Kes penculikan kanak-kanak sememangnya satu perkara yang serius di China lebih-lebih lagi kawasan yang jauh dari bandar. Salah satu sebab kes penculikan ini banyak terjadi adalah kerana ramai ibu bapa di China yang inginkan anak lelaki berbanding anak perempuan dan mereka sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan anak lelaki termasuklah membelinya daripada sindiket penculikan.
Baru-baru ini, seorang pemuda berusia 34 tahun bertemu dan disatukan semula dengan keluarganya selepas 32 tahun terpisah.
Penyatuan tiga beranak itu mengakhiri episod penculikan paling terkenal di republik itu sejak 1988.
Mao Yin berusia dua tahun ketika diculik di wilayah Shaanxi, sebelum dijual kepada keluarga lain dan dijaga sehingga dewasa.
South China Morning Post melaporkan, Mao yang kini menjalankan perniagaan pengubahsuaian dikesan polis Xian, awal Mei lalu.
Polis menggunakan kaedah pengesanan wajah untuk menganalisis gambar lama sebelum menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan pengesahan.
Ads
Selepas mendapat pengesahan identiti, polis menghubungi ibu Mao, Li pada sambutan Hari Ibu lalu.
“Ini hadiah terbaik saya terima pada Hari Ibu,” kata Li seperti dilaporkan agensi berita CCTV.
Dalam sidang media, dua beranak itu berpelukan dalam tangisan selepas dipertemukan kali pertama sejak 32 tahun lalu.
Ads
“Saya tidak mahu berpisah dengan kamu lagi,” kata Li.
Mao juga berharap dia dapat terus tinggal dan menjaga ibu bapa kandungnya selepas ini.
Ads
Mao hilang di Hotel Jinling di Xian selepas bapanya meninggalkan dia sendirian beberapa minit untuk mengambil air.
Ibu bapanya menghabiskan masa 32 tahun mencari Mao di seluruh China dengan mengedarkan lebih 100,000 risalah mengenai kehilangan anak mereka.
Sedihnya, separuh dari umur terpisah dengan ibu bapa kan..So korang bersyukur la yang ada ibu dan ayah disisi tu.
Malang tidak berbau..Kecoh di media sosial apabila beberapa klip video dan gambar pusat membeli-belah yang berada ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Pavilion terbakar!
Pihak Pengurusan Pavilion KL menerusi kenyataan memaklumkan, tragedi kebakaran kecil itu dilapor berlaku di dapur sebuah restoran yang terletak di aras satu.
Antara foto yang sempat dirakam adalah ketika kepulan asap hitam naik ke udara dari pemandangan sudut bawah serta ketibaan anggota bomba di tempat kejadian.
“Api tersebut merebak dengan sangat cepat dan ia telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Jabatan bomba bersama-sama dengan pegawai operasi dan keselamatan kami sedang menyiasat punca kebakaran tersebut berlaku.
“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dan operasi perniagaan berjalan seperti biasa,” maklum kenyataan hari ini.
Tambah Pavilion lagi, pihaknya akan terus mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pengunjung dan penyewa (peniaga premis).
Sementara itu,menurut Buletin FM, kebakaran berpunca daripada pembakar itik di salah sebuah restoran di pusat beli-belah itu.
Kebakaran berpunca dari tempat pembakar daging itik di sebuah restoran di pusat membeli-belah Pavilion di Kuala Lumpur sebentar tadi.#BuletinFM#Pavilion#terbakar
Nasib kebakaran kecil sahaja, diharap kejadian begini tidak akan berulang di pusat membeli belah Pavilion.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk perut ibu yang mengandungkan tiga beradik ini.
Mana tidaknya, tiga adik beradik ini iaitu Muhammad Alif Naim, 8; Muhammad Haidar Syahmi, 10, dan Nur Zahra Irdina Mohd Hafez, 12, mengharumkan nama negara apabila melakar kejayaan di peringkat dunia dalam pertandingan Eurasian Spelling Bee Lexical Skills Competition 2022, di Gdańsk, Poland.
Pertandingan menguji kecekapan ejaan dan penggunaan perkataan bahasa Inggeris pelajar dari negara-negara Asia dan Eropah seperti Thailand, Uzbekistan dan Singapura ini telah berlangsung selama empat hari bermula 3 November lalu.
Ketiga-tiga adik-beradik tersebut yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (2), Putrajaya, telah membuktikan kemampuan masing-masing apabila Muhammad Haidar dinobatkan sebagai juara Oscar Bee Award 2022 untuk kategori Bee 3 manakala Muhammad Alif pula mendapat tempat kedua untuk kategori Bee 2.Tidak ketinggalan Nur Zahra yang turut tersenarai lima peserta terbaik dalam kategori Bee 5.
Menurut Haidar, mereka tiga beradik sedar mewakili negara merupakan tanggungjawab besar dan bersyukur kerana berpeluang membawa nama Malaysia dan SK Putrajaya Presint 11(2) di mata dunia.
Pertandingan ini yang merupakan acara tahunan turut disokong oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan tahun ini merupakan penganjurannya buat kali ketiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kemelut kita melawan wabak Covid-19 daripada terus merebak, ada beberapa perkara positif yang terjadi akibat arahan kuarantin di kebanyakan negara.
Seperti di Malaysia, kita sendiri dapat meluangkan masa dengan efektif bersama ahli keluarga di rumah. Malah, keadaan langit kita dilihat lebih jelas. Penulis sendiri dapat melihat bandaraya Shah Alam dengan jelas dari Subang Jaya!
.
Ini ada berita baik buat budak subang Jaya! Subang Jaya secara rasmi diisytihar sebagai bandar raya setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata Majlis Perbandaran Subang Jaya diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya berkuat kuasa hari ini.
Beliau turut mengumumkan Presiden MPSJ Noraini Roslan telah dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya berkuat kuasa serta-merta.
“Semoga dengan pemasyhuran Majlis Bandaraya Subang Jaya ini, pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.
“Dengan izin Allah SWT, cita-cita ini akan dapat digembleng bersama ke arah merealisasi agenda Selangor Maju Bersama,” kata Amirudin dalam satu kenyataan.
Untuk info, kriteria sesebuah kawasan yang boleh diiktiraf sebagai bandar raya salah satunya ialah mempunyai duduk tidak kurang daripada 500000 orang dan mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM100 juta serta mampu mengimbangkan perbelanjaan.
Tuti Noor bukanlah nama asing dalam persada fesyen tempatan.Bertahun-tahun mewarnai kempen fesyen dan pentas peragaan Malaysia dan antarabangsa, supermodel lokal berusia 33 tahun ini...