Siti Nordiana, yang lebih dikenali sebagai Nana, adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Meniti usia 39 tahun, wajah nana yang kekal awet muda sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Dikenali dengan suara merdu dan penampilan yang menawan, Siti Nordiana juga sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Ads
“Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten.
“Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.”
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
“Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.”
Ads
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
“Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal.
Ads
“Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.”
Hah, inilah rutin harian dan gaya pemakanan Siti Nordiana. Kalau anda rasa nak awet muda dan sihat, boleh lah amalkan apa yang Nana kongsikan. Moga bermanfaat buat semua.
Moga Siti Nordiana terus sukses dalam perniagaan dan menjadi sumber inspirasi kaum wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah rambut gugur merupakan satu kebimbangan bukan hanya pada kaum wanita, malah lelaki juga turut berhadapan dengan situasi ini.
Setiap individu mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka. Ada juga yang hanya menggunakan bahan alami untuk merawat masalah ini.
Bahan-bahan alami yang ada disekeliling kita sebenarnya banyak kegunaannya. Selain daripada mudah dicari, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan rambut gugur.
Berikut antara petua tradisional yang boleh dicuba untuk mendapatkan rambut sihat dan mengurangkan masalah keguguran.
Bahan ini dapat memberi nutrisi kepada rambut dari dalam sehingga mampu membuatkan rambut berkilat dan lebih sihat. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga ke kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas.
Campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu.
Lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu.
Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campurkan dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Kemudian, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulang cara ini dua kali seminggu untuk mengalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
Bagi korang yang mempunyai masalah rambut gugur, boleh cuba amalkan petua alami yang telah dikongsikan ini. Mana tahu serasi dengan kulit kepala korang. Selamat mencuba!
Untuk korang yang bersifat Obsessive Compulsive Disorder (OCD), mesti korang akan serta-merta bengang bila korang terdengar khabar angin ini.
Sejak akhir September lalu, warga internet (dan Instagram) mula terdengarkan khabar angin yang mengatakan Instagram bakal mengubah layout kedudukan gambar penggunanya di page akaun. Jika sekarang kedudukannya ialah 3 x 3, selepas ini kemungkinan ia akan menjadi 4 x 4.
Err, NO!
Perubahan tersebut belum lagi dikuat kuasakan kepada kesemua pengguna Instagram. Mereka masih sedang bereksperimen dan mencubanya di kalangan beberapa pengguna Instagram tanpa pengetahan mereka dan ia telah mencetuskan ‘rasa bimbang’ kerana perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba.
Apabila mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut, ramai yang mula tak senang duduk mengenangkan mereka telah gigih menyusun satu-persatu gambar di akaun masing-masing. Penulis tertanya juga apa yang bakal terjadi dengan akaun penyanyi Yuna (@yunaroomrecords), pereka fesyen Hatta Dolmat (@hattadolmatofficial) dan diva Beyonce (@beyonce).
Adakah mereka terpaksa delete semula segala gambar yang pernah dimuat naik dan menggantikannya dengan gambar yang baru?
Do not, I repeat – Do not make the Queen angry!
@yunaroomrecords juga merupakan antara akaun Instagram artistik yang selalu memuat naik gambar secara grid.
Bagaimana pula dengan akaun Insta Famous yang sudah bersusah-payah (bukannya senang okay untuk menjadikan akaun Instagram mereka cantik) menyusun gambar mengikut gradien warna, bentuk, susunan paten gambar dan sebagainya. Apa akan akan terjadi dengan gambar pancake 3 x 3, gambar koala 2 x 3 dan siri teaser videos ‘Look What You Made Me Do’ dan ‘Ready For It’ oleh Taylor Swift ?!
Okay, let’s not get myself carried away.
Hakikatnya, Instagram sejak awal lagi menggunakan grid 3 x 3. Semua orang seakan sudah terbiasa dan customized dengan susun atur aplikasi ini. Sebelum ini, Instagram pernah melakukan perubahan seperti menambah Insta Story, Filter ala SnapChat dan fungsi butang baru seperti Insights, Swipe Up, Archieve serta Direct Message (DM).
Adakah hanya kerana hendak menampakkan kelainan, Instagram sanggup melakukan ini? Let’s hope not.
Bak kata orang, if it is not broken, why do you need to fix it?
Mac 2022 menyaksikan lapan buah drama Korea terbaharu yang bakal ditayangkan sepanjang bulan. Berikut merupakan antara drama yang menarik untuk ditonton.
Let’s check this out!
1. Crazy Love
Mengisahkan tentang seorang lelaki yang berpura-pura hilang ingatan apabila diberitahu dia akan dibunuh. Kim Jae Wook melakonkan watak Noh Go Jin, seorang pengajar Matematik hebat dan CEO kepada syarikat GO Study, manakala Krystal pula memegang watak Lee Shin Ah, setiausaha lelaki yang sentiasa bergerak dibawah perhatian orang lain.
2. Tomorrow
Drama fantasi akhirat, Tomorrow menggambarkan bagaimana Choi Jun-woong yang sudah lama menganggur secara tidak sengaja terserempak dengan ‘gream reapers’ dalam sebuah misi khas dan menjadi pekerja kontrak di pasukan pengurusan krisis mereka.
3. Superior Day
Menceritakan tentang Lee Ho Cheol, seorang ahli bomba yang anak perempuannya telah diculik. Untuk menyelamatkan anaknya, dia dikehendaki membunuh pembunuh bersiri yang merupakan jirannya.
4. Soundtrack #1
Mengisahkan dua orang sahabat yang telah berkawan selama dua dekad tetapi hanya dua minggu hidup bersama telah mengubah perasaan mereka daripada sahabat menjadi kekasih.
5. Pachinko
Drama adaptasi daripada sebuah novel, Pachinko mengisahkan tentang seorang wanita Korea warga emas yang melalui kehidupan masa lalu yang sukar sebagai warga Korea yang tinggal di Jepun.
6. The King of Pigs
Berkisarkan tentang dua orang lelaki pertengahan usia yang mengenang kembali kehidupan mereka di zaman sekolah menengah dan pengalaman ketika menjadi mangsa buli. Mangsa yang lebih lemah digambarkan sebagai ‘babi’ kerana putus asa dan sering ditindas.
7. Kill Heel
Drama ini mengisahkan tentang persaingan dan perjuangan tiga orang wanita yang menggendalikan program UNI Home Shopping, pusat membeli-belah atas talian. Woo Hyun merupakan seorang yang disukai rakan kerjanya kerana karakternya yang ramah. Namun, dia melalui pelbagai rintangan yang membuatkana yang ramah. Namun, dia melalui pelbagai rintangan yang membuatkannya harsus bersaing dengan Baek Ok Seon, pengacara program lain.
8. Why Her?
Oh Soo Jae seorang peguam berbakat, menjadi rakan kongsi termuda di Firma Guaman terbaik di Korea. Dia terlibat dalam kes yang tak dijangka dan direhatkan sementara sebagai peguam kemudian bekerja sebagai Professor di Kolej Perundangan, di sana Oh Soo Jae bertemu Gong Chan. Gong Chan menuntut di situ dan jatuh cinta kepada Oh Soo Jae,
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.