai pelbagai jenis soalan bagi tujuan clarification mengenai isu ini.
Antara soalan atau komen netizen yang paling kerap beruland di ruang komen termasuklah..
Mengapa Perlu Bayar RM50?
Fi permohonan dan pemprosesan baru ini diperkenalkan oleh kerajaan dan pemohon dikenakan caj RM50 atas setiap kelulusan menggunaan cermin yang lebih gelap.
Ramai bertanya mengapa adanya caj ekstra ini? Menurut Abthony, ia bertujuan untuk “meningkatkan hasil pendapatan kerajaan.”
Kenapa Sekarang Baru Boleh?
Sebelum ini, Kementerian tidak mengenakan bayaran pemprosesan. Pemandu hanya perlu mendapatkan kelulusan daripada Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sejak 2011 hingga 2018, sebanyak 20,000 kenderaan pernah diluluskan untuk menggelapkan cermin. Disebabkan jumlah yang tinggi itu, caj yang dikenakan sedikit sebanyak boleh menambah pendapatan negara.
Bagaimanapun, bagi pemandu yang mempunyai pengesahan bertulis sah daripada pakar perubatan kerajaan untuk menggelapkan cermin atas faktor kesihatan, korang boleh dikecualikan daripada sebarang caj.
Siapa Yang Boleh Memohon?
Permohonan boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam (seperti Grab) dan barangan saja. Tujuannya adalah untuk faktor keselesaan, keselamatan (terutamanya untuk pemandu wanita keseorangan) dan juga kesihatan.
Bermaksud Semua Orang Boleh Memohon?
Tak semua. Jika pemohon mempunyai kes jenayah dan kes saman tertunggak, JPJ dan kementerian mempunyai hak untuk menolak permohonan. Dia harus menjelaskan terlebih dahulu bayaran saman tersebut.
How Dark Is Too Dark?
Kadar ketelusan cahaya untuk bahagian hadapan tidak boleh kurang daripada 70 peratus manakala untuk cermin sisi kanan dan kiri pemandu segelap 50 peratus saja.
Menariknya, cermin belakang, cermin sisi kanan penumpang belakang dan cermin sisi kiri penumpang belakang tidak mempunyai had kadar ketelusan cahaya!
Sedaplah korang nak tidur dekat belakang semasa balik kampung nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Aizat Amdan bukan nama asing dalam industri muzik tempatan. Pernah cipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air, Aizat kembali jadi perhatian apabila beliau mengumumkan bakal bertarung dalam sukan Muay Thai Oktober ini.
Sejak kebelakangan ini, ramai peminat tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Aizat, terutamanya selepas beliau mengambil keputusan untuk menyepi dari dunia seni.
“Lebih setahun saya diamkan mengenainya. Tapi saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang saya akan bertarung dalam pertarungan Muay thai amatur pertama saya pada 12 Oktober ini.
“Latihannya dia tak kelakar. Rutin pagi petang berlatih, balik tidur. Doakan semoga semua berjalan lancar. Kalau anda semua nak tengok latihan dia macam mana, esok saya mulakan berkongsi di Instagram Story,” kata Aizat.
Aizat
Menerusi video-video yang dikongsikan, ternyata basah lencun Aizat berlatih bersungguh-sungguh sempena debut pertarungan Muay Thai tidak lama lagi.
Rata-rata komen dari rakan dan peminat Aizat turut memberikan sokongan jitu dan mendoakan kemenangan beliau.
Moga Aizat berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut sukan Muay Thai amatur pertamanya.