Program realiti nyanyian, Big Stage musim kelima bakal melabuhkan tirainya pada malam ini dengan seorang lagi juara baharu.
Sepanjang sembilan minggu bertanding, keenam-enam peserta terakhir yang terdiri daripada Hoondoo, Putera Muhammad, Puteri Khareeza, Waode, Nadeera Zaini dan Aufahanie masing-masing telah menunjukkan potensi yang cukup hebat bagi meniti ke pentas akhir ini.
Semuanya hebat-hebat belaka! Dengar khabar, Waode dan Nadeera Zaini kini menjadi pilihan penonton di rumah. Namun siapakah finalis yang menjadi pilihan rakan-rakan Big Stage mereka sendiri.
“Sepanjang Aisha tengok selama ini, Aisha boleh nampak Top 4 iaitu Hoondoo, Nadeera, Waode dan juga Putera. So kalau salah satu daripada Top 4 ini yang menjuarai, memang itu adalah rezeki mereka. Tapi Puteri Khareeza dan Aufahanie juga ‘taring’ mereka agak unexpected kan macam minggu lepas.” – Aisha Retno
“Mungkin Nadeera kot. Actually baru semalam saya baru nampak a little snippets of her and I know how hungry she is. She has been wanting this selama ini.” – Yazmin Aziz.
Ads
“I rasa yang paling sengit adalah di antara Waode, Nadeera dan Putera Muhammad. I pun tak tahu nak predict siapa akan menang kerana ketiga-tiganya bagus.” – Keanu Azman
“Saingan sengit ya? Of course, Nadeera dan Putera. Sebagai COEX, kami memang rasakan mereka berdua yang akan bersaing. Cuma malam ini, korang kena tonton battle di antara Nadeera dan Waode. Mind blowing!” – Mikaela COEX
Ads
“Saya rasa Putera Muhammad dan Hoondoo lah. Saya pun nanti-nantikan battle mereka kerana musim-musim sebelum ini kan solo-solo. Jadi kali ini duo dan solo, memang saya nak tengok. Secara peribadinya, saya gemarkan Putera Muhammad.” – Zaidy Dem Lepak Boyz
Ads
“Saya rasa yang bakal memberi saingan sengit.. keenam-enamnya akan memberikan persembahan yang sangat-sangat dasyat lah malam ini. Mereka adalah the best of the best.” – Hazel Dem Lepak Boyz
Korang setuju dengan pilihan mereka?
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya tinggal satu episod sahaja lagi, The King: Eternal Monarch bakal melabuhkan tirainya. Jika sebelumnya drama Korea ini mendapat rating yang boleh dikatakan agak rendah, namun sedikit peningkatan dapat dilihat ketika drama ini hampir ke pengakhirannya.
Pada 6 Jun lalu, episod terbaru dari drama romantik fantasi itu menyaksikan peningkatan jumlah penonton daripada siaran sebelumnya. Menurut Nielsen Korea, The King: Eternal Monarch memperoleh skor purata di seluruh negara sebanyak 5.9 peratus dan 8.1 peratus untuk dua episodnya.
Sementara itu, drama TV Chosun, King Maker: The Change of Destiny terus menarik minat penonton, mengekalkan trend peningkatan dan mencapai penilaian rating tertinggi setakat ini. Drama Korea ini mendapat penilaian purata sebanyak 4.6 peratus untuk episod terbaru, sekaligus mencatatkan rekod peribadi drama tersebut.
Saban tahun, tidak sah sekiranya stesen radio Hot FM tidak melancakan lagu khas bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bukan?
Buat tahun 2022, tradisi sama masih akan diteruskan tetapi pada skala yang lebih besar apabila Hot Fm dan Molek FM buat kali pertamanya telah bergabung tenaga untuk melancarkan sebuah lagu raya berjudul Hangat Beraya.
Karya komposer dan penulis lirik Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini bukan setakat menggabungkan penyampai radio kedua-dua stesen berkenaan. Malah, mereka juga menjemput barisan penyai serta band terkenal tanah air bagi sama-sama memeriahkan lagi lagu berkenaan.
REMAJA berpeluang untuk bertemu dengan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil baru-baru ini bagi bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai pengalaman kali pertamanya memasuki studio rakaman bagi single Hangat Beraya ini.
Penyampai radio Hot FM, pelakon dan pempengaruh, Imran Aqil.
“Untuk single Hangat Beraya pada tahun ini, ada beberapa artis yang terlibat termasuklah kesemua penyampai Hot FM seperti Haziq Husni, Riena Diana, IU, Farah Fauzana, AG, Fad Bocey dan saya. Kami juga menjemput beberapa penyanyi popular seperti Marsha Milan, Daniesh Suffian dan Naqiu Boboy.
“Pada waktu itu, jujurnya saya struggle memandangkan saya bukanlah seorang penyanyi dan belum berpengalaman berada dalam studio rakaman. Bila dapat tahu mengenai projek ini, itulah perkara pertama yang saya fikirkan; saya tiada bakat nyanyian! (ketawa) Tidak seperti rakan penyampai yang lain seperti Haziq yang sekurang-kurangnya mempunyai suara yang sedap didengar walaupun tidak bergelar penyanyi.
“Saya ada bertanyakan nasihat daripada Haziq sebelum rakaman dan katanya, “Kau ‘bagi’ je. Penerbit akan tahu ‘membaca’ suara kau dan dia akan fit in suara kau ikut kesesuaian.” Sedikit sebanyak, nasihatnya itu membantu,” ulasnya yang juga merupakan finalis pencarian Hero Remaja 2020.
“Saya pasti lagu ini akan hit kerana ia lain daripada yang lain. Vibe-nya sangat riang dan muda, saya pun tidak sabar menantikannya.”
Perasaan cemas kongsi Imran lagi nyata tidak boleh dielakkan memandangkan dia enggan melakukan kesilapan. Apatah lagi apabila rakaman membabitkan penyanyi profesional.
“Sewaktu saya di dalam studio rakaman, saya tahu Marsha, Haziq dan Daniesh sedang mendengar suara saya. Saya berulang kali meminta maaf jika apa yang disampaikan tidak mencapai expectation mereka.
“Saya kalau boleh tidak mahulah ‘merosakkan lagu orang’ dan mengecewakan pihak yang terlibat dalam rakaman ini seperti rakan penyampai lain serta artis jemputan,.
“Nasib baiklah saudara Firdaus merupakan seorang yang penyabar. Dia berikan tunjuk ajar semasa saya sampaikan beberapa rangkap dalam lagu tersebut dengan meminta saya memilih teknik suara bass yang katanya lebih bersesuaian dengan suara saya,” katanya lagi.
Single Hangat Beraya ini bakal diluncurkan tidak lama lagi. Kongsi Imran, mereka baru sahaja menjalani penggambaran untuk video muzik Hangat Beraya dan besar harapannya agar ia akan diterima baik oleh semua pendengar serta penonton nanti.
Imran sewaktu ditemui di majlis berbuka puasa bersama rakan bilik ‘Trio 1912’ daripada pencarian Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar & Hazeeq Dean, baru-baru ini.
Menyentuh mengenai pengalaman tahun pertama Ramadan sebagai seorang penyampai radio, Imran menyifatkannya sebagai berbeza memandangkan dia perlu berada di konti berseorangan setiap Isnin hingga Jumaat bagi segmen Hot Flix bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
“Awal Ramadan lalu, saya rajin juga berbuka puasa di luar dengan rakan lain. Tetapi disebabkan waktu berbuka yang terlalu hampir dengan segmen saya, saya jadi letih bila perlu bergegas selepas makan. Akhirnya, saya berbuka sahaja di konti sampailah sekarang.
“Pengalaman berbuka seorang diri adalah sesuatu yang baru untuk saya. Ia secara tidak langsung membuatkan saya lebih menghargai waktu berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan semasa hujung minggu.
“Untuk beraya nanti, insyaAllah saya masih berkesempatan untuk menyambutnya bersama keluarga tetapi pada hari yang mana satu; ia masih tertakluk kepada jadual di antara para penyampai,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi warganet yang tidak pernah lekang mengikuti perkembangan pelakon berkaliber, Nad Zainal, yang telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terbaharu, keadaan pelakon naskhah popular Dendam Seorang Isteri itu kini beransur pulih selepas hampir sebulan dirawat di hospital tersebut.
Menurut laporan Kosmo!, perkhabaran baik itu dikongsikan pengarah dan penerbit terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin yang lebih disapa Budak Ijat.
Katanya, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, sudah sedar dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet sendiri walaupun kami berpesan jangan, paru-parunya masin belum begitu kuat. Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengarah drama Nur itu turut menjelaskan, dia memilih untuk tidak kerap berkongsi perkembangan semasa keadaan kesihatan Nad bagi menjaga perasaan ibu bapa pelakon drama Cina Buta itu selain dia dan rakan-rakan berbuat demikian bagi mengelakkan berita tidak sepatutnya disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, rakannya yang juga pelakon, Ungku Ismail memaklumkan keadaan Nad Zainal yang masih dalam pemulihan dan perlu banyak berehat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.