Baru-baru ini, media tempatan dikejutkan dengan berita pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Pencalonan ini mencetuskan pelbagai reaksi yang kebanyakannya negatif termasuk daripada tokoh politik muda, pemimpin parti dan juga bekas menteri.
Persoalannya, siapa sebenarnya Nick Adams, dan kenapa ramai pihak di Malaysia membantah kehadirannya?
Kenapa Isu Ini Penting Untuk Kita Faham
Walaupun topik diplomasi antarabangsa nampak “jauh” daripada kehidupan seharian remaja, hakikatnya ia tetap memberi kesan kepada imej negara kita di mata dunia. Seorang duta bukan sekadar pelawat rasmi, tetapi menjadi wajah kepada dasar dan nilai negara yang diwakilinya.
Jika seseorang duta dilihat ekstrem, rasis atau tidak menghormati nilai sejagat kesannya bukan hanya kepada hubungan politik, tetapi juga kepada persepsi global terhadap rakyat Malaysia secara umum.
Ads
Siapa Nick Adams?
Nick Adams ialah seorang penulis dan tokoh konservatif berprofil tinggi di Amerika Syarikat. Dilahirkan di Australia, beliau berhijrah ke AS dan memperoleh kerakyatan melalui visa “Einstein” khas untuk individu luar biasa dalam bidang masing-masing.
Adams juga merupakan pengasas organisasi Foundation for Liberty and American Greatness (FLAG) yang memberi tumpuan kepada pendidikan sivik dan patriotisme ala-Amerika. Namun, ramai yang mengenalinya kerana sikap vokal menyokong bekas Presiden Donald Trump, serta pandangan ekstrem berhaluan kanan di media sosial.
Beliau juga menyifatkan dirinya sebagai seorang ‘Alpha Male’ simbol kepada maskuliniti dominan dan konservatisme keras.
Ads
Kenapa Ramai Tolak Pencalonan Nick Adams?
Pendirian Politik Ekstrem & Rasis Adams sering melontarkan kenyataan yang dianggap rasis, Islamofobik dan menyokong penindasan terhadap rakyat Palestin. Beliau juga mengaku menekan sebuah restoran untuk memecat pelayan wanita hanya kerana memakai pin ‘Free Palestine’.
Bukan Diplomat Profesional Menurut Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda AMANAH, Mus’ab Muzahar, Adams hanyalah “propagandis ekstrem kanan” yang menyebar politik kebencian — bukan seorang negarawan yang sesuai menjadi jambatan hubungan diplomatik.
Melanggar Prinsip Malaysia Sebagai Negara Berdaulat & Majmuk Pemilihan Adams bertentangan dengan nilai perpaduan, solidariti dan kesederhanaan yang menjadi teras hubungan dua hala Malaysia-AS selama ini.
Artikel 4 Konvensyen Vienna: Malaysia Berhak Tolak
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai hak untuk menolak mana-mana calon duta yang dikemukakan oleh negara asing, selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik.
Mr. President, thank you for the honor of a lifetime. In your America, all dreams come true. It will be my honor to represent the United States of America in Malaysia.
To the esteemed Members of the Senate Foreign Relations Committee, I look forward to a confirmation process… pic.twitter.com/SRyTEnCpwS
Menurut beliau, pelantikan Adams kini berada di bawah pertimbangan Wisma Putra, dan kerajaan boleh menolak pencalonan itu tanpa perlu memberikan sebarang alasan rasmi.
Apa Kata Sayap-Sayap Politik Muda?
Pemuda PAS Selangor melalui Mohamed Sukri Omar menggesa kerajaan menolak pencalonan ini kerana ia membawa “agenda toksik”.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula akan menghantar memorandum rasmi kepada Kedutaan AS, mendesak calon lain yang lebih bersesuaian dan berwibawa.
Semua pihak menyatakan bahawa penolakan ini bukan bersifat anti-AS, tetapi satu mesej bahawa Malaysia menghormati prinsip diplomasi yang adil dan beretika.
Nick Adams mungkin calon pilihan Donald Trump. Tapi rakyat Malaysia berhak menentukan siapa yang boleh dan tak boleh masuk ke rumah kita sebagai wakil negara luar. Jika nilai yang dibawa tidak sejajar dengan perpaduan dan keamanan, maka bantahan adalah wajar bukan kerana benci, tetapi kerana prinsip.
Ada yang menggunakan kapas q-tip, ada yang menggunakan korek telinga besi. Namun analoginya mudah, benda lebih kecil dari siku? Jangan masukkannya ke dalam telinga anda.
Rata-rata doktor bersetuju memasukkan apa-apa sahaja ke dalam telinga adalah satu idea yang buruk. Hal ini demikian kerana apabila anda menggunakan kapas untuk mengeluarkan tahi telinga, anda sebenarnya menolak tahi telinga itu masuk lebih dalam ke dalam saluran telinga. Ini akan menyebabkan tahi telinga bergumpal dan membentuk gumpalan berhampiran gegendang telinga dan menghalang pendengaran anda.
Cerumen atau lebih dikenali sebagai tahi telinga ini bukanlah tanda kekotoran tetapi sebenarnya satu mekanisme untuk melindungi dan melembabkan telinga anda. Tanpa cerumen, telinga anda akan menjadi kering dan gatal.
Di samping itu, earwax ini berfungsi sebagai penapis untuk menghalang dan memerangkap habuk dan kotoran yang masuk ke dalam telinga anda. Namun ini tidak bermakna anda perlu mengorek kotoran itu keluar seperti tahi hidung sebaliknya telinga anda sudah mempunyai mekanisme pembersihan sendiri.
Apabila anda mengunyah dan mengerakkan rahang anda, anda membantu tahi telinga yang lama bermigrasi ke luar telinga, di situlah tahi telinga anda akan mengering. Jadi tidak perlulah anda menggunakan besi atau jari untuk mengeluarkan tahi telinga itu.
Maka, dengan cuba mengorek telinga anda, anda berkemungkinan untuk mengakibatkan masalah kurang pendengaran. Kulit di dalam saluran telinga anda adalah sangat sensitif dan dengan mengorek telinga anda akan memudahkan diri anda untuk mendapat jangkitan telinga atau swimmer’s ear, satu keadaan di mana kulit membengkak sehingga menutup saluran telinga. Ini adalah sangat menyakitkan.
Anda juga berisiko untuk menusuk gegendang telinga anda apabila tidak tersengaja tercucuk kapas lebih dalam ke dalam telinga. Ini akan mengakibatkan kehilangan pendengaran dan pendarahan. Namun, luka ini dapat disembuhkan.
Oleh itu untuk membersihkan telinga, anda hanya perlu mengambil kain lembab dan mengelap cuping telinga anda sahaja atau bertemu dengan doktor untuk berbincang dengan lebih lanjut.
*Artikel ini ditulis oleh pembaca Remaja, Nur Husna Binti Zul Khairi menerusi kiriman ruangan hantar cerita.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telur dadar merupakan menu yang paling mudah dan sedap, telur dadar gebu yang penuh dengan lemak dan padat selalunya kita jumpa di kedai Thai je.
Ramai yang cuba buat untuk dapatkan telur dadar begini tapi tak menjadi. Untuk masak telur dadar yang garing, tepinya berkerinting rangup perlu sedikit teknik ketika bancuh dan juga tuang waktu menggoreng.
Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish ini, bukan saja menjadi seperti yang dikehendaki malah telur dadar ini juga tak berminyak.
Cara buat telur dadar garing, tepi berkerinting
Sedikan 1 biji telur (boleh guna saiz A), 3 sudu makan air paip dan
secubit garam.
2. Satukan telur bersama air dan garam dalam mangkuk dan pukul sampai berbuih banyak.
3. Panas minyak dalam kuali, kena guna minyak banyak ya dalam secawan.
4. Pastikan minyak cukup panas baru tuang bancuhan tuang telur dalam kuali. Waktu tuang angkat tinggu bekas supaya bancuhan telur turun selari cantik. Nanti akan jadi percikan kerinting tepi telur dadar.
5. Kuatkan api, biarkan masak garing bawahnya kemudian baru alihkan sebelah lagi. Biar masak garing kedua belah.
6. Sediakan tapis, angkat telur toskan minyak. Biarkan sekejap. Kemudian sediakan tisu, letak telur atas tisu pula supaya dapat serap lagi saki baki minyak yang ada.
Siap. Telur dadar elok kering tanpa minyak. Telur ini dah sejuk pun dapat rasa lagi garingnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dihentikan operasi pendakian pada 13 Januari lalu, kini aktiviti mendaki puncak Gunung Kinabalu sudah dibenarkan semula bermula Jumaat ini (5 Mac) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari sahaja.
Walau bagaimanapun, pendaki terlebih dahulu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki.
Pendaki juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), termasuklah mengemukakan keputusan ujian sebelum jam 10 pagi pada tarikh pendakian dan pendaki yang telah divaksin dikecualikan untuk ujian saringan COVID-19.
Mengikut SOP yang telah ditetapkan itu juga, pendaki dibenarkan mendaftar pada hari pendakian tetapi dengan syarat keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan kos saringan ujian ditanggung sendiri.
Bayaran pendakian akan dikembalikan sekiranya ujian saringan yang dibuat adalah positif dengan syarat memaklumkan secara bertulis kepada pihak taman sebelum jam 10 pagi pada hari pendakian.
Hm, tapi di negeri Sabah sendiri masih belum dibenarkan untuk merentas daerah, apa lagi nak rentas negeri kan? Jadi, mungkin penduduk sekitar gunung bolehlah daki Kinabalu ni. Hiks!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.