Berangan itu tak salah kan? Lagi best kalau angan-angan itu menjadi kenyataan. Bayangkan korang dapat sesuatu yang korang impikan dengan titik peluh sendiri. bestnya!!
Itu yang berlaku kepada pemuda berusia 34 tahun ini, Imran Ariff Mohamed @ Razlan, kisahnya memberi inspirasi kepada anak muda lain apabila menjadi antara pengusaha stesen minyak bumiputera termuda di Perlis.
Macam mana Imran Ariff berjaya memiliki stesen minyak seawal usia ini?
Semuanya bermula apabila beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang peruncitan petroleum setelah terbaca iklan di laman sesawang Petronas kira-kira lima tahun lalu.
Bermula dari saat itulah bekas jurutera elektronik komputer itu nekad meninggalkan kerjaya ‘makan gaji’ dan beralih ke bidang peruncitan petroleum selepas diterima menjadi wakil niaga Petronas secara ‘Company Owned, Dealer Operate’ (CODO) pada awal 2019.
Ads
Imran Ariff menganggap dirinya bernasib baik kerana telah menyimpan modal sejak dari bangku sekolah lagi hasil dari pampasan yang diterimanya kerana terlibat dalam satu kemalangan pada usia 13 tahun dan menyimpan wang tersebut di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Beliau turut menceritakan kisahnya ketika masih belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang mana beliau terpaksa mendisiplinkan diri agar tidak menggunakan wang simpanan ASB tersebut biarpun pada masa itu hampir semua rakan-rakanya memiliki telefon pintar mewah kerana menunggu peluang membuat pelaburan yang menguntungkan dan dapat menjamin masa depannya.
Katanya, hanya mengeluarkan duit simpanan sebagai modal permulaan sebanyak RM250,000 pada 2019 apabila menerima tawaran menjadi wakil niaga Petronas.
Ads
Menceritakan pengalamannya, Imran Ariff berkata bukan mudah baginya untuk mendapat kepercayaan daripada Petronas dan beliau berusaha keras tanpa rasa putus asa dengan membuat pemohonan sebanyak dua kali bermula pada 2010.
“Pemohonan pertama saya ditolak kerana dianggap terlalu muda untuk menceburi bidang ini, kurang pengalaman dalam pengurusan perniagaan dan latar belakang kerjaya yang kurang sesuai.
“Usaha saya tidak terhenti setakat itu apabila pemohonan kali kedua saya diterima dan berjaya meyakinkan pihak Petronas dengan kertas kerja bertajuk ‘Bagaimana Seorang Jurutera Boleh Menguruskan Stesen Minyak dan Menaikkan Sales‘,” katanya.
Ads
Walaupun turut terkesan dengan keadaan ketika ini yang mana kerajaan melaksanakan PKP pada awal operasinya (Mei 2020), namun keadaan makin bertambah baik hasil daripada penggunaan media sosial untuk menarik minat orang ramai datang ke stesen minyak Petronas Jejawi.
Imran Ariff berkata tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya makan gaji kerana percaya bahawa usaha dengan berasaskan kesabaran pasti ada kejayaan.
“Ramai orang muda hari ini cepat mengalah apabila berdepan ujian gentir namun bagi saya perlu ada kesabaran untuk maju dalam perniagaan selain modal dan perancangan kewangan yang mantap,” katanya.
Moga kisah Imran Ariff ini menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana untuk berjaya di masa hadapan.
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan program e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan terdapat banyak dana serta pembiayaan yang disediakan khas untuk golongan belia melalui Bajet 2022.
Untuk pengetahuan korang, penebusan untuk kredit e-tunai ini boleh dibuat bermula semalam sehingga 1 Jun 2022. Bagaimanapun, kredit berkenaan boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
Proses untuk menebus boleh dibuat menerusi empat penyedia perkhidmatan e-tunai yang berbeza seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch n’ Go.
Berikut adalah syarat-syarat untuk menebus :
Warganegara Malaysia yang berumur diantata 18 – 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004) ;
Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang berdaftar;
Penebusan hanya boleh dibuat menerusi satu penyedia perkhidmatan sahaja untuk sekali transaksi.
Cara penebusan dan claim?
Berikut kami senarainya langkah-langkah mudah berserta ganjaran yang disediakan oleh setiap penyedia perkhidmatan tersebut :
BigPay
Penyedia perkhidmatan yang pertama adalah BigPay. Tuntutan yang dibuat menerusi aplikasi BigPay akan melayakkan anda menerima kredit e-tunai bernilai RM150. Di samping itu, BigPay turut menawarkan sejumlah ganjaran eksklusif lain berupa baucar atas talian bernilai sehingga RM1,500 dan pulangan tunai daripada sejumlah jenama terkemuka. Ini termasuklah AirAsia Academy, Zalora, Sephora, Lululemon dan sebagainya.
Proses pembayaran boleh dibuat menerusi beberapa cara; antaranya seperti DuitNow QR dan kad fizikal BigPay. Dalam masa sama, ia turut boleh digunakan untuk transaksi pembelian secara luar talian menerusi kedai fizikal terpilih di seluruh Malaysia. Lebih menariknya, anda juga berpeluang untuk memenangi seunit iPhone 13 apabila mendaftar masuk dengan kod promo ‘PCEPEMULA’.
Cara penebusan adalah seperti berikut :
Langkah 1: Buka aplikasi BigPay → Pergi ke ‘PAYMENT’ → Ketik pada butang ePemula;
Langkah 2: Tandakan kotak pengesahan, kemudian mulakan proses penebusan;
Langkah 3: Masukkan butiran peribadi & hantar;
Langkah 4: Anda akan dimaklumkan mengenai status penyerahan.
Terma & syarat penuh : BigPay Malaysia
GrabPay
Perkhidmatan penyedia yang kedua adalah GrabPay. Sebelum membuat penebusan dengan GrabPay, sila pastikan anda telah mengemaskini aplikasi kepada versi terkini terlebih dahulu. Kemudian, anda perlu untuk menaik-taraf GrabPay Wallet, kemudian teruskan membuat penebusan untuk kredit e-tunai RM150. Melalui aplikasi GrabPay, anda berpeluang menerima baucar menarik bernilai sehingga RM360 dengan pecahan seperti berikut :
Baucar-baucar berkenaan boleh dibelanjakan di GrabFood, barangan elektronik, produk kesihatan dan banyak lagi! Antara rakan-rakan kongsi yang terlibat termasuklah KFC, McDonald, GSC, Kyochon dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa ganjaran yang boleh anda nikmati dengan penebusan ePemula menerusi GrabPay (tertakluk kepada terma & syarat) :
Diskaun sehingga RM30 untuk bayaran dalam kedai GrabPay
Diskaun 30% untuk Tawaran Panas GrabFood
Diskaun RM5 Starbucks di kedai melalui GrabPay
Diskaun RM5 Watsons di kedai melalui GrabPay
Diskaun RM3 untuk Family Mart di kedai melalui GrabPay
Diskaun RM5 Baskin Robbins di kedai melalui GrabPay
Diskaun RM10 di kedai Harvey Norman melalui GrabPay
Diskaun RM10 untuk Harvey Norman dalam talian melalui GrabPay
Diskaun RM10 untuk Bottoms Lab dalam talian melalui GrabPay
Diskaun RM2 di kedai myNEWS melalui GrabPay
Diskaun RM10 untuk Pembelian Baucar UniPin
Cara penebusan adalah seperti berikut :
Langkah 1: Buka aplikasi Grab → Pergi ke ‘BAYARAN’ → Ketik pada butang ePemula;
Langkah 2: Bergantung pada status sedia ada profil anda, sila sahkan identiti / tuntut pemula
Langkah 3: Masukkan butiran peribadi & hantar;
Langkah 4: Anda akan dimaklumkan mengenai status penyerahan;
Langkah 5: Setelah lulus, baucar-baucar ePemula akan diberikan menerusi ruangan ‘Simpanan Ganjaran’.
(Terma & syarat penuh : Grab Malaysia)
ShopeePay
Penyedia perkhidmatan yang seterusnya adalah ShopeePay. Proses penebusan menerusi ShopeePay pula memerlukan anda untuk mengaktifkan dan membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan. Penebusan menerusi ShopeePay boleh digunakan menerusi beberapa rakan kongsi seperti KFC, Starbucks, Pizza Hut, Family Mart, Mydin, Lotus dan banyak lagi. Selain daripada kredit e-tunai RM150, penebusan yang dibuat turut membolehkan anda menerima baucar ekstra bernilai sehingga RM500. Ini termasuklah :
Baucar sehingga RM310 untuk servis penghantaran percuma & diskaun untuk pembelian makanan;
Baucar sehingga RM90 untuk pulangan tunai ShopeePay;
Baucar lebih RM50 untuk pembelian di mana-mana rakan kongsi Shopee;
Baucar RM50 untuk kadSIM YES bersama kuota data sehingga 40GB secara percuma;
Baucar RM200 untuk pembelian menerusi Siswa Mall.
Dalam pada itu, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000 menerusi peraduan ‘Kongsi & Menang’. Kemudian diikuti dengan pemberian pulangan syiling Shopee sehingga 3% dengan pembayaran yang dibuat menggunakan DuitNow QR (sama ada Shopee Pay / mana-mana e-dompet dan bank terpilih).
Cara penebusan adalah seperti berikut :
Langkah 1: Buka aplikasi → Aktifkan akaun ShopeePay → Pastikan anda telah membuat pengesahan akaun dengan kad pengenalan;
Langkah 2: Klik pada kotak ‘’Claim Now’ → Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan selanjutnya;
Langkah 3: Permohonan anda akan disahkan dalam masa 3 hari bekerja & RM150 akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun ShopeePay;
Langkah 4: Pihak Shopee akan menghantar baucar bernilai RM500 dalam masa 24 jam selepas proses tuntutan berjaya dibuat.
(Terma & syarat penuh : Shopee Malaysia)
Touch ‘n Go eWallet
Sebagai pilihan lain, anda juga boleh membuat penebusan menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Melaluinya, ia bukan sahaja membolehkan anda menikmati pemberian kredit e-tunai RM150 sahaja. Sebaliknya, TNG turut menawarkan ganjaran berupa baucar pulangan tunai terkumpul bernilai sehingga RM200. Di samping itu, baucar terkumpul rakan kongsi bernilai sehingga RM100 turut sama boleh diterima. Antara rakan kongsi yang terlibat termasuklah 7-Eleven, Tealive, FireFly, Starbucks dan banyak lagi!
Untuk makluman, kredit ini bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk sejumlah perkara seperti pemindahan kredit e-dompet, pembayaran sebarang bil termasuk telefon, pembayaran laluan RFID dan pembelian secara atas talian. Lebih menarik, ia boleh digunakan untuk pembayaran menerusi kedai fizikal terpilih.
Cara penebusan adalah seperti berikut :
Langkah 1: Buka aplikasi → Buka pada tab ePemula → Klik setuju pada terma & syarat → klik ‘Claim Now’;
Langkah 2 : Pastikan butiran peribadi anda adalah betul, kemudian bersetuju dengan klausa privasi dan klik teruskan;
Langkah 3: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan selanjutnya;
Langkah 4: Akui tuntutan & klik “OK, got it”.
(Terma & syarat penuh : Touch n’ Go eWallet)
Korang sudahkah menebusnya? Jika belum, tunggu apa lagi? Tebus sekarang dan gunakan kredit ini sebaiknya!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Zaman sekolah sememangnya dipenuhi dengan bittersweet memory. Kalau dikenang semula memang boleh gelak seorang diri dibuatnya.
Namun, antara memori itu mesti ada terselit memori sukakan seseorang secara diam-diam atau lebih dikenali sebagai crush.
Kalau tersuka orang yang sebaya atau sekelas mudahlah sikit nak ambil tahu pasal si dia kan? Tapi kalau tersuka senior atau junior, susah pulak nak stalk!
Apa-apapun, kepada mereka yang pernah ada crush, mesti pernah buat perkara-perkara ini kan?
Kata nak pergi tandas tapi sanggup ikut jalan jauh sebab nak lalu depan kelas crush
Curi-curi pandang masa perhimpunan sekolah atau waktu rehat
Hantar surat cinta
Cepat-cepat tukar arah kalau terserempak dengan crush kat sekolah
Confess dekat crush
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam senarai berkenaan, Ronaldo di tangga teratas dengan pendapatan 218 juta pound (RM1.31 bilion) termasuk tajaan bernilai 47 juta pound (RM282.02 juta) daripada Nike, Herbalife, Armani, Tag Heuer, DAZN, PokerStars dan jenamanya sendiri, CR7.
Ronaldo sudah menjadi atlet terkaya di dunia sebelum berpindah ke Arab Saudi dan gaji terkininya mengekalkan kedudukannya dalam senarai berkenaan.
Penyerang Portugal itu adalah seteru utama Lionel Messi sepanjang kariernya, tetapi walaupun tidak memenangi Ballon d’Or sebanyak pemain Argentina itu – yang turut mengatasinya dengan satu gelaran Piala Dunia – dia boleh berbangga dengan jumlah pendapatannya yang lebih tinggi.
Messi, yang kini bersama kelab Major League Soccer, Inter Miami, berada di tangga ketiga, di belakang pemain golf, John Rahm.
Bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe berada di tangga kelima, di belakang bintang bola keranjang, LeBron James.
Pemain Brazil, Neymar di tangga keenam diikuti tiga pemain bola keranjang NBA dan seorang pemain bola Amerika (NFL) yang melengkapkan senarai 10 teratas.
Senarai 10 atlet terkaya 2023
1. Cristiano Ronaldo (bola sepak) – 218 juta pound
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.