Zaman sekolah sememangnya dipenuhi dengan bittersweet memory. Kalau dikenang semula memang boleh gelak seorang diri dibuatnya.
Namun, antara memori itu mesti ada terselit memori sukakan seseorang secara diam-diam atau lebih dikenali sebagai crush.
Kalau tersuka orang yang sebaya atau sekelas mudahlah sikit nak ambil tahu pasal si dia kan? Tapi kalau tersuka senior atau junior, susah pulak nak stalk!
Apa-apapun, kepada mereka yang pernah ada crush, mesti pernah buat perkara-perkara ini kan?
Kata nak pergi tandas tapi sanggup ikut jalan jauh sebab nak lalu depan kelas crush
Ads
Curi-curi pandang masa perhimpunan sekolah atau waktu rehat
Ads
Hantar surat cinta
Ads
Cepat-cepat tukar arah kalau terserempak dengan crush kat sekolah
‘I have a pen, I have a apple.. Uh! Apple-Pen! (PPAP). Mesti anda masih ingat lagi dengan bait-bait lagu berhantu ni kan?
Percaya atau tidak, penyanyi lagu viral itu Piko Taro telah mendedahkan bahawa dia memperoleh pendapatan untuk lagu PPAP menyamai pendapatan dia bekerja selama 25 tahun.
Perghh, untunglah. Kita berhempas pulas kerja hari-hari tapi Piko Taro hanya dapat untung dengan satu lagu saja dan boleh menyaranya seumur hidup.
Tambahnya lagi menerusi rancangan bual bicara Downtown Now, selepas sebulan lagu itu menjadi viral, dia sudah mendapat pulangan lebih beratus juta yen.
Piko atau nama sebenarnya Daimaoi Kosaka mengakui nilai itu bersamaan dengan angka gaji yang diperolehinya selama 25 tahun bekerja.
Macam mana agaknya pulangan royalti boleh jadi sebanyak itu ya?
Rupa-rupanya lagu PPAP telah banyak menghiasi pelbagai iklan komersial televisyen dan radio serta kolaborasi dengan produk-produk terkenal Jepun.
Piko juga pernah muncul dalam pelbagai muzik video, iklan komersial Softbank dan Sesame Street.
Bukan saja itu, kafe PPAP dan beberapa siri animasi televisyen turut menggunakan jenama milik penyanyi viral ini.
Oh, no wonder la royalti yang dia dapat pun setimpal kan. Memang hebat!
Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus, tanaman ulaman yang paling terkenal dan mudah untuk dibiakkan. Sambal belacan adalah padanan terbaik untuk menjamu ulaman ini sebagai juadah.
Bukan sahaja enak di makan, malah tinggi khasiat untuk kesihatan dan telah diamalkan secara tradisional sejak dulu kala.
Petikan artikel dari website Majalah sains menjelaskan, Ulam Raja didapati mempunyai tinggi kandungan flavonoid dan antioksidan serta beberapa lagi kompaun aktif yang boleh bertindak sebagai agen pelindung neuron, selain daripada didapati bermanfaat sebagai antidiabetes, anti-inflamasi, anti-obesiti, antimikrobial, antihypertensi, dan antikanser. Dari segi kandungan nutrien, 100g tanaman ini membekalkan antara lainnya 18 kkal tenaga, 1.6g fiber, 270mg kalsium, 426g potassium dan 64.6mg vitamin C.
Dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan pada awal tahun 2021 di dalam jurnal Nutrients, para pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia melaporkan bahawa pengambilan Ulam Raja dapat mempengaruhi fungsi otak. Dalam kajian tersebut, 48 orang warga tua berumur dalam lingkungan 60 hingga 75 tahun yang mengalami masalah kognitif yang ringan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi makan kapsul yang mengandungi 500 mg serbuk Ulam Raja selama 12 minggu manakala kumpulan kedua bertindak sebagai kumpulan kawalan, hanya diberi kapsul yang tidak mengandungi serbuk Ulam Raja.
Berikut 3 ringkasan dari kajian yang telah dilakukan:
MEMPERBAIKI FUNGSI OTAK DAN TAHAP KOGNITIF
ULAM RAJA BERPOTENSI MENGURANGKAN STRES
Tanaman ini didapati memberi kesan positif terhadap stres dan gangguan mood kerana kandungan flavonoid di dalamnya mempunyai kesan anti-depresi serta mampu mengurangkan rasa cemas (anxiety)
ANTIOKSIDAN DAN MENGURANGKAN RADIKAL BEBAS
Kajian pada tahun 2012 oleh para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia turut mendapati tanaman ini mempunyai kapasiti antioksidan yang tertinggi jika dibandingkan dengan daun selom, daun kari, petai dan pegaga.
RESEPI Kerabu Ulam Raja
Bahan-bahan:
1 ikat daun ulam raja ( dihiris halus)
½ biji kelapa ( santan)
1 inci halia-ditumbuk
3-4 batang serai-ditumbuk
10 biji cili Melaka-ditumbuk
Udang direbus-ditumbuk sedikit
2-3 sudu air asam jawa
1 peket kerisik
½ inci belacan
Bawang besar- dihiris nipis
Bunga kantan -dihiris
Garam, gula dan sedikit serbuk perasa
Cara membuat: 1. Masukkan bahan yang ditumbuk, kerisik dan belacan digaul bersama santan. 2.Masukkan air asam jawa,garam, gula dan serbuk perasa. Rasa mengikut citarasa masing-masing. 3. Masukkan daun ulam raja,bunga kantan dan bawang besar. Gaul sebati.
Sedapnya ulam raja ni, makan dengan nasi panas memang tak pandang kiri kanan dah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah hilang pekerjaan bukan hanya kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil, tetapi kepesatan teknologi hari ini juga menjadi salah satu faktor pelaksanaan sistem automasi di tempat kerja.
Sudah tentu pelaksanaan sistem ini lebih menjimatkan kos dan syarikat terpaksa menukar strategi perniagaan masing-masing sehingga bakal menyebabkan lebih ramai pekerja yang dibuang.
Gambar hiasan
Lebih membimbangkan lagi, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan sebelum ini ada memberi amaran bahawa tiga sektor paling berisiko berdepan dengan pengurangan pekerja adalah sektor pembuatan, peruncitan dan kewangan disebabkan oleh pelaksanaan sistem automasi ini.
Pada 2016, 40,000 pekerja diberhentikan dan18,000 daripadanya adalah daripada sektor perbankan kerana melaksanakan sistem perbankan secara online.
Malah, katanya lagi lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini di Malaysia.
Selain itu juga, kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan antara tahun 2015 dan 2020, lebih 5 juta pekerjaan akan digantikan dengan mesin. Malah, laporan daripada The Future of Employment oleh Universiti Oxford pada 2013 meletakkan pegawai telemarketing, pegawai kredit dan juruwang sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.
Pengasas Syarikat Perunding DDG, Justin Tobin menasihatkan agar semua pekerja mula mempelbagaikan kemahiran bagi menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.
Namun begitu, antara pekerjaan paling selamat yang disebut adalah pekerja sosial, pakar terapi pemulihan dan pakar nutrisi/diet.
Hm, boleh tahan mencabar juga masa hadapan kita ni, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti.