Nak buang ke? Tapi sayang sebab banyak lagi makeup dan skincare ni….
Awas ya…! Bukan makanan je, produk kecantikan juga mempunyai tarikh luput yang korang kena ambil tahu dan selain expiry date, ada dua perkara penting lagi yang biasanya ramai tidak pernah tahu, MFG (manufacturing date) dan PAO (Period After Opening).
Seperti apa yang telah dialami seorang gadis di Twitter, @hoossytutu berkongsi pengalamannya menggunakan mekap expired. Dalam perkongsiannya itu, dia mendedahkan mukanya telah menjadi bengkak, breakout, luka dan bernanah.
Muka Berubah Jadi Bengkak & Bernanah
“Tolong semak dulu tarikh luput mekap kamu supaya tak breakout, bengkak, luka dan bernanah.”
Muat naik beberapa gambar selepas menggunakan mekap expired, gadis ini berkongsi telah menggunakan foundation dan makeup remover. Ketika itu mukanya tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Tetapi segalanya berubah apabila keesokkan hari mukanya menjadi gatal-gatal dan bengkak terutamanya di bahagian mata. Setelah mendapat rawatan dan diberikan ubat, matanya pula menjadi merah dan mengeluarkan nanah.
Tambah gadis ini lagi, situasi tersebut berlarutan selama seminggu dan ianya berlaku pada pertengahan tahun lepas.
Ini panduan untuk korang yang kurang peka dengan tarikh pengeluaran dan luput barangan tersebut.
1. MFG (Manufacturing date/production date)
Tarikh bila produk tersebut dibuat. Biasanya ada d bawah botol atau label
Ads
2. EXP (Expiry date)
Jika tidak ada tulisan EXP, biasanya 30-36 bulan selepas manufacturing date.
Kalau korang beli produk skincare dari Korea dan tak faham tulisannya, boleh rujuk pada tips ini
3. PAO (Period After Opening)
Ads
Berapa lama produk boleh tahan lepas dah buka. Biasanya dalam simbol jar. 6M/12M/24M/36M
Kalau produk tu nak expired lagi 3 bulan tapi kira baru buka, seeloknya lepas 3 bulan dah boleh berhenti guna. Walaupun PAO dia lagi 6M, misalnya.
Apa jadi kalau guna produk dah expired?
1. Produk jadi tak berkesan. Kalau pakai produk untuk brightening mungkin tak nampak perubahan pun
2. Boleh irritate kulit dan tak pasal-pasal rosak pula kulit nanti bila pakai barang dah expired
Macam mana nak jaga skincare supaya lambat rosak?
1. Simpan jauh daripada cahaya matahari dan tempat yang kering. Bukan tempat yang lembap seperti di dalam tandas
Ads
2. Guna spatula kalau jenis jar, jangan celup guna jari
3. Buka bila nak guna saja. Jangan buka sebab nak test bau, tekstur lepas tu simpan
4. Tulis tarikh bila kita buka produk tu. Pakai pen atau tampal sticker pada produk tersebut
Tip nak beli preloved skincare atau solekan
1. Check dulu MFG dan EXP date. Kalau dah nak expired, fikir baik-baik
2. Tanya bila dia buka produk tersebut
3. Kalau produk dalam jar, tanya dia celup guna jari ke tak?
Ha, sebenarnya ada banyak perkara yang korang perlu tahu kalau nak beli skincare ni. Bukan main guna saja, cara penjagaan dan paling penting, korang kena tahu sama ada produk tersebut masih elok digunakan atau tidak.
Jangan sampai kulit muka dah rosak baru tahu yang produk tu sebenarnya dah expired. Euww!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tumbuhan hijau boleh menenangkan mata dan dikatakan juga baik untuk pengawalan emosi dan mental. Bukan sahaja dijadikan sebagai dekorasi, tumbuhan yang diletakkan dalam sesebuah ruang mempunyai fungsi dan manfaat tersendiri.
Tapi korang tahu tak ada pokok dan tanaman yang boleh di jadikan penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan.
Malah jka anda letakkan beberapa tumbuhan pilihan yang REMAJA senaraikan ini, ia dapat membantu bentuk tidur yang berkualiti.
Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga, so tak kisah la kalau korang sejenis pemalas melayan tumbuhan!
Aloe Vera
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.
Spider Plant
Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.
Pokok Lili Paris
Antara yang terbaik memulihkan udara yang tercemar malah dari kajian sains ia boleh menyingkir 90% komponen udara penyebab kanser. Selain itu ia membersihkan udara dari sebarang bau busuk atau hapak.
Flamingo Lily
Pokok Duit-Duit (Golden Pohtos)
Tumbuhan ini cantik jika dijadikan hiasan gantung. Sama seperti yang lain ia membantu dalam beri ketenangan dan tidur. Apa yang perlu jika hendak membela pokok ini ialah dengan biar dibawah pancaran matahari pagi dan siramkan air seminggu sekali.
Monstera deliciosa
Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan mererap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.
Lidah Mak Mertua
Walau pun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara.
Tapi AWAS…..jangan salah pilih pokok takut nanti beracun pula! Hujung minggu ini dah boleh ke nursery untuk pilih tumbuhan yang mana untuk bilik tidur korang. hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, khabar angin yang ‘bertiup’ beberapa minggu kebelakangan ini akhirnya disahkan juga. Pembukaan kedai makan popular, Jollibee yang pertama di Malaysia semakin menghampiri kita semua!
Sebelum ini, ramai tertanya-tanya sama ada sebuah tempat makan baharu yang akan dibuka di pusat membeli-belah Sunway Pyramid benar-benar dimiliki jenama popular dari Filipina, Jollibee?
Ini berikutan warna blok dinding yang menutupi kerja-kerja pengubahsuaian stor tersebut menyerupai warna rasmi merah Jollibee berserta tulisan berbunyi, “Siapakah yang menyediakan (ayam goreng) paling rangup?”.
Tidak lama selepas itu, ia diganti dengan rekaan berlainan. Kali ini, ia lengkap dengan logo Jollibee. Lalu, sahlah bahawa stor baharu ini adalah francais pertamanya di Malaysia.
Terletak di hadapan pasaraya Aeon dekat Blue Atrium, Jollibee akan menemui pembeli di Malaysia pada Januari 2022.
Dapatlah kita merasakan hidangan popular ayam goreng ‘Chickenjoy’ yang dimasak agar ia rangup di luar, empuk di dalam dan lengkap dengan perisa yang cukup melazatkan.
Satu lagi hidangan popular Jollibee ialah Jolly Spaghetti dengan sos ‘signature’ yang sedikit manis berserta kepingan sosej daging dan taburan keju di atasnya.
Korang juga tidak harus melepaskan peluang untuk memesan Spicy Chicken Burger bagi pencinta menu yang lebih pedas daripada biasa.
Untuk pengetahuan, di Filipina; Jollibee merupakan francais makanan segera ayam goreng yang lebih popular berbanding dua pesaing kuatnya, KFC dan McDonald’s tau!
Ia merupakan perniagaan francais paling pantas berkembang hingga ke negara di rantau Asia Tenggara. Lebih 100 buah stor telah di Vietnam dan ia kini francais makanan segera nombor satu di Brunei. Kejayaan mengembangkan perniagaan ini telah membuka peluang untuk Jollibee melebarkan sayap ke Singapura, Hong Kong dan negara-negara seperti UAE, Amerika Syarikat, United Kingdom, Sepanyol. Kanada dan di banyak negara lain.
Kini tiba pula giliran rakyat Malaysia untuk mencuba. Confirm beratur panjanglah nanti di Sunway Pyramid!
Hehe, pastikan korang patuhi SOP semasa sakan membeli ya.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Rhea Akira, pada 9 Mei semalam.
Hal itu dikongsi sendiri oleh suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai melalui aplikasi Instagram.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta”
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga”.
Kredit: Instagram ubaimz
Kata Ubai, dia bersyukur apabila melihat isterinya sihat dan selamat melahirkan. Dia juga merasa sebak dan terharu ketika melaungkan azan pada buah hati baru mereka.
Menurutnya lagi, jika ibu tercinta masih berada di dunia. Sudah pasti arwah akan berasa gembira dengan kehadiran cucu pertamanya.
“Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira ❤️”.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos tahun lalu selepas Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada tahun 2022, selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.