Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedikasikan ucapan teristimewa buat cahaya mata keduanya, Muhammad Afwa Khalid sempena ulang tahun kelahirannya yang ke tiga tahun.
Menerusi satu perkongsian di entri Instagram, penyanyi lagu popular Sesuci Lebaran itu dilihat berkongsi beberapa foto Afwa sejak dilahirkan sehingga kini.
“Sannah helwah anakku Muhammad Afwa Khalid… Tumbuhlah membesar menjadi anak yang Soleh, taat pada perintah Allah.
Ads
“Dan ajaran Rasullullah, berbakti kepada ibubapa, pemimpin yang hebat beradab dan bermanafaat kepada masyarakat… #Afwamanjaibu,” coretnya di ruangan kapsyen.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir buat Afwa, malah ramai yang meluahkan rasa geram melihat wajah comel anak lelaki Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini.
Ads
“Gebu Afwa. Happy birthday boy kesayangan ibu,” komen seorang pengguna.
“Happy birthday Afwa. Geramnya tengok Afwa ini,” komen pengguna lain.
Sekadar info, Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.
Ads
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, dan Muhammad Afwa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, anak sulung kepada penyanyi Lan Solo, Nur Amna Qaleesya (15) mencuri perhatian masyarakat apabila beliau dan pasukannya muncul sebagai juara kategori tarian kuartet di 3rd International Competition ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis.
Menerusi perkongsian di Instagram milik Lan, beliau menzahirkan rasa bangga dan bersyukur atas kejayaan yang diraih oleh puteri kesayangan bersama rakan-rakan yang mewakili Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL) membawa pulang tempat pertama dan anugerah tertinggi iaitu Grand Prix.
“Nak throwback sikit video kakak lah. Ya betul dia memang suka menari, sangat suka!”
Kredit foto: Instagram Lan SoloKredit foto: Instagram Lan Solo
“Kami sebagai ibu bapa sangat sokong apa minat anak dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak,” tulisnya.
“Alhamdulilah petang semalam di Paris, dia dan kawan-kawan buktikan bahawa seni juga ada masa depan yang baik serta mampu menjadi wira negara Malaysia,” katanya.
“Tahniah sekali lagi buat seluruh pasukan SSEMKL atas kejayaan ini! Daddy bangga,” ujar Lan.
Kredit foto: Instagram Lan SoloKredit foto: Instagram Lan Solo
Dalam pada itu, Nur Amna dan kumpulan tarian SSEMKL difahamkan berada di Perancis sejak dua minggu lalu diiringi guru dan ibunya, Nur Sheila Hassim.
Pada masa yang sama, menurut perkongsian SSEMKL di Facebook, kuartet itu diwakili oleh empat pelajar bidang seni tari iaitu Nur Amna Qaleesya, Emmylis Damia Azuan, Adriana Nur Alya Qistina Mohd Uyub dan Putri Diana Ellysa binti Zainol Abidin.
Menerusi pertanding yang sama, mereka telah menewaskan tujuh lagi negara yang bertanding antaranya Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia.
“Kemenangan ini merupakan bukti bahawa bakat dan semangat juang mereka yang tinggi mampu menembusi sempadan dunia”
Kredit foto: Instagram Lan Solo
“Terima kasih kerana telah mengangkat nama sekolah dan nama negara dengan penuh bermaruah,” tulisnya menerusi perkongsian yang sama.
“Semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepada lebih banyak kejayaan bertaraf dunia! Teruskan melakar kejayaan,” kata SSEMKL.
Sekadar info, sebanyak 64 penyertaan dari seluruh dunia bertanding dalam di Festival Antarabangsa Les Étoiles de Paris 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama bintang muda ini mungkin baru didengari dalam industri hiburan tanah air. Pemilik nama Sara Mack Lubis ini mula bergiat aktif dalam dunia seni menerusi karya-karya ‘indie’.
Berkelulusan dalam bidang guaman dan pada masa sama sebagai seorang anak seni, ia bukanlah suatu perkara yang rumit untuk seimbangkan antara kedua karier tersebut jika ia adalah sebuah ‘passion’.
Memandangkan juga sebagai seorang peguam dan pelakon adalah ‘passion‘ wanita ini. Dan, sama seperti orang lain, dia juga memiliki hasrat besar yang mahu dicapai bukan sekadar sebagai pelakon malah dalam karier profesionalnya itu.
Berkongsi kepada Remaja, selain bergiat aktif dalam dunia lakonan, dia turut mempunyai hasrat untuk mengembangkan karier profesionalnya itu agar dapat membantu masyarakat di luar sana.
Dalam perancangan untuk memiliki lesen syariah, Sara juga menitipkan harapan besarnya agar dapat membantu dan membela para wanita yang kurang bernasib baik terutama buat mereka yang sedang dalam pergolakan rumah tangga.
“Saya sebenarnya seorang peguam bela dan peguam cara. Bagi mengembangkan karier saya dalam bidang ini adalah saya ingin membantu orang ramai terutama golongan wanita yang tertindas.
“Jadi, untuk tahun ini saya merancang untuk mengambil lesen syariah bagi membolehkan saya membantu wanita-wanita di luar sana, terutama suri rumah, yang tiada punca pendapatan dan keluar daripada rumah tangga yang sedang broken down atau sebagainya,” ujarnya.
Bertanya mengenai kariernya selain berlakon, pelakon naskhah terbaharu Nenek Bongkok Tiga ini memaklumkan dia turut bergiat aktif dalam sebuah organisasi aktivis kemanusiaan iaitu HungerHurts Malaysia.
Selain itu, pelakon persis wajah pelakon sweet Qismina ini berkongsi dia juga amat meminati solekan dan lukisan, sejak dia bergelar mahasiswa lagi.
“Sebenarnya saya ada perkara lain yang saya lakukan, maksudnya semasa saya di law school, saya amat sukakan solekan. Selain itu, saya juga suka paint dan saya seorang painter. Selain itu, saya juga terlibat dalam sebuah organisasi iaitu HungerHurts Malaysia,” tambah Sara.
Minatnya terhadap lakonan sejak kecil lagi. Tidak hairanlah, lakonan bintang filem Kabus ini jarang sekali menghampakan pencinta karya tanah air. Katanya, selagi diperlukan dalam industri, dia akan lakukan yang terbaik semampunya dan tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi.
“Ya, sejak kecil lagi berlakon ini adalah passion saya. Jadi, disebabkan itu saya hargai sahaja peluang yang ada untuk saya mengembangkan lagi karier bidang lakonan saya Untuk masa akan datang pula, tetap akan berada di sini selagi saya diperlukan dalam industri ini.
“Tetapi seperti apa yang saya cakap, saya ingin berikan tumpuan juga kepada karier guaman. Bagi saya, sepanjang kehidupan saya ini adalah untuk memberi perkhidmatan buat masyarakat,” tuturnya panjang.
Perkembangan terkini, Sara membintangi siri terbaharu Viu arahan Datuk Abdul Halim, berjudul Nenek Bongkok Tiga. Naskhah tersebut turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Hun Haqeem, Syafie Naswip, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Rykal Iskandar, Sherie Merlis, dan Sara Ali.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengumuman bantuan Peruntukan Nasional 2020 semalam oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sedikit sebanyak melegakan rakyat.
Di saat getir penularan Covid-19 ini, ramai pihak yang khuatir mereka tidak dapat melangsungkan kehidupan setelah punca pendapatan masing-masing tersekat sepanjang tempohh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Ini termasuklah pelajar peringkat pengajian tinggi di seluruh negara.
Seperti yang diumumkan, korang juga tidak terkecuali apabia korang layak menerima bantuan sebanyak RM200 seorang.
Ia melibatkan peruntukan RM270 juta dan melibatkan para pelajar daripada pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuklah IPT awam, IPT swasta, matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik.
Bayaran berbentuk one-off (sekali bayar) itu bagaimanapun akan diterima oleh korang pada bulan Mei 2020. Jadi sementara waktu itu, korang dinasihatkan untuk cuba berjimat seboleh baik.
Bagi yang masih menetap di hostel, REMAJA nasihatkan agar korang menerima bantuan makanan yang disediakan oleh kerajaan, pihak universiti dan badan-badan tertentu.
Buat masa ini, maklumat mengenai cara memohon Bantuan Prihatin Nasional ini masih belum diterima dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa secara rasmi oleh kerajaan.
Korang seharusnya hanya mendapatkan makluman rasmi menerusi laman web MyBSH. Semak status permohonan dan pembayaran korang di sini kelak.
Sementara itu, ELAKKAN daripada mengisi APA-APA BORANG ataupun membalas panggilan telefon yang mendakwa mereka memanggil daripada pihak kerajaan bagi megelak ditipu oleh scammers.
Untuk pengetahuan, korang juga layak untuk menerima internet percuma berkelajuan tinggi bermula April ini. Cer lihat apa yang dimaksudkan dengan bantuan tersebut.